Followers

Wednesday, August 19, 2009

summer camp

hehe..dengan tak malu nye aku letak kat sini ape yang menjadi outline aku utk berkata2 masa summer camp hari tu..semasa "kuliah" maghrib yang pertama...

Salam akhir..

Intro: cakap2 kosong

1. (rule)korang takyah nak respect cam ustaz ke ape ke. Personally ini bukan kuliah. Don’t look at me as a religious figure because I am not. Let us start with cakap2 kosong maghrib ini.

Body: 1. Before I start, I want to ask.

a)antara kamu semua, siapa tinggal di asrama?

b) sapa anak sulung?

b) siapa masih punya ibu dan bapa?

c) sape suka makan mee goreng?

2. lemme be straight, u all know abg belaja kat oversea. Nampak cam berlagak je kan cakap camtu. Tp maaf lah, bukan itu yang mahu aku ckap kan. Sbb program ni pun korg sdri tawu dak2 oversea yg handle maka citer2 oversea basi jugak la ko dgr..

3. saje je aku bagi bnda boring2 ni. Nak tawu something? Aku sbnarnye sgt bersyukur dgn nikmat fly yg Allah kurniakan pada aku. Kerana apa? Kerana dari situ, aku dapat membina sebuah bisikan berbunyi I have no big regret. Apa cerita di sebalik kalimah omputih ni?

4. kalimah ini adalah bisikan yang menguatkan semangat aku untuk terus kukuh berdiri dan berjuang untuk mereka yang lagi bersisa nyawanya di muka bumi Allah ni. Biar aku cerita kan mana datang kalimah ini.

5. to be honest with u guys, aku dah bosan dgn ceramah2 or talk2 yg cakap pasal ape yg mereka kesalkan bila mak die da xde la ape la. Contoh nye cam die menagih dadah la, merempit la, melacur la derhaka la pastu balik2 mak die ke ayah die ke takde pastu nyesal pastu tamat~ bwekk..

6. utk kali ini, aku mahu bagitawu wlaupun korg xkenal atau xpeduli pn aku sapa. Mak aku..dah takde..biar aku ceritakan serba sedikit.malam itu adik call dan cakap.

7. waktu aku tahu mak aku dah takde tu.aku diam seribu bahasa.aku senyap dan tenangkan diri kerana aku yakin, apa yang berlaku itulah yang terbaik utk semuanya.lama jugak aku senyap sampai di satu persimpangan,tgh drive ni, aku naik gila bila aku nampak bayang2 aku sendiri. “I can see myself!!”

8. aku drive 170km/h nak jumpe mak punye pasal.dipendekkan cerita, aku sampai di rumah mayat.masa tu semua orang dah ada kat situ.saudara mara aku bawa aku pergi tengok jenazah emak.aku yang tak cakap ape2 sebelum tu terus collapse dan menangis.bagaikan tak percaya orang ak sayang kini terbujur kaku tak bernyawa. Beberapa saat aku menangis dan gelak macam orang gila.tp selepas itu, kalimah I have no big regret dibisikkan ke telinga aku oleh sesuatu yang aku tidak pasti.

9. ketika itu lah aku sedar apa kaitannya kalimah itu, pemergian ibu, dan fly..aku amik wudhu’ dan aku tahlil kan ibu ku..bermula la episode aku menjadi seseorang yang “kuat”

10. pasti kamu semua tertanya2 ape kenapa ea “I have no big regret?” sebagai seorang anak, aku sangat bersyukur aku tidak begitu lari dari landasan sebagai seorang anak. Segala titah perintah beliau aku turuti dengan taat. Aku juga percaya, aku telah melakukan perkara2 yang membanggakan dirinya. Quality time telah aku manfaatkan utk bersama2 dengan nya biar dimana kami berada. insyaALLAH, aku tahu aku telah menjadi seseorang yang mungkin dia banggakan.drp cerita2 yg aku ceritakan padanya,aku tahu dia bangga dengan aku..

11. aku seorang anak yang manja.dan pada hari2 terakhir bersamanya aku sangat manja dengan beliau.ke mana saja aku turuti.aku tolong die masak,lipat kain..dan mcm2 lagi..tapi dari mana aku dpat semua keinginan untuk melakukan perkara2 yg telah aku sebutkan tadi? Sebahagian besarnya aku berani cakap adalah dari nikmat FLY yg Allah berikan.

12. aku bkn jenis mcm org lain. Hari raya mintak maaf bla3 semua.aku xsuke disamakan dgn org lain.maka, pada hari aku berlepas dari Malaysia, aku dapat lihat air mata kegembiraan dari ibuku..aku dapat pelukan membanggakan dari ibuku.aku dah mintak maaf sesungguh2 nya dari ibubapaku. Begitu juga halal kan makan minum…dan yang paling penting..perkataan abg sayang mak..sesuatu yg jarang aku ckp. Semua itu terjadi bila?? Pada hari aku fly..

13. masih aku ingat lagi mothers day.aku telah ucapkan selamat hari ibu dengan penuh istimewa..masih aku ingat senyuman beliau masa aku ucapkan di webcam.bermacam2 lagi tunjuk perasaan kasih syg terhadapnya sampai lah hari terakhir beliau pergi..

14. lepas dari tu, dah xde sape nak melayan aku makan..mlm pertama tanpa ibu, aku menangis semasa makan.kerana apa? Kalau mak aku masih ada dan melihat anak2 nya takde sape layan nak makan pasti dia akan tersenyum sambil berkata..sian anak mak ni..mcm takde mak..mmg betul..malam itu, aku takde mak..ak amik nasi sendiri..lauk sendiri..dan makan seorang diri di tepi tiang..juga, takde siapa yang akan memotong kuku kaki ku seperti selalu..takde sape yg cium kedua2 pipi ini pagi2 hari..tapi takpe..aku xkisah..aku merelakan pemergiannya kerana pada aku, tiada penyesalan yang besar harus aku tanggung kerana kematiannya..aku menangis juga kadang2..tpi itu kerana aku sgt2 rindu kan kasih syg die..ketika aku sgt goyah, aku ingatkan, I have no big regret..

Conclusion:

1. jangan bazirkan masa kami yang sedia datang ke sini kerana bukan senang untuk buat semua ini. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Ada yang sebenarnya keberatan untuk ke sini, tinggal kan keluarga, tinggal kan kerja dan sebagainya.abg tinggal kan adik yg tak sempurna keadaan nya di rumah itu. Jalan pakai tongkat. 7 tahun dah xde mak..kesian.tapi kerana korg aku dtg.mungkin ada antara kta berkongsi cerita sama..jadi hargailah..

2. manfaatkan masa yang ada di kem ini untuk menimba seberapa banyak ilmu. Mungkin tak semuanya berguna, tetapi jangan pernah ambil mudah setiap satu kerana biasanya perkara2 kecil yang menjadi pencetus kepada benda2 besar.

3. pada siapa yang masih punya ibu dan bapa, hargailah mereka. Tanya pada kamu, sudahkah kamu melunaskan hutang kamu pada mereka?

4. nasihat aku : janganlah buat sesuatu yang bakal menyeksa diri.jangan buat sesuatu yang cukup utk menjadi penyesalan berkekalan. Ingatlah Tuhan dan Rasul mu ketika mahu berbuat sesuatu. Jika itu tidak mampu, fikirkan tentang ibu bapa kamu.


itu la dia..haha..yang aku pelik tu ada gak yang tangkap leleh...adoi la manusia..