Salam 'Alaik rakan-rakanku semua,
Jadi hari ini merupakan salah satu dari empat hari yang aku update blog kerana aku hanya update blog empat kali setahun. Jika rakan-rakan perasan, aku sudah tukar layout dan gambar kat atas tu jadi comel sikit dari sebelum ni. Yela, segan jugaklah aku blog je hias lawa-lawa api takde sape nak update blog; sudah itu pulak orang duk tanya tapi aku kata asyik kata esok atau kejap lagi je. Ok, mari kita masuk ke tajuk.
KENANGAN
selama mana aku hidup di bumi yang fana ini, aku memerhatikan bahawa kita sentiasa beredar di sekeliling kenangan; aku tak tahu orang lain macam mana, tapi aku fikir macam tu. faham tak?
let me break it down for you. Mengikut theory aku, fasa hidup kita ni terbahagi kepada 3 komponen kenangan iaitu:
1) Merancang kenangan
2) Mencipta kenangan
3) Mengenang kenangan
it sounds corny - I know. But anyhow, let's go through one by one.
1. Merancang kenangan
sebenarnya dalam step ini, ia bermula dengan mendengar dan melihat kenangan orang sekeliling.
Masa ini, typically semasa kita semua masih lagi kanak-kanak riang yang dengar je apa orang sekeliling cakap. sedang kawan kau cerita hantu yang tak masuk akal pun kau dengar jugak dengan penuh khusyuk. aku rasa mendengar kenangan tu adalah seperti yang semua orang paham kan? cam biasa la, kau dengar datuk-datuk atau pakcik-pakcik menceritakan kenangan mereka membina empangan tasik kenyir la, lawan komunis la, pegi lawan bos kat tempat kerja la, memukul pak guard dengan kayu golf la, serta menjadi pegawai diplomat Malaysia ketika usia masih muda. kang aku letak semua contoh nanti takde sape nak baca.
dari segi melihat kenangan pula, ia lebih kepada apa yang kita lihat secara live ataupun yang kita tengok dalam TV. contoh yang terdekat pada aku adalah ketika aku menonton filem autobiografi ramai manusia-manusia yang berjaya dalam hidupnya. setidak-tidaknya pun, kita melihat sendiri depan mata bagaimana orang-orang terdekat dengan kita yang berbakti pada masyarakat. takkan la tak motivated kot. pembacaan pun turut mempengaruhi jugak; kau baca kisah-kisah sahabat tu. sama je la konsepnya dengan macam tengok movie autobiagrafi tu.
tapi by the end of the day, kita yang masih lagi suci murni ibarat kain putih tu mula rasa motivated nak buat perkara yang sama ataupun lebih hebat lagi. kan? ke aku sorang je pikir camtu..?
lepas tu barulah orang sibuk nak merancang nak buat apa dalam course hidup dia. menurut adik aku, semasa dia berumur 5 atau 6 tahun, dia bercita-cita mahu cemerlang dalam upsr so that boleh masuk MRSM and then dapat SPM 11A supaya dia dapat fly ke United States. hebat...siapa la yang motivate dia tu, mesti kacak orangnya.
"Begin something with the end in mind"
Stephen Covey - Author of "Seven Habits of Highly Effective People"
2. Mencipta kenangan
Dalam hidup kita, kita akan sentiasa berdepan dengan pilihan. sedang kau tengah tahan berak masa ceramah motivasi ramai-ramai kat sekolah pun kau menghadapi pilihan jugak. sama ada kau nak pergi ke tandas dan berak, atau kau tahan je sampai ceramah tu habis. yela, mungkin kau seorang yang segan kalau orang tahu kau pergi berak. sikit punya lama kau spend kat dalam bathroom tu takkan la orang tak tau. pastu bila kau masuk orang ramai-ramai pakat tutup hidung. panjangnya contoh ni..tapi pointnya adalah hidup sentiasa berdepan dengan pilihan.
apa pulak la kaitan kenangan dan pilihan ni...
ceritanya macam ni, dalam engkau menghadapi hari-hari dalam hidup kau, kau selalu tak tanya diri kau, apa yang patut kau buat? senang cerita macam ni, masa tu ada selection untuk wakil sekolah ke taekwondo tournament. kau ada pilihan sekarang sama ada kau nak buat sehabis baik atau kau buat-buat segan bagi peluang mencipta sejarah hidup tu ke orang lain. boleh kata pulak kau ni seorang yang smart dan mahu melakar sesuatu dalam hidup, mestilah kau rasa nak buat betul-betul kan? dan engkau pun buat gila-gila punya dan akhirnya tup-tup engaku dah final peringkat kebangsaan dan..arghh..senang pendek cerita kau dapat emas. syabas, syabas.
bukan dalam sport sahaja, malah dalam bidang kepimpinan, adakah engkau sanggup menggalas tanggungjawap sebagai seorang ahli Lembaga Disiplin Pelajar semasa kanak-kanak yang tak matang lain merasakan itu adalah suatu yang terlalu menonjol untuk mereka, atau adakah engkau sanggup jadi presiden Kelab Parti Politik Tertentu Luar Negara New York-New Jersey ketika jauh di lubuk hati kau, kau tak mahu ada association dengan parti politik ini? tapi semuanya kau buat jugak la sebab kau nak melakukan sesuatu dalam hidup ini.
dalam kegiatan sosial, kau mesti ada pergi volunteer ke, tolong orang ke. i tell you what, volunteering is surely a life-changing act. kau tak rasa wo camne bestnya volunteer ini. aku tak rajin sangat volunteer, sikit-sikit je. tapi aku tengok orang-orang yang volunteer ni semua macam ketagih nak buat benda tu. apsal? haa. kau volunteer sendiri la baru kau cakap.
dari tadi asyik cakap benda positive je kan? boleh jadi masa muda ni kita buat benda gila-gila punya. kau skema ke nak buat semua benda nerd-nerd? cakap skema kat kau marah pulak. time muda-muda ini lah kita lumba lembu kat sawah orang ke, drift kereta proton bapak kau depan masjid time subuh hari ke, merempit malam-malam sampai terbarai motor depan kubur ke, masukkan peti ais dalam bathtub ke, ikut sukahati korang la. banyak lagi benda aku boleh tulis tapi kang penuh dengan contoh pulak. tak sampai point.
tapi la kan, dalam hidup kita ini sentiasa berdepan dengan pilihan. sama ada kita nak buat dosa atau pahala. sama ada kita nak buat benda mulia atau keji. sama ada kita nak buat benda baik atau buruk. sama ada kita nak buat benda besar atau kecil. sama ada kita nak jadi manusia terbilang atau manusia yang biasa-biasa. pilihan sentiasa berada di tangan kita. masa untuk mencipta kenangan ni dah lama bermula untuk kita-kita kini yang muda belia, tapi masih belum terlambat nak terus mencipta.
Steve Jobs, dalam setiap benda yang beliau mahu buat, beliau akan bertanya pada diri beliau sendiri: "If today was my last day, would I do what I am about to do now?"
Orang Yang Hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar (Sayyid Quthub)
3. Mengenang kenangan
Masa mencipta dan mengenang kenangan ini biasanya overlapped. Yela, sedang benda yang kau baru buat tadi kau boleh kenang kejap lagi. kan? tapi masa tua kita, masa yang kita dah tak bermaya nak gila-gila lagi, atau masa kita tidak lagi sesuai untuk buat certain benda, time tu adalah masa mengenang kenangan.
masa tu kau akan termenung sorang-sorang, pandang luar tingkap, tapi kau tak pandang pun pokok pisang kat luar tu, tapi kau melihat satu-satu kenangan yang kau buat masa kau masih gagah dahulu. senyum sorang-sorang aje kau. time tu la anak cucu kau datang dan kau pun bukak la cerita. sebab tu orang muda sekarang bila buat benda gila-gila sikit dia nanti akan kata "Nanti adalah benda sikit nak cerita kat anak cucu". Ok, aku sound like orang tua.
selalunya aku fikir, mungkin nanti suatu hari nanti korang akan jadi somebody, dan masa itu, orang akan buatkan movie atau at least satu museum untuk kau. orang takkan nak buat movie kehidupan seorang yang sangat hambar dan lame. mesti la nak cari kehidupan yang penuh adventure dan action-packed. So, tanyalah diri korang, adakah hidup korang ni best nak dibuat movie atau buat abis beras je kalau buat pun?
ataupun, kalau korang suatu masa nanti ketika terlantar kat katil, masa tu adakah kau akan menangis sebab menyesal dengan benda-benda yang kau buat? adakah jugak kau akan menyesal sebab kau buat benda-benda yang tak sepatutnya yang kau harap kau boleh patah balik masa?
ataupun korang akan asyik gelak or senyum sambil berkata "I did this and that and I am so proud of what I did". Bukan bermaksud riak la tapi.
ataupun, masa kita semua menghadap Yang Esa. bersediakan kita dimainkan semula kenangan-kenangan kita di dunia yang sementara ini dan dikhabarkan kepada kita apa yang telah kita kerjakan dan diputuskan keputusan kepada kita? Wallahu 'Alam.
-this is just a friendly reminder for me and you just in case we forgot.
-jika ada salah dan silap harapnya ditunjukkan dengan cara penuh hikmah dan hemah.
-ok, kelas aku start hari ini. dah takde masa free lagi. takleh tulis blog. "Argh, kau manjang busy nye. pemalas tulis blog apa?". "Haah kan, kalau nak tunggu tak busy bila je aku betul-betul free?"