Followers

Monday, June 29, 2009

rasuah dan kemalangan

wow..rupa-rupanya rasuah ini memang besar dajalnya. boleh membunuh woo..saban masa kita sering kali dikejutkan dengan berita rakyat Malaysia yang mati terbunuh dalam kemalangan jalan raya. lebih menyedihkan lagi, hal ini berlaku dengan lebih banyak semasa musim perayaan.sedih..sungguh sedih.

pihak kerajaan "pening" memikirkan mengenai masalah yang satu ini.apa puncanya ramai yang menjadi arwah di jalan raya. tak tergambar seksanya mati dalam kemalangan ni.tengok sahaja gambar mangsa kemalangan.loya aku seminggu.

kerajaan menyalahkan orang ramai yang memandu laju. memotong tak tentu hala.bawak kereta tak mematuhi halaju nasional. itu kata kerajaan..tapi betul ke?

tak pernah ke mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya membunuh rakyat mereka sendiri?

sedar tak mereka wang rasuah yang mereka pusing masuk ke dalam perut mereka sendiri itu yang membunuh banyak nyawa?

orang kata jauh sekali kaitannya.tapi aku kata tidak.sekali pun jauh, biar sebatu biar sejengkal, kalau ada kaitan masih tetap dikatakan ada kaitan.

pengalaman aku berada di negeri orang menyaksikan sistem jalan rayanya yang bagus dan lancar. kereta mereka gah meluncur jalan raya pada speed yang takleh blah punya laju.tapi negara mereka bukanlah negara paling banyak berlaku kemalangan jalan raya. tak macam Malaysia..ranking number berapa dalam dunia?jangan terkejut kalau dikatakan ia berada di tangga teratas.

mengapa? rasuah..

mula-mula rasuah orang untuk kepentingan sendiri. berjuta-juta.kadang-kadang tak tercapai akal nak memikirkan begitu banyak jumlahnya. lepas dah rasuah, takde la duit nak majukan sistem jalan raya. kalau ada peruntukan pun, entah sampai entah kan tidak. lepas tu mula la menunding jari entah pada siapa-siapa.

come on la..tgk sendiri jalan raya malaysia.ada ke patut mainroad masih lagi single lane?? ada ke patut mainroad masih lagi selekoh sana sini? patut ke jalan2 raya ini tak dilengkapi kemudahan jalan raya yang sepatutnya?

tak boleh nak salah kan pemandu. mereka kata pemandu tak sabar asyik nak potong je kerja nya. pemandu tu sendiri tak bodoh la..buat ape dia nak potong kalau kenderaan kat depan tu tak perlahan. ni tengok2 kat mainroad yang single lane tu, ada je lori-lori besar.tak boleh nak salahkan mereka.itu kerja mereka bagi menyara hidup. abis tu salah siapa?salah orang yang sepatutnya buat jalan raya berkembar lah~ percayalah, malaysia punya banyak duit.satu sumber mengatakan semasa 1997, sekiranya semua rakyat negara kita tak bekerja, malaysia boleh memberi gaji seperti biasa selama 8 tahun. ini kata-kata semasa 1997.masa krisis.sekarang 2009..

tak boleh salah kan pemandu. mereka kata pemandu ini memandu laju. selaju mana pemandu kita di malaysia ni bawak? letak la 120km/h. laju kah itu? kat us orang bawak 100mph tu masih lepak lagi la...100mph = 160km/h. kereta sekarang semakin berkuasa.hey, this is 2009. sistem jalan raya kita mampu tanggung untuk prestasi kereta tahun 1920 lah. waktu tu kereta boleh kira dengan jari lagi.memang la takde kereta nak potong sama sendiri.bawak pun berapa mph je. so tak kisah la jalan raya single lane dan banyak selekoh. kereta sekarang secikai-cikai mana pun 150km/h mesti boleh sampai punya.tapi bukan la nak promote suruh bawak laju2.tapi masa memang sesuatu yang kita harus kejar. siapa saje nak sampai ke destinasi semasa hari sudah gelap?nak nak yang kena memandu ratusan kilometer tu.mesti la nak cepat sampai. ada ke patut kerajaan pergi letak halaju kebangsaan 90km/h??? lepas tu tawu pulak die nak "bazir" kan sedikit duit nak isi minyak heli pegi cari orang bawak laju. bongok....

sistem jalan raya kita sudah lapuk..sudah tak relevan lagi dengan keadaan masyarakat yang semakin matang dan keadaan jentera yang pelbagai..rasuah tahu.isi perut sendiri tahu.bimbang rakyat mampus merata-rata pun tahu. tapi nak baiki semua buat-buat tak tahu. tahu menyalahkan pemandu semata-mata. kamu yang duk rasuah tak tentu hala tu? orang-orang macam ni kalau nak pergi mana2 jalan dah siap turap..escort takleh blah punya..tahu pulak nak bawak laju..bodoh bin bengap masing2..

aku nak pergi jauh lepas ni..memandu di jalan raya yang terbina atas dasar rasuah.aku harap aku telah tuliskan sesuatu yang berguna sebelum aku berangkat ke suatu tempat yang jauh..

dialog yang boleh tahan...

hari itu, abu (bukan nama sebenar) sedang mengurut ibunya. dalam rumah kampung tersebut, semasa hari sudah pun gelap, terdapat seorang lagi makciknya turut sama berada di dalam rumah itu. saudara mara yang lain telah tidur.maka abu menyatakan hajatnya mahu melangsungkan pernikahan.akan tetapi, pernikahan abu ini sedikit luar biasa dari tradisi familinya yang berasal dari kampung.

kerana abu ini belajar di oversea, maka dia mengatakan dia mahu melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di tempat belajar sana. katanya, mudah berkahwin disana. belanja tak banyak. boleh pergi honeymoon terus. tak perlu nak susah2 buat benda bukan2 seperti yang berlaku di tempat kelahirannya.

maksud abu, beliau tak perlu nak merisik, buat kenduri kendara itu ini mengarut-ngarut. mengikut adat kaum malayalamlayu.adat kaumnya itu menetapkan supaya pasangan bakal berkahwin perlulah mengharungi beberapa halangan dan cabaran yang merumitkan yang saja dibuat-buat oleh orang yang kononnya berkuasa. dalam kepala abu, beliau berkata - palotak ko nak aku buat sume benda cam bodoh tu.

melenting la pula makciknya itu.katanya, kalau camtu tak dapat la makcik nak tengok abu berkahwin.abu semakin pelik kerana pada dasarnya, dia yang nak berkahwin, tgk kat gambar dah la. kalo dia nak kena kawen kat tanah air nya itu, banyak belanja dan perkara yang perlu dia uruskan sedang dia bukanlah orang senang. tiba2 mencelah pula ibunya "ah.budak ni tawu pikir senang die aje."

terdiam abu buat seketika..

beginilah situasi yang berlaku dalam sesetengah drama swasta. adegan yang cuba ditonjolkan dalam filem baadshah yang terpaksa dipotong kerana mahu menjaga sensitiviti perkauman. mengapa masyarakat perlu menyusahkan diri mereka yang tak berapa nak senang tu ye?soalan ini sudah lama bermain di fikiran aku.orang yang berada di atas garisan kehidupan sederhana hanya beberapa orang je.pekerja-pekerja kat sini sume dibayar gaji yang rendah.mengapa tidak urusan pernikahan itu dimudahkan?islam itu kan mudah..nape la orang yang dari lahirnya islam tak memudahkan urusan?

entah.mereka lagi suka buat sesuatu yang menyusahkan diri dari menyenangkan diri. kalau ikut abu tu, biar la dia nak kawen kat oversea. jimat kos dan pelbagai lagi alasannya yang boleh tahan masuk akal.bagi orang lain yang dalam negara ini, buatlah ikut yang mampu. sekarang ni aku dengar, nak kawen pun kena buat loan..eee..xmalu ke ye?konon wat kawen mahal2..rupa2 nya hutang..haha..

sekali sekala terfikir jugak aku..LEBIH BAIK FIKIRKAN KESENANGAN DIRI SENDIRI DARIPADA KESUSAHAN DIRI SENDIRI TIADA SIAPA NAK FIKIRKAN..

betul tak? kite nak kawen biar la kita wat ape yang akan memudahkan urusan..daripada orang luar duk demand bukan2 sampai menyusahkan kita buat ape?bukan dia yang support kita kawen pn.lebih tepat lagi, bukan dia yang kawen ngn kte pun..

personally, memang la aku takmo bazir dalam berkawen walaupun aku tak tawu lagi bila nak kawen. tapi sebab ramai orang sekeliling aku nak kawen maka aku tulis la pasal kawen. berbalik pada cerita, tak payah la kita nak cikai kan sangat kita punya perkahwinan. honeymoon tu wajib bagi gua beb. tapi kalo da kenduri cincin majlis ritual2 ape bodoh sume tu da sampai 50k..ape cerita~ ape lagi rakan2..aku mengalu alu kan perdebatan dalam hal ini..

yeaayy~

after a while not writing, finally, i dedicate some of my time to write something. without knowing what am i going to write, i try the hardest to pick a subject to elaborate on. somehow, with Allah's will, i have something in my mind. miss asma and her translation~

last week, i went to her room~ *jeng3* not her room actually-her office. i was so happy to meet her after a year being thousand miles aparted. *cehh~* we were talking about random things, having lunch together and also going to some random places. on the next day, i went to her office again because i had made a promise to see her again. this time, i was with different person. hehe

she was working on one article about fishing. too bad, she is so americanized that she can't understand malay completely. lol. sorry my lecturer, too bad you don't know my blog address. we were working together on her article. pinggir pantai can be edge beach, perairan can be watery something.haha..sorry2..i also have no idea why i should write on this.

anyway, i was having fun with everybody there.friends and lecturers.right now, i am going to write on something more acceptable.

Sunday, June 14, 2009

cuti-cuti amerika..



RABU
aku memandu utk ratusan kilometer..sungguh penat cam tahi.aku puas la mengejar waktu zuhur kerana ingatkan hari itu adalah hari jumaat.nak semayang jumaat la katakan.tapi malu sendiri bila mengetahui bahawa hari itu adalah hari rabu..tiada apa2 yang dilakukan pada hari itu selain dari merehatkan diri sendiri.

KHAMIS
hari ni pergi ke negeri jiran.melawat saudara mara atuk aku yang dari siam itu.walaupun aku tak berapa nak paham apa mereka katakan tapi angguk kan aje la.rumah kat sana lawa2.mak aku kata, dah takde da fashion bumbung macam tu pada hari ini.maka aku mengambil keputusan untuk mengambil gambar.mak aku suruh ambil gambar rabung tapi aku tak tahu rabung itu ape.tanya pada ayah, jawapannya sungguh teknikal beserta nama2 bahagian bumbung lain yang aku tak pernah nak kisah..ini gambar bumbung tersebut.

setelah beberapa rumah telah dilawati, kami pergi ke pantai~ haha..disana aku berjumpa dengan satay ikan yang telah berkurun aku cari.sedap woo..lama gila aku cari benda tu.murah pulak tu kat sana.sementara adik2 aku main layang, aku menikmati keenakan satay ikan.datang pulak lepas tu udang dan sotong fresh punya.memang pantai la weyh~ satu yang sangat best disini! kalo kat negeri2 lain,pergi ke pantai yang sesak, time maghrib pun masih sesak.tapi kat sini sungguh berbeza.masa aku pergi mula2 memang sesak.cari parking pun payah.lepak punya lepak masa maghrib tiba2 ramai2 beransur pulang.time azan pantai tu da kosong.saje je aku lepak sampai azan nak tengok suasana pantai tu masa maghrib.maka cerita orang ramai yang selama ini aku dengar memang benar.memang menakjubkan.
JUMAAT
hari ini ada solat jumaat.cam biasa la khutbah die.mana2 pun sama je.aku pun dengar tak dengar je la..bese le..khutbah teks katakan.aku berpeluh2 la dalam masjid kampung ngan pakai baju melayu.da la fenomena ape entah panas takleh blah punya.petang itu~kami ke pantai lagi.sungguh seronok tapi takde satay ikan.kat sini tempat die mahal.tak cam kat negeri sebelah tu.kurang rasuah kot.hehe.tapi nak dijadikan cerita, kami tak makan di kedai kerana kesesakan jalan raya yang sangat aku benci.masa aku msg seorang teman,katanya rumah dia ada kenduri kesyukuran.kami dijemput untuk makan~ haha..laksana orang lapar dijamu makanan, aku on aje.lepas maghrib kami sampai ke rumah teman tersebut.terima kasih wahai irda kerana sudi menjemput~

SABTU
hari ni takde solat sabtu.kami pergi ke air terjun pulak~ tapi kat sini ada satay ikan jugak.melantak lagi satay ikan.sangat sedap.favourite time kecik2 dulu neh.sangat enjoy main air terjun kat sini.adik aku berubah menjadi anak tarzan, anak ikan serta anak penyu.tak terkata ngn words la bestnya.tgk sendiri la.
tapi time balik nak beli satay ikan lagi dah takde...

AHAD
kebalikan ke rumah..sungguh aku benci sistem jalan raya malaysia..memang patut pun ramai mampus.pemandu tak bersalah.

Tuesday, June 9, 2009

hari pembebasan..

setelah berhari2 aku dibebaskan, aku telah pun mengambil keputusan untuk pergi memandu kereta setelah berabad tidak membawa kereta.perjalanan diteruskan dengan agak best..tapi ak sedikit kekok.yela, baru je nak bawak balik setelah sekian lama.

walaupun agak kelam kabut, tapi biasa la.takde la sampai kena hon dengan orang lain~ *aku da takde sticker P tu lagi ok*walaupun jalan penuh sesak dan sistem yang sangat membencikan, aku berjaya meluncur di celah-celah lori dan kereta macam mat rempit..

tengah bawak-bawak tiba-tiba aku teringat satu panggung wayang.entah bagaimana, aku sedar-sedar ak telah pun berada di tempat beratur membeli tiket.akan tetapi kerana aku seorang *walaupun ramai cakap aku pergi dating* maka kebosanan untuk menunggu waktu tayangan yang lebih dari 2jam menunggu itu kian memuncak. kesana sini aku merantau dalam mall tu sorang2..lagi2 muka sama je aku nampak.akhirnya setelah berjaya melepakkan diri dalam thai kuang, aku pun masuk la dalam wayang.terminator salvation.best2

akhirnya setelah lebih enam jam berada kat luar rumah, aku kembali ke rumah dengan keadaan yang penat dan hari esoknya bakal memandu untuk ratusan kilometer lagi..ah~

Saturday, June 6, 2009

at last..

akhirnya..rambutku yang bersepah laksana semak belakang umah telah berjaya ditebas oleh seorang pekerja di sebuah premis perniagaan berdekatan..

"setahun tak nampak u..pergi mana?" itu antara ayat-ayat yang beliau katakan semasa menebas..

tunggu la nanti beberapa masa nanti..hutan simpan bakal dirasmikan oleh VIP yang sepatutnya..

inilah rambutku dulu~ rambut kat skola dlu..rambut yang tak payah nak sikat2..

sekembalinya aku ke rumah..ibu aku seraya berkata.."haa..ada pun rupa orang sikit"

maka benarlah sebelum ini muka ku tidak ubah seperti semak samun..

Friday, June 5, 2009

cindetakrella..

pada suatu masa dahulu, tinggal sebuah keluarga dalam sebuah desa. desa tersebut mempunyai ciri-ciri perkampungan tidak terancang. selain itu, sampah-sampah bertaburan di merata-rata tempat.kampung tersebut mempunyai jawatankuasa kemajuan dan perancangan kampung, akan tetapi kampung itu tetap "kampung", jauh dari sebarang tanda kemajuan -fizikal, intelektual, spiritual dan emosional. tak perlu dikatakan jika di ceruk dan hulu sana ada saja sarang penagih dan gejala sosial tak tentu hala. masa tu takde motor, budak-budak muda memilih untuk berlumba lembu dari memilih membajak sawah.semak-samun tak usah cerita - keindahan alam semulajadi katanya-suasana kampung.

jauh dari simpang tempat orang-orang tua membazir masa melepak di kedai kopi, keluarga ini menjalani kehidupan seharian seperti manusia biasa (agaknya). dalam itu, tinggal seorang makcik bernama Lady Termain yang kerja masa siangnya mengumpat bersama teman seperjuangannya di bawah pokok jambu. bersama makcik tersebut, ada dua orang anak kandungnya bernama Anataksihat dan Drizgila. dua orang anak ini pun lebih kurang macam pemuda2 kampung yang gemar menunggang lembu tak hirau perasaan orang lain. akan tetapi, mereka mencemburui kecantikan Cindetakrella, adik tiri mereka yang sebaya.

suatu hari, bapa ketiga2 anak ini telah meninggal semasa bekerja di sebuah syarikat milik kerajaan. keluarga mereka menunggu pampasan kerajaan dan siasatan pihak berkuasa yang selalunya mengambil masa beratus abad.kalau pergi pejabat daerah pun kerani pun berlagak macam CEO. walau kuasa cuma sejengkal, lagak macam memegang tampuk kuasa satu kompeni. sejak dari hari itu, keburukan perangai tiga beranak itu lebih menyerlah. mereka melayan Cindetakrella tak kurang macam layan orang gaji tak berbayar.jimat kos katanya.dibilik bawah tanah rumah merekalah Cindetakrella tinggal bersama-sama tikus peliharaan (secara tak sengaja) keluarga itu. Cindetakrella bersahabat baik dengan Kus, seekor tikus makmal yang dilepaskan dari perangkap tikus buatan sendiri semasa belajar kemahiran hidup dahulu. selain Kus, ada seekor pemimpin revolusi kaum tikus yang menjadi sahabat Cindetakrella bernama Tik. mungkin anda menganggap Cindetakrella ni gila. tapi kaum kerabatnya mungkin mengatakan tidak kerana berdasarkan praktis kehidupan seharian mereka, kaum mereka ini cukup payah nak jumpa pakar psikiatri-katanya nanti akan dicop gila. begitulah adat resam kaum mereka.

dalam istana tempat raja beradu, beberapa pembesar sedang membincangkan untuk merasuah parti pembangkang sebanyak 50 juta syiling emas setiap sorang walaupun masih ada rakyat yang melarat. di belasungkawa, terdapat beberapa pembesar berkata cam takleh blah punya pasal kepentingan rakyat semasa menghadiri sidang wartawan yang selalu tulis cerita mengarut dan membesarkan kerajaan.salah-lidah rasmi kerajaan. di satu sudut, ada juga pembesar yang sedang mabuk minum arak bercakap merapu-rapu semasa merasmikan sebuah rumah ibadah di negeri tersebut. tak perlu cakap lagi pasal pembesar negeri ini kerana benda-benda inilah yang melayakkan mereka menjadi pembesar.berbalik pada raja; raja sungguh marah kepada puteranya kerana masih membujang padahal raja ni nak cucu. putera pun satu, terlalu sempit pemikirannya untuk mencari bakal isteri.maka baginda mengambil jalan mudah iaitu dengan membazir sedikit duit rakyat untuk "kepentingan rakyat" dengan mengadakan pesta tari menari. katanya, kat situ baginda akan cari peneman setia hidupnya. tak senonoh sungguh cari bini lagu tu.

kad jemputan seperti cam dah tiga puluh kali fotostat itu telah sampai ke rumah keluarga Lady Termain dengan khidmat Posmen yang pemalas serta selalu tak bertanggungjawap. banyak kali surat hilang dan lambat sampai. kadang-kadang ada satu rumah ni die tunggu sedekad dulu baru dia bagi banyak2 surat.bila kena marah die melenting kata da melakukan tugas. lantak die la. die kan orang KERAjaan..Cindetakrella meminta izin kepada ibu tirinya dengan penuh kesopanan seperti adat kaum mereka. akan tetapi, ia dibalas dengan herdikan dan cacian macam lupa iman. selain itu, menggunakan akal manipulatif Lady Termain yang tak berapa nak panjang itu, dia bersama dua orang anaknya mengarahkan Cindetakrella menyiapkan segala kerja rumah baru boleh pergi. Cindetakrella yang agak lurus itu pun dengan gembira terus berlari ke dapur untuk menyiapkan segala jenis kerja rumah yang ada sambil disambut hilaian bak kuntilanak oleh anak beranak bingai tersebut.

sementara itu, dengan ajaibnya Tik dan Kus menyiapkan gaun untuk Cindetakrella. gaun itu dahulu adalah milik ibu kandung Cindetakrella. masanya hampir tiba. Cindetakrella memakai gaun itu dan dengan berseri-serinya menyatakan hasratnya sekali lagi untuk menyertai majlis tari menari itu kerana beliau tak pernah pergi benda2 camni. dengan dengki dan iri hati serta tanpa arahan dari Lady Termain, Anataksihat dan Drizgila terus mencarik gaun milik Cindetakrella.*part ini terpaksa dipotong kerana tidak sesuai untuk kanak-kanak*. Cindetakrella terus lari ke bawah dengan baju tak cukup kain tersebut. tapi gaya camtu pun macam pemakaian baju kebanyakan gadis kampung yang tak berapa nak cukup akal. keluarga tiri Cindetakrella pergi ke majlis tersebut tanpa Cindetakrella.

apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk sesiapa walaupun ia suatu keburukan. muncul pula bidadari yang menyerupai ibu Cindetakrella yang memujuk Cindetakrella. beliau mahu menawarkan hiasan dan pakaian yang cantik kepada Cindetakrella. walaupun Cindetakrella begitu gembira dan sangat-sangat memahukan pakej hebat itu, beliau malu-malu menolaknya. "eh2..takpe la.susah-susah aje".kata bidadari itu, "eh2..takpe2 mana ada susah" sambil berkata dalam tawa yang terpaksa. hal ini walaupun sukar difahami, selalu terjadi dalam masyarakat ini. tak paham gue..setelah selang beberapa masa, Cindetakrella pun menerima pakej hebat tersebut. Tik dan Kus serta beberapa tikus lain menjadi kuda yang lari gagah berani. kucing menjadi footman, serta seekor badak air menjadi coachman.sebuah labu telah ditukar menjadi carrier. kata bidadari tersebut, Cindetakrella kena balik sebelum 12 tengah malam waktu tempatan. jika tidak, segala perhiasan ini akan hilang bersama spell bidadari itu.

dalam pada masa yang sama, di istana, putera bujang itu telah me-reject segala macam perempuan yang datang tergila-gila kan putera jambu tersebut. baginda kata "tak kan la nak kawen ngan pompuan2 macamni ayahanda~". raja negeri tersebut membalas " dah idea ko hebat sangat nak cari bini camni..salu kerja tak pikir dlu.bengong tahap lembu." teringat iklan mercedes benz "beauty without brain is nothing". semasa nampak Cindetakrella, putera raja terus terpaku dan terpikat. ada pengaruh hindustan disini apabila mereka menari-nari dengan iringan music selepas beberapa siri penukaran baju.tibe2 la plak kan, Cindetakrella merasakan ada yang tak kena dengan bajunya. sedikit demi sedikit dah memudar walaupun jam tersebut masih belum tepat 12. putera yang pelik dengan kelakuan Cindetakrella berkata, "oh..jam tu tak betul.lambat sikit..ala..tak kan tak biasa kot..lepak-lepak sudah..". laksana pemecut negara, Cindetakrella berlari ke arah kereta kudanya yang terletak di kawasan tempat letak kereta yang sesak takde pengawal dan laluan trafik yang betul.tipikal punye tempat letak kereta. pemandu bergaduh sesama sendiri merebut kotak kosong padahal tempat lain boleh parking..pelik-pelik je rakyat negeri ni..

lupa nak bagitau..Cindetakrella telah tertinggal sebelah kasutnya (custom made) di istana masa lari2 nak balik tu.maka adalah pembesar-pembesar yang tak busuk hati telah menyelamatkan kasut itu dari makcik cleaner yang tahu nak buang je segala benda asing kat istana tu. kasut itu diserahkan kepada tuan putera kerana mereka tahu putera mahukannya. terima kasih kepada pembesar-pembesar tersebut.hadirnya mereka mengimbangi sedikit kejahatan oleh pembesar lain yang tahu memikirkan perut sendiri aje. kalo takde la beberapa kerat pembesar camni, dah lama lebur da negeri tu..

keesokan harinya, atas perintah kerajaan, tuan putera sekali lagi mahu membazirkan waktu rakyat dari melibatkan diri dengan membantu remaja rosak. baginda telah mengumumkan melalui siaran arus perdana yang bertindak sebagai alat propaganda kerajaan itu bahawa baginda nak cari puteri idamannya. siaran arus perdana yang selalu membawa berita kebaikan yang dibuat-buat oleh pihak kerajaan telah menyiarkan perkhabaran baginda itu dengan jayanya.katanya, barangsiapa yang muat kakinya dalam kasut kaca itu akan diperisterikan dengan putera~ maka sukalah sekelian rakyat wanita yang bujang. remaja2 lelaki yang songsang juga menyatakan harapan.pelik2 je..

mendengar perkhabaran putera raja mahu bertandang ke rumah, Lady Termain, Anataksihat dan Drizgila yang selalunya muncul selekeh telah pun mengena kan bedak setebal lebuhraya dan sebaldi perfume..percakapan dan gaya lenggok telah pun menjadi sopan laksana perempuan kaum tersebut yang terakhir. melihat kekecohan keluarga tirinya menyiapkan diri mereka yang seperti jambatan tak siap itu, Cindetakrella dapat membaca bahawa putera raja bakal ke rumah itu. tau2 je..biasa la..kalo x mana nak wat cerita.akan tetapi tanpa pakaian yang sesuai, Cindetakrella dengan rela tak rela keluar juga dari tempat persembunyiannya. tapi nak dijadikan cerita, keluarga tiri mendapat tahu bahawa Cindetakrella lah wanita yang menari bersama putera sengal itu. maka dengan hati yang busuk serta hasad dengki, mereka berhajat mahu mengurung Cindetakrella.

waaah!suspens nye.tapi takmo la panjang2 kan part ni.akhirnya seperti blockbuster tempatan, Cindetakrella berjaya keluar dari kurungan. dan2 la plak an..putera raja yang jambu tu baru menerjah masuk setelah dua2 ekor kakak tirinya yang kaki bagak besarnya itu tak muat kasut. menampakkan Cindetakrella yang berjaya keluar dari kurungan, Lady Termain terus kata bahawa itu adalah orang gajinya dari negeri seberang.akan tetapi, Anataksihat tibe2 menjadi sihat akal. beliau berkata "sudahlah mak.takdirnya memang begitu.mak tak boring ke salu sangat naya kan budak sekor nih?". yela..kan..time tu depan raja tak kan nak melenting pulak..maka si Lady Termain ni pn mengaku la salah nya. aku rasa sebab depan raja jugak, Cindetakrella merelakan diri memaafkan perbuatan jahat keluarga tirinye.kalo aku la kan..mampus da kena hukum pancung.tapi nak jaga imej la katakan~ paham2 aje la..

masa untuk Cindetakrella menyarungkan kasut telah tibe.putera yang sengal dari tadi keliru dengan apa yang jadi dari tadi hanya mendiam kan diri dalam kekaguman apabila beliau terpandang wajah wanita yang dicari selama ini.kasut itu muat!! (ceh...kalo xmuat xjadi citer la..).dengan romantiknya putera raja melamar menjadi bini.adat istiadat seterusnya dibuat di istana. Cindetakrella dibawa pulang ke istana tanpa memandang keluarga tirinya itu. "rasa kan kau..dulu buat aku camne.."kata beliau dalam hati.

mereka akhirnya hidup lepas tu mati...

Wednesday, June 3, 2009

kebalikan...(III)


ni aku rasa lebih detail menyatakan tentang kebalikan aku ke tanah air..2 hari sebelum aku pulang ke Malaysia, aku telah jatuh sakit. cehh..ayat nak gempak.entah mengapa.mungkin jadual aku yg tak tentu hala telah meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatanku. post bertajuk 5 mungkin serba sedikit menceritakan jadual itu.so post ini lebih kepada kesihatan dan kesakitanku..

semasa aku di airport, aku agak risau kerana aku sudah batuk2. yelakan.orang sibuk cakap pasal swine flu ape sume.alih2 aku plak yang terbatuk2 kat airport tu.aku dah la nak balik bagai nak rak ni.maka sedaya upayanye aku mengcoverkan diri sendiri utk tak nampak obvious aku batuk2.kadang2 terasa sakit dada bila batuk.tapi tu kadang2 je la.kes terpencil.

masa atas flight, suhu badan aku naik.bersin2.dan batuk menjadi-jadi.ah..pelik2 la sekarang pulak nak sakit2 ni.malas la kan aku nak kena benda pelik2 masa turun nanti.kadang2 bila berbicara sama teman, suara aku hilang.terutamanya selepas aku bangun tidur.tapi rakan yang seorang ni kata benda ini perkara biasa kepada aku-takde suara masa bangun tidur.

turunnya aku di KLIA, aku agak risau dengan keadaan aku.tapi masa melalui camera therma tu, yang tak tau berfungsi atau tidak, aku dilepaskan dengan begitu saja.orang yang mengambil form aku tu pun lepaskan aku.so aku pun lepas je la.masa di international arrival yang diharapkan gempak tu, aku mencari bayang family aku. rupanya mereka masih lagi di rumah.nasib baik la x jauh mana dari KLIA tu. so aku menunggu je la di satu tempat yang sunyi dan tak ramai orang.tapi aku masih batuk2.tapi tak dapat nak tahan2 lagi dah.aku lepaskan aje la.tapi aku dapat rasakan suhu badan meningkat dan batuk menjadi-jadi.

family syaz dah sampai.menunggu family aku nak datang.aih..terima kasih la keluarga Mohd Isa.akhirnya family aku muncul jugak.walaupun rindu, aku masih lagi dalam keadaan risau yang tak berapa sangat.dengan keadaan aku yg selekeh laksana kanak2 homeless, aku tersengih je nampak mak aku dan adik yang sudah besar tak beragak.semasa berpisah dengan keluarga Syaz, kami bersalaman.diorang kata aku panas.aku pun rasa panas sebenarnya.masa keluar dari gate tu dah cam cacing da.jangan kata aku mengada-ngada ye.benda biasa la.uh!

dalam perjalanan aku ke rumah, mak aku sibuk mengatakan aku semakin kurus.selain pasal rambut aku yang bersepah atas pale ni.tapi batuk aku cam orang tua..kerana keadaan aku yang merisaukan, ngn selera makan aku cam da patah riuk, maka aku dibawa terus ke hospital. tetapi singgah sebentar di masjid.kang tak pasal terlepas je kang.maka aku pun pergi la mendaftarkan diri di depan tu.

"encik, saya baru balik dari US, dan saya dapat kad ini yang cakap pasal H1N1. saya sekarang demam, selsema, sakit tekak dan batuk." kata aku dengan cool gilak punya. terus orang tu bangun n pakai kan mask. sorang lagi pulak ngn muka pelik pandang aku tutup mulut ngn buku log. haha..pelik2 je korg.

aku dimasukkan ke dalam isolation area. sangat panas nak mati. xde kipas xde ape. aku berpeluh2 abis la.bape kali gak aku cam nak tido(x pasti pitam atau tido).so aku pun merayau2 dalam tempat tu sambil tangkap2 gambar sket.aku mintak ayah aku pas kan satu dua buku tapi cubaan itu gagal apabila ditolak mentah2 oleh pengawal keselamatan.so bertambah bosan la aku duduk berjam2 dalam tu.da la penat ni weyh~

selang beberapa masa ada orang tinjau dan berkata. "eh, ada orang la." bijak nya~

aku pun melayan la doctor ni.mula2 dia tanya nak ckp bhsa ape.aku katakan i can speak malay. pastu die bantai speaking sampai abis.soalannya berkisar pasal apa aku buat di malaysia, bape lama aku kat sini, apa aku cari kat malaysia, kat mana aku dlu.walaupun cam pelik nak jawap, tapi ak jawapkan aje la..last2 baru die tnya "melayu ke?".

die blah lepas tanya2. datang pulak 2 orang lelaki yang berpakaian seperti alien.tanya aku.pemeriksaan da wat da?check ape benda plak ni..aku jawap la belom.pastu diorg wat la apa yang patut.sambil2 tu berborak2 la ngn mereka ni.cool jugak aku rasa.wat videocall dan juga gambar mereka.haha.
ini lah gambar mereka.sedih..ngn cuaca panas camni.haha..

selepas itu, dipendekkan cerita, aku dibenarkan pulang.doctor tu kata aku kena duduk umah seminggu..iyelah doc~ cam la aku nak ikut. pastu lepas amik ubat and die cakap sket ngn family aku, maka kami sekeluarga memblah kan diri.tapi aku rasa penat semacam..jalan jauh kot..tapi tak biasa aku penat macam ni.

malam itu, sedang aku melepakkan diri di rumah yang agak panas ni, tibe2 telefon2 yg ada kat rumah ini dihujani panggilan. hp ayah aku dah ada 7 missed call setiap satu. so aku pun angkat la bile da terasa annoying. dari sana ada orang yang aku agak kenal tak kenal bersuara dan bertanya mengapa aku lari dari hospital?dari gaya percakapan die, cam sangat bimbang.sudah..apsal plak ni.dah la aku tak berapa paham sangat die cakap ape.aku serah kan saja pada ibuku.telefon lagi satu berbunyi.aku angkat."saya inspektor *tak ingat* dari balai polis *tak ingat*".apesal nih..nak dipendekkan cerita, sedang aku berada di negeri A, beberapa unit polis yang gayanya macam nak menangkap pengasas komunis telah mengepung rumah aku di negeri B.entah ape cerita yang mereka dapat.tapi asasnya adalah untuk bawa aku kembali ke hospital besar negeri A yang terletak lebih dari 500km dari rumah negeri B.

nak cari aku punya pasal, nape kena cari sampai negeri B?cerita nye begini. pengarah hospital negeri A cari aku kerana apa aku tak pasti.akan tetapi, aku dah takde kat hospital dan aku tak berjaya ditemui.alamat aku di negeri A juga takde dalam simpanan rekod mereka.maka tahu pulak diorang gelabah2 cari aku pakai polis sana sini.maka dengan muka penuh boring aku pun daftar kan diri di hospital tersebut mengikut arahan pihak polis.marah beb.pakaian dan laptop serta beberapa buku aku bawak takut nanti kena kuarantin.sampai2 je kat sana aku terus diletakkan dalam isolation area tu lagi.tak faham la saye...selang beberapa masa rupanya baru la aku tawu diorang cuma mahukan alamat aku sebab nak wat pemantauan khusus..tahi betul.call mintak dah la.aku pun bagi dan dalam perjalanan balik aku tertidur sebab penat yang melampau.

esoknya ada pegawai kesihatan datang.aih..cam biasa.aku terangkan la segala2 nya.lepas tu datang lagi tanya benda sama lagi.begitula seterusnya sampai la ke hari berapa.aku juga dapat surat rasmi perintah berkurung dalam rumah.sakit hati sungguh.katanya kalo ada orang nampak aku ada kat luar, aku leh didakwa dan penjara 5 tahun dan ape2 lagi tah..hadoi~ maka seminggu ni aku berada di rumah tanpa beritahu siapa2 yang aku ada kat umah.tak boleh keluar tak boleh nak buat ape2..ergh~

Tuesday, June 2, 2009

kebalikan...(II)

jumpa family pun sudah. masuk barang pun sudah.satu masalah nak tackle.kesihatanku.demam, batuk, selsema dan sakit tekak.kat airport lepas.mungkin sebab kawalan sangat longgar, aku leh lari2 camtu.tapi bile da terlepas camtu, aku rasa risau semacam.camne kalo aku pembawa benda tu n aku terlepas? berpusing kepala aku memikirkan benda ni.akhirnya orang tua aku mengambil keputusan untuk hantar aku terus ke hospital memandangkan aku nampak cam nak mampus da..

sampai di hospital.aku melaporkan diri aku dari USA dan ada sakit itu dan ini sambil menunjukkan kad yang dapat dari KLIA. kad yang menyatakan aku kena dapatkan rawatan jika ada symptoms.terus aje orang tu tutup mulut dia.tahu pulak takut.rasa nak gelak pun ada tapi aku tahan je la.aku diarahkan masuk ke dalam isolated area lepas dipakaikan mask yang merimaskan.

kat dalam tu aku sungguh bosan.dah la panas, sorang2 pulak tu.ak call ayah aku utk tolong pas kan satu dua buku.tapi pihak hospital tak bagi kebenaran utk berbuat demikian.lagi la aku bosan.

dipendekkan cerita, aku pun mengadap la doctor ni.alhamdulillah aku nye temperature tibe2 turun. bukan lagi 38 degree celcius. kalo tak seminggu la kena tahan. rawatan hanya sambil lewa dan bersahaja.

aku dilepaskan utk pulang ke rumah begitu saja dengan pesanan agar aku tidak keluar rumah dalam tempoh seminggu.maka kami sekeluarga memblah kan diri selepas ambil ubat di kaunter.

malam itu. aku di rumah di negeri A. tibe2 aku dapat call dari orang tempatan dari kawasan rumah di negeri B. dalam dialek yang aku tak berapa nak faham, die bertanya dalam nada sungguh bimbang mengapa aku lari dari hospital?aku menjadi bingung sorang2.da la tak faham sangat ape die ckp.pastu tuduh aku lari dari hospital.aku serahkan hp pada ibu ku~ rupa-rupanya ada unit polis yang sedang mengepung rumahku disana.malu seyh..cam penjenayah ape plak aku ni.tapi lawak la.da gempak2 kepung rumah tapi salah..haha..gelabah.aku diarahkan kembali ke hospital atas arahan pengarah hospital.camtu la gaya bunyinya inspektor apa nama tah tu ckp. dengan bengangnye aku pun berangkat la ke hospital lepas panggil ayah aku dari kenduri arwah.

sepanjang perjalanan aku banyak mendiamkan diri.rasa bengang la kot.sampai2 kat hospital terus kena masuk tempat tadi balik.tapi ak da siap2 bawak laptop dan buku2.takut kena kuarantin.naya beb.selepas selang beberapa masa, rupa2 nya diorang kata diorg nak alamat aku di negeri A ni je.sebab tadi diorg x amik..bodoh.bazir minyak je.

kecoh cakap pasal nak overcome swine flu takleh blah punye.ngn pakai baju alien sume2.tapi action tgk cam sampah je..ape cerita.main tanya2 camtu je.nasib baik la aku tak kena betul2 swine flu tu.tapi camne la kan, let say, aku ada penyakit yang lebih teruk dari swine flu tu? diorang bukan nye cek pun.tapi biarlah mereka dan keluarga mereka.aku duduk je la kat umah ni. dua kali sehari, tanpa masa yang tetap, akan ada pegawai kesihatan datang rumah buat "kerja". lagi-lagi aku kena soal benda sama je.nak je aku wat template pastu bagi je kat diorg ni.

tapi apa-apa pun, aku menunggu utk diberikan lesen kebebasan keluar. masa tu baru la boleh bagitau sedara mara yang aku dah pulang~ kalo tak nanti satu hal pulak kena buat report itu ini kat pegawai kesihatan.skema..harapan juga, aku nye batuk dan selsema ni cepat sembuh.tapi aku benci makan ubat batuk.sungguh meloyakan.baik telan 1000pil dari makan 2sudu bena expactorant yang eeeeeeeeeeeee yuckk...

kebalikan...(I)


hari itu..May 28, 2009..flight ak dari EWR (Newark Liberty International Airport). sedih jugak meninggal kan senior2 yang balik.tapi pada hari itu, kami (freshmen) yang balik gaya cam senior da grad.MH091.walaupun cam gelabah2 cari terminal mula2.tapi akhirnye jumpe juga di saat akhir.terminal B.

so bermula la perjalanan aku pulang ke tanah air.tak sabar2 dah nak makan itu ini.tapi sayangnye..keadaan kesihatan aku agak membimbangkan.demam, selsema, sakit tekak, dan batuk. complete set la utk swine flu.dah la nak balik.pastu naik airport sama cam orang yang kes positif ari tu.entah la.tawakal je la.sambil menunggu masa nak naik tu, kami berborak2 la dgn timbalan menteri sorang ni.cam biasa.die ok je gayanya.alhamdulillah tak sombong and tak nampak sangat la sifat2 orang "kerajaan" die tu.maka lepas da masuk ke tmpt nak tunggu tu, kami sempat solat jemaah. biarpun orang tgk cam show ape je, tapi lantak la kan.masuk gate..kul 10pm waktu tempatan..

biarpun perjalanan sungguh lama tapi mata aku sukar sekali nak lelap. dua orang rakan ku lagi da nyenyak da.tidur je kerja..ape nak jadi tah.kami duduk sebaris ngn dua orang tempatan yang dari hoboken! dan diorg mahu ke Malaysia.berborak2 la ngn diorang cam da lama kenal.tapi akhirnya diorg ni pun kerjanya tido je..asyik2 aku je la yang berjaga sorg2..dpt tido! tapi 2jam je..lepas tu tido la jugak kadang2 masa mereka berdua dah bangun.lepas aku bangun diorg pulak tido..so daripada aku sibuk2 tulis pasal tido xtdo ni baik skip je kan. mengira waktu solat~ yeay..aku ada bawak sketch pad masa atas flight tu.da siap melakarkan perjalanan sebuah program penting, aku mengira waktu solat pulak..berdasarkan kira2 (cehh) waktu solat dekat..maklum la pergi melawan arah pulak.hari tu sepanjang masa siang.kali ni dua kali subuh atas tu.

ruang kecil yang disediakan utk solat dalam boeing 777 MH091

kat atas flight yang lama sampai hilang satu hari tu memang best dengan kehadiran abang kacang. beliau merupakan seorang pramugara yang baik dan nice punye. tapi sebab kami berada kat udara, dia da lupa daratan.aku mintak kacang pun die lupa nak bagi.last2 aku mintak kali ke dua die bagi sepaket terus kepada aku dan rakan-rakan.laksana kacang lupakan kulit, lupa daratan; sikap beliau seperti abang lupakan kacang, lupa daratan. layanan mesra oleh mereka sangat best. terasa seperti ada di malaysia walaupun tak sampai lagi.akak yang sorang ni dah tahu sangat da kitorg rindu nasi lemak.die xperlu tanya dah. "i da tahu da korang mesti nak yang ni punye.kan?"nice..

singgah sebentar di stockholm mengucapkan selamat tinggal kepada abang kacang dan akak tu.naik balik dengan krew baru.kami mencari steward/stewardess yang berpotensi menjadi abang kacang.berjumpa juga.tapi kami pula lupakan kacang.lupa nak mintak kacang..so takde da la soalan seperti abang kacang utarakan."ko nak kacang malaysia ke amerika?"

akhirnya sampai juga aku di KLIA pada May 30, 0800. keluar dari international arrival da gempak da..tapi sayangnye xde orang yg menunggu..rasa cam homeless pun ada.mula2 excited la da sampai malaysia..xpe la..lepak la sampai mereka datang. beberapa jam lepas tu family kami datang menjemput..tinggal aku ngn syaz je yang terkial-kial tunggu family x sampai2. jumpa family...sangat best.tak terucap.dan bermula la episod baru aku di tanah air..