Followers

Sunday, July 26, 2009

apa yg berlaku sebenar nya..part 2

urusan pengebumian ibuku sudah selesai.dipendekkan cerita, kami semua pulang ke Melaka. bermula dari situ, ujian yang agak berat datang padaku. menyembunyikan cerita sebenar dari dua orang adik yang masih mentah ini Haizzat 12 dan Affan 7. seminggu lamanya kami menyembunyikan cerita sebenar.

hal tersebut perlu untuk dilakukan bagi mengelakkan perkara yang lebih tidak diingini berlaku. Affan masih sakit dari segi fizikal. perlukah kami memberitahunya? sudah pasti budak tu meraung-raung teringatkan ibunya.dengan keadaan tidak boleh bergerak dan sangat sakit itu.lagi la menderitakan mindanya. maka kami mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mereka. sekali sekala mereka ada bertanya.sama ada berdalih atau buat tak tawu, itulah jawapan dari aku. aku sedaya upaya menahan air mata apabila ditanyakan mana mak. "mak ada kat kampung". tak menipu la tu..kan?

selepas seminggu, mereka dibenarkan keluar.suasana syahdu mengiringi pemergian budak dua orang ni. mereka tak tahu mereka dah tiada ibu, tapi orang sekeliling dah tahu. banjir woo...

dipendekkan cerita, selepas diberi pelepasan oleh doktor, kami sekeluarga terus ke terengganu. kami sampai malam. Affan agak kehairanan melihatkan tiada ibunya. dalam keadaan berbaring dan penuh innocent dia bertanya, mak mana? aku tak mampu menjawap dan hanya menyuruh dia tidur. kasihan. esok pagi, selesai subuh aku tertidur. tiba-tiba aku dikejutkan dengan jeritan dua orang kanak-kanak ini. aku melihat ayah aku ada di sisi mereka sambil menenangkan mereka. hal yang sebenar sudah diberitahu. memercik air mata dari kanak-kanak itu. "adik rindu mak.." dan pelbagai lagi ayat yang menusuk kalbu.tak tahan beb..

tapi suasana ini tak lama. tak selama yag digambarkan sesetengah drama swasta. kira-kira 20 minit selepas itu, mereka bermain PSP dan menonton siri kartun Avatar dengan tenang seperti kanak-kanak lain.

alhamdulillah mereka mempunyai daya pemikiran yang sangat matang untuk budak sekecil itu. mereka arif dan faham ibu mereka sudah pergi selamanya. tiada apa yang perlu mereka sesalkan.

pada hari terakhir kami di kampung selepas seminggu maka kami membawa Affan yang tidak boleh berjalan ke tanah perkuburan. tiada tangisan yang mengiringi kami. Affan faham segalanya. ada beberapa perkara yang ditanyakan seperti di mana kepala mana kaki dan bagaimana cara ibu dikebumikan. pertanyaan demi pertanyaan dijawap. datang pengasuh aku yang dahulu. beliau memberitahu kubur anaknya dan bapanya berjiran dengan kubur ibuku. ketiga-tiga mereka meninggal pada hari ahad. Affan bertanya, orang meninggal hari Ahad ke? kerana semua kematian yang berkaitan dengan dirinya berlaku pada hari Ahad. ya tak ya jugak.

Affan kini giat menjalani fisioterapi. berkat usaha dan doa, Affan kini sudah pandai menggunakan tongkat dengan panduan. tiada apa lagi perlu diceritakan..hanya itu..

Monday, July 20, 2009

apa yg berlaku sebenar nya..part 1

what happened? apa dah berlaku? camne cerita sebenar? ok la..ak malas nak cerita benda sama banyak kali..so ak tulis la kat sini so that kamu semua paham2 la ye. tak perlu baca dalam surat khabar yang menipu tak beragak tu (berita harian, metro dan lain2)

ahad 5 july 2009. Khairun Ismail 49, Che Ramlah Che Omar 43, Muhammad Haizzat Khairun 12, dan Muhammad Affan Khairun 7 dalam perjalanan kembali ke kediaman mereka di Melaka setelah menziarahi saudara rapat mereka di Negeri Sembilan. tiada perkara ganjil yang berlaku semasa hari-hari terakhir seperti yang sering dialami oleh mereka yang buang tabiat.

tepat jam 6.45 petang di kilometer 11 jalan Tampin - Gemas kereta yang dipandu Khairun memotong sebuah kereta yang kiranya agak lembab. melihatkan tiada kereta pada arah yang bertentangan pada awalnya, Khairun telah memotong kereta tersebut semasa menaiki kawasan curam 5%. secara tiba-tiba sebuah proton wira yang dipandu oleh seorang guru perempuan dan adiknya muncul dari arah bertentangan. tindakan pantas Khairun mengelak ke kanan jalan bagi mengelakkan kemalangan yang lebih serius menyebabkan sebahagian hadapan kiri keretanya dilanggar. kereta yang dipandu Khairun telah berpusing sekali lalu melanggar penghadang jalan yang sememangnya berada disitu.

semua penumpang masih dalam keadaan sedar semasa dan selepas berlaku perlanggaran. tambahan pula, mereka masih mampu untuk keluar dari kereta dan bercakap dengan orang yang datang membantu. Affan yang tidak sedarkan diri selepas perlanggaran dikeluarkan oleh bapanya sendiri - Khairun Ismail. tindakan pantas orang ramai menghantar keluarga ini ke Hospital Tampin amat patut dipuji dan diucapkan terima kasih. nada kesal keluar dari mulut orang ramai apabila mendapati ambulans masih belum menghidupkan enjin (bangang kan?).

mereka semua segera dimasukkan ke wad kecemasan dan terdapat 5 orang doktor disitu. kesemua mereka yang masih sedar dan mampu bercakap dengan waras menyatakan apa sakit mereka. "saya sakit dada" adu Khairun, "saya sakit perut" Che Ramlah, "saya sakit kaki" Haizzat dan Affan. kerana kelengkapan yang tidak mencukupi (serta sepatutnya tidak layak diberi nama "Hospital") Affan dan Haizzat telah dihantar ke Hospital Besar Melaka sambil ditemani ibu saudara mereka. ada hikmahnya disitu. kira-kira jam 9 Muhammad Redzuan 19 berjaya dihubungi setelah bateri telefon bimbitnya kembali dicas.

tibe2 aku rasa malas nak tulis skema2...

henpon ak berjaya dicas..aku mendapat tahu (setelah dibohong berkali-kali) bahawa ibu aku dalam keadaan kritikal.dipendekkan cerita, aku dapat tahu yang mak aku dah takde..dari adik perempuan aku, Najwa. jam 10.22pm..aku masih dalam kereta mengawal perasaan.aku senyap dan diam seribu bahasa walaupun ada seseorang dalam kereta. aku sempurnakan dulu amanah dan kereta aku meluncur laju ke lebuhraya. aku masih mampu mengawal perasaan hingga ke suatu persimpangan.aku pandang ke kanan dan nampak bayangan aku sendiri lantas aku menjerit " I can see myself!!". bermula dari itu bermulalah episod aku mengarut seorang diri dalam kereta dalam bahasa bukan kebangsaan. pelik pun ada. aku maki semua kereta yang menghalang laluan aku. 170km/h. hanya itu yang aku perasan. semua benda aku tak dapat nak ingat kecuali nak berjumpa ibu. terfikir nak call emak kejap...tergelak seorang diri bagai tak percaya benda dah berlaku. cakap dengan diri sendiri...alhamdulillah iman aku masih ada untuk memohon kepada Allah untuk melapangkan jalan dan mempermudahkan urusan untuk berjumpa emak biarpun dia telah ku tahu beliau sudah tiada.

beberapa siri panggilan yang telah aku tapis aku jawap - untuk membantu aku mengingati jalan mana harusku ambil. aku dah tak ingat ape dah.mana satu interchange yang harus aku ambil dan bagaimana rupanya pun tak dapat aku ingati. aku jumpa dengan pakcikku yang menunggu di sebuah stesen minyak. aku tak keluar untuk bersalaman seperti biasa. aku tunggu dalam kereta dan dia datang menghulurkan salam lalu mencium dahi aku. aku statik. aku diam je ikut keretanya pergi ke arah hospital tampin. memang takde rupa hospital. aku parking je kat depan tu. lantak la nak jadi ape pun jadi la. aku terus berjalan dan ada beberapa orang sepupu yang riang-riang nak bersalam.maaf aku telah menengking korang sampai menggigil.hoho.masa tu aku tak kira siapa kamu semua.mana yang halang itu aku tengking. aku terus ke bilik mayat sambil diiringi saudara mara. aku tersenyum sendiri melihat jenazah ibuku.dalam kepala aku berkata sendiri - "i have no big regret". aku memikirkan hal ini adalah yang terbaik untuk semua. jenazah ibuku dalam keadaan yang sangat baik.mukanya bersih dan putih melepak. tak dapat aku tahan lagi perasaan aku bila melihat wajah ibu sendiri yang terbujur kaku.aku menangis dan bertanya "who did this?". macam orang gila aku tergelak seorang diri. aku rasa sedara mara ni da perasan aku dah gila mereka pun tenangkan aku.tapi benda ni tak lama cam drama swasta.aku menerima segalanya.aku keluar sebentar dan meminta mahu berseorang diri dalam tu bersama mak. aku tersenyum.banyak kali. kepalanya aku usap, pipinya aku cium.macam emak selalu buat kat abang dlu..sebelum abang tido.kan mak? tapi masa tu mak da tak bernyawa..tapi muka mak macam mak tengah tido..

aku tersenyum seorang diri sambil mengambil wudhu' di sink yang terdapat di atas kepalanya. aku bacakan yassin untuknya dan lakukan tahlil seorang diri. masa itu bukan lagi masa bersedih atau menyesali dosa yang telah dilakukan padanya. aku self-motivated apabila aku menyedari pada hari-hari terakhir kematiannya, aku sedar emak sayangkan aku sebagai anak. dan aku (insyaALLAH yakin) tidak terbabas dari landasan peranan sebagai seorang anak.kerana itu aku mengatakan "i have no big regret".

terus aku jumpa orang yang berkenaan disitu untuk bertanya apa yang patut.alhamdulillah emak tidak dibedah siasat. beliau pernah berkata yang beliau tak mahu. hajatnya dikabulkan. aku pun tak jadi nak pukul sape2..kalo la mak aku kena belah memang naya..

aku terus ke kaunter pendaftaran untuk menyelesaikan hal van jenazah. semuanya berjalan lancar. sejurus selepas jenazah ibu diangkat ke atas stretcher untuk dimasukkan ke dalam van jenazah, ayah pun sampai dalam keadaan murung dari balai polis. tak perlu nak tunggu ayah lama2 dan urusan penghantaran emak pun nampak macam sangat smooth. ayah memeluk aku tapi aku tak berapa nak balas kerana fokus aku bukan disitu. fokusku satu - seperti yang dikatakan pada saudara mara - kebumikan emak secepat mungkin.

van sangat laju. 2am bertolak dari Tampin dan berhenti beberapa kali akhirnya sampai ke Kuala Berang, Terengganu pada pukul 7 lebih. sangat cepat kukira dengan keadaan van yang semacam tu serta jarak yang ratusan kilometer. orang kampung sudah mula memenuhi rumah. atuk aku kelihatan sungguh tenang sambil menghisap rokok. takpe, dia memang guru mengaji yang otai. nenek ku jatuh ke lantai tak bermaya sambil mengucap syahadah. takpe, dia masih bernyawa masa aku sedang menulis ni. adik aku lantas memeluk maksu aku, Faezah sambil menangis teruk gila rupa.baru saja sehari lepas aku meninggalkan rumah ini dengan berjanji akan kembali dengan emak...baru je sehari aku dah balik dengan mak.tapi kali ni mak dah tak bernyawa. itulah balik kampung kami bersama emak kali terakhir..dengan van jenazah.

sementara itu, dua orang lagi adik kecil aku masih berada di Hospital Melaka ditemani ibu saudara dan pengasuhnya yang sangat baik hati - Mak Ros. Allah mengurniakan keluarga Mak Ros pada kami.sangat kami mensyukuri nikmat itu. dua orang adik kecil itu masih tidak tahu mereka sudah bergelar anak yatim - tapi ada ayah lagi. mereka dimasukkan ke wad ICU bersama-sama.

aku sedaya upaya melibatkan diri dalam semua urusan pengebumian.dari mengangkat emak ke menutup langsir. kalau boleh semua aku nak buat. orang lain tak boleh. aku anak dia. tapi aku tak menyibuk hal-hal yang aku sendiri takde masa nak buat seperti makan durian di majlis pengebumian dan membeli kain kapan serta meninjau tapak kubur. itu orang lain punya hal. biarlah aku, untuk kali terakhir, menjaga ibu aku walaupun tak serupa seperti dia menjaga aku ketika bayi..

masa untuk memandikan jenazah emak.aku mengangkat emak bersama beberapa orang lagi ke tempat mandian jenazah selepas disiapkan. pintu-pintu ditutup rapat dan hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. aku adalah antaranya selepas dihalau keluar kerana orang tak kenal aku adalah anaknya yang sulung. biasa la orang kampung sana kecoh2..aku tengok mereka cakap-cakap sama mereka dan berbuat sesuatu sambil memegang jenazah ibu.sangat aku terkejut dan tersentuh lantas jatuh ke lantai dan menangis. aku rayu pada mereka." buatlah slow2.." dalam tangisan. lama juga kerja mereka terhenti tengok aku menangis sorang2..tak lama lepas tu aku gagahkan diri untuk bersama-sama memandikan jenazah ibu bersama Najwa dan ayah serta beberapa wanita.dengan lembut kami menggosok tubuh ibu. walaupun aku sedar ia tak lah selembut seperti masa beliau memandikan aku ketika kecil, tapi maaf emak, aku buat apa yang termampu..aku membasuh kedua - dua kaki ibu. tapak kakinya aku gosok perlahan-lahan..syurga itu dibawah tapak kakinya..teringat aku pada sesuatu. aku membelikan beliau dua pasang kasut sebagai cenderahati.satu di USA satu di Malaysia. memang emak sangat menyukainya. satu benda yang sama di fikiranku semasa membeli kasut-kasut itu. - Syurga Itu Di Bawah Tapak Kakinya.

jenazahnya dalam keadaan yang cukup baik.tiada luka-luka seperti mangsa kemalangan.hanya ada 3 calar pada dahinya serta sedikit lebam pada perutnya akibat dari jerutan safety seat-belt.jenazah ibu kami angkat semula ke tempat pengkafanan.disitu ruang agak terbuka maka aku mengambil keputusan untuk membiarkan wanita-wanita itu yang mengkafankan dan aku yang menjaga tirai. beberapa orang lelaki yang cuba menjenguk semasa proses pengkafanan telah di "sound direct" oleh aku. hanya kami adik beradik serta ayah dan wanita-wanita itu sahaja berhak untuk melihat emak dikafankan - pada fikiran waras aku ketika itu. semasa hidupnya juga, emak tak pernah menunjukkan rambutnya pada tetamu yag bertandang.malah semasa tidur di kampung ayah, emak tak pernah menanggalkan tudung biarpun semasa tidur.

malah, baru ku tahu apa hikmah berpuasa sebelum sampai ajal. pernah aku terbaca, sekiranya terdapat tanda-tanda bahawa ajal akan ditarik, maka berpuasalah kita supaya senang orang menguruskan jenazah kita. betul lah..mak pun berpuasa je kerjanya beberapa bulan sebelum hari kematiannya.

siap sahaja dikafankan, kami adik beradik dipanggil untuk mencium wajah emak buat kali terakhir. aku tak dapat menahan air mata semasa melihat emak seperti sedang tidur dalam tudung putih..sangat cantik..dahinya aku kucup sambil menahan air mata. semasa itu, baru lah adik beradik ayah aku sampai di sana.sempatlah beberapa orang melihat wajahnya sebelum ditutup.maaflah.aku nak emak dikebumikan dengan cepat.keranda dah siap, kubur pun sama. terus sahaja jenazah itu diangkat untuk disembahyangkan. ada beberapa perkara yang aku tak berapa puas hati dengan pengetahuan agama orang kampung. telah aku suarakan tapi mereka buat bodoh je. takpe. Allah itu Maha Adil.

selesai solatkan emak, keranda dibawa masuk. emak dimasukkan ke dalam keranda dan ditutup.tiada lagi emak pada pandangan zahirku.keranda diusung beberapa orang. aku mengusung dengan bahu kanan di posisi belakang orang pertama.tiada masalah dan perkara ganjil berlaku semasa mengusung dan mengkebumikan emak.jalanraya yang selalunya banyak kereta laju jadi lengang tak bersebab. kebumi sudah, talkin sudah.aku lihat pada jam tangan. kira-kira pukul 12 lebih.boleh tahan cepatnya..

kini emak dah takde.aku tiba-tiba sedih semasa orang ramai mula meninggalkan kubur. 40 langkah orang meninggalkan kubur, datanglah dua malaikat yang menyoal.aku sedih memikirkan bahawa aku sudah tiada ibu...ibu saudara yang seorang inilah menenangkan aku.kami ke rumah untuk melakukan apa yang patut..

malam itu semasa kenduri arwah aku duduk seorang diri selepas melayan tetamu..orang semua dah balik dan aku masih terduduk di tepi tiang..selalunya mak akan layan anak dia nak makan.kalau takde dia akan kata sambil tersenyum "kesian anak mak ni, macam takde mak." tapi malam itu, memang tiada siapa nak melayan aku makan dan aku ambil sendiri nasi dan lauk..betul..memang takde mak..menitis air mata aku memikirkan keadaan aku ketika itu.datang seorang wanita bersama seorang anaknya. beliau adalah pengasuh aku yang pertama ketika kecil.beliau menceritakan sebuah cerita yang agak kelakar semasa aku kecil melihatkan aku duduk bersedih seorang diri.tapi tak menjadi.air mata bertambah laju rindukan emak..

kesian adik-adik aku yang kecik..mereka tak tahu ibu mereka sudah tiada.selama seminggu mereka riang begitu.sangat suka ketika orang datang melawat memberi hadiah dan bermacam-macam lagi. semasa Affan dimasukkan besi pun aku dan ayah tiada di sisi kerana masih di Terengganu. terima kasih pada Syaz dan Ayu yang tolong menggembirakan hati mereka. begitu juga keluarga Mak Ros yang berkorban masa dan tenaga demi adik-adik. tak lupa saudara mara yang sanggup berulang alik dari Negeri Sembilan ke Melaka untuk menjenguk adik-adik.

hari aku sampai ke hospital melaka, tak dapat aku tahan air mata ketika melihat keadaan Affan yang cukup menyedihkan. dahi berbalut serta mata tak dapat dibuka. lebam dan calar balar berada di mana-mana. kakinya yang sakit dan pedih kerana dimasukkan besi dan air..hanya Tuhan yang tahu bagaimana budak 7 tahun tu mengharungi kesakitan itu.aku dapat tengok die kejap je..aku keluar dan menangis.sedih....

Che Ramlah disahkan meninggal dunia pada 10.15pm di Hospital Tampin atas sebab Severe Intraabdominal Injury. Khairun Ismail kini kurang selesa dengan keadaan tulang rusuk keenam beliau retak dan tak boleh melakukan kerja berat selama 3 bulan. Muhammad Haizzat berada dalam keadaan baik cuma sedikit calar dan luka di muka, pinggang dan kaki. Muhammad Affan kini menjalani rawatan fisioterapi kerana tulang kiri peha kirinya patah dan dimasukkan besi. dahinya berjahit 9 jahitan, pipi 7 jahitan dan satu jahitan di pipi juga. alhamdulillah kini mereka berdua (Haizzat dan Affan) menerima hakikat mereka sudah tiada ibu dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal. Affan kini sudah pandai menggunakan tongkat. cerita lebih lanjut bakal diulas di part 2.