Followers

Tuesday, December 1, 2009

subuh

oh ya, tadi ada belajar benda baru..tahukah anda, bangun pagi solat subuh boleh mengelakkan strok?tahukah anda?bla3. aku baru tahu ini tadi.alang-alang da bukak citer pasal solat subuh kan, mari kita bercerita dengan lebih lanjut mengenainya.

hari yang baik bermula dari solat subuh yang baik. hari tanpa subuh merupakan hari yang paling suwey takleh blah. seriously, it has been proven everytime i miss the prayer (yeah, i miss prayer sometimes).think positively, maybe that's how the God want to teach me about the phrase above. remember, everything happen is what best for us. here are some examples of what happen when i miss that prayer : accidentally swallowed pieces of glass, locked out of hall in an extremely clod weather, and getting zero mark for missed homework submission. basically, something must be wrong if you miss fajr prayer.

bangun pagi solat subuh boleh mengelakkan strok. bile kita terlalu lama idle tanpa bergerak (tidur tak bangun subuh), kita akan lebih berpotensi untuk kena strok. jadi dengan bangun subuh, kita akan bergerak mengambil wudhu', kerjakan solat sunat kemudiannya menunaikan solat fardhu subuh. ya, anda sudah aktif di waktu pagi. maka badan menjadi sihat dan strok berjaya dielakkan. (ceramah seseorang yang aku datang lambat..apa nama die tak tahu).

peribadi yang baik dibentuk dari solat subuh yang baik. hey, bukan senang nak solat subuh pagi2 buta nih. nak nak kalo ia dikerjakan secara berjemaah. ia sudah pasti memerlukan tahap disiplin dan kesabaran yang tinggi. anda boleh bezakan orang yang solat subuhnya terjaga dengan yang tidak. percayalah.

solat subuh berjemaah, banyak faedah. anda telah melepasi ujian angkat berat dengan sempurna. angkat berat kelopak mata dipagi hari. anda juga telah melepasi ujian ketahanan dengan sempurna. tahan mengantuk dan sabar menunggu jemaah. sudah pasti selesai solat subuh, anda akan menjadi motivated! ya, mulakan hari anda dengan subuh yang mantap. ada disebut suatu kisah ketika segerombolan tentera berjaya menawan tawanana perang islam. sebelum dihukum bunuh, satu per satu akan ditanya adakah anda solat subuh berjemaah.jika jawapannya ya, tawanan itu akan dilepaskan kerana digeruni akibatnya.wallahualam.

sebaik-baik solat qabliyah adalah qabliyah subuh. buat la solat ni. telah diaajar bagaimana besarnya fadilat solat qabliyah ini. disebut dalam suatu hadith, jika manusia mengetahui betapa besarnya fadhilat solat qabliyah subuh, nescaya dikerjakan juga biarpun terpaksa merangkak.

solat subuh itu waktunya pendek.maka segerakan lah ia. jangan la sampai terlepas.sedih la idup lepas tu.

yeah! aku baru teringat satu point yang sangat penting. tidur lepas subuh. nasihatku personally, jika anda bakal menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat, jauhilah tidur lepas subuh kerana ia sangat melembabkan otak. first hand personal experience. kenapa?tak percaya? tapi, kadang2 subuh ni kalo duduk kat oversea masa dia tak tentu. kadang-kadang tunggu la sampai berjam jam lepas subuh tu nak pergi ke kelas. jadi, masa tu la tidur lepas subuh ni..entah la..boleh kot. aku sendiri takde jawapan yang pasti. kalo subuhnya masuk kul 3 lebih, kelas kul 9 amenda aku nak buat 6jam time semua orang tido?sudah pastinya aku jua tumbang sekali~ haha..sila betulkan jika aku salah ya.

sebenarnya banyak lagi benda yang berkaitan subuh ni. bukan takat ni je.tapi takpe la kita citer kemudian ya.

6 comments:

  1. waaa..subuh pertama disember ni keluar pulak post bertajuk subuh di subuh hari..(kata aku pada diri sendiri)

    ReplyDelete
  2. aku yg malas nak hapdate belogDecember 1, 2009 at 8:18 AM

    inilah post terbaek antara yg baek2~ahhaa

    ReplyDelete
  3. bila lg jmaah solat subuh akn sramai jemaah solat jumaat? hummmm

    ReplyDelete
  4. adey...tu ko tnya la org komuniti ko..masalah kat mesia komuniti tak tersusun ape cer nak idup jemaah..kalo ko wat sume bnda strategik, mesti punye org dtg camtu nye byk..key word is World order

    ReplyDelete
  5. kalo tanak tido lpas subuh,
    tggu la syuruk dlu bru sambung tido
    :-p

    ReplyDelete