Followers

Thursday, July 22, 2010

bawang oh bawang

bawang oh bawang~
mengapalah dikau diciptakan sedemikian~
teresak-esaklah diriku dikala memotongmu di pagi hari.

jika tidak kerana hari ini aku masak makan tengahari,
tiada mata ini menangisi penceraian tubuh badanmu wahai bawang~
tiap kali tangan ku menghiris tubuhmu terasa pedih biji mata.
sekadar tutupan kelopak mata tidak cukup untuk kutangkis semua pedih itu. ah~

teresaklah aku seorang diri dengan perasaan penuh malu sambil menekup mata di otot biceps yang kian mengembang..acehh...bawang oh bawang..

engkau telah menyebabkan aku dipandang begitu macho apabila seorang teruna menitiskan air mata.sesungguhnya penimbangan rasional aku tidak boleh dipakai lagi ketika ini.oh bawang..

bagaimana hari mendatang jika aku ditugaskan memotongmu dikala majlis keramaian?
oh bakalkah aku menghiriskan maruahku jua kerana esakanku semasa memotongmu memang tidak boleh belah.
hatta kakiku patah tulangnya masih ku mampu tahan tanpa ada sedikit linangan air mata.
tapi engkau wahai bawang, segagah mana teruna itu pun, engkau pasti menumpahkan air matanya.

oh bawang, ketahuilah engkau semasa aku di MRSM Serting aku berada di Homeroom Gagah.
tetapi engkau telah goyahkan semangat kegagahanku di pagi hari.
sungguh ku tak sangka engkau wahai bawang, senipis-nipis kulitmu itu, gagah benar engkau memecahkan empangan mata berkaca.

bawang oh bawang, mengapa diri ini memilihmu walau tahu engkau akan berlaku sedemikian?
bahawa engkau akan memedihkan diriku?
kerana aku tahu akan kelazatan selepasnya, maka bisa saja ku tanggung kesakitan dan kepedihan itu.
kalo tak sedap takde aku nak layan la weyh.

bawang~ engkau ada macam-macam jenis. tetapi sekali aku pergi ke United States ni aku dah tak reti nak terjemahkan engkau.
setahu aku semasa di Malaysia, hanya ada bawang putih dan bawang merah.
begitu juga hikayatnya di Indonesia yang ceritanya meleret-leret bazirkan masa budak-budak sekolah aku ponteng prep.
hanyaku tahu engkau bawang putih dinamakan garlic dan bawang dinamakan onion.
sesampai sahaja disini apalah pening otakku melihat satu jenis bawang ini. black garlic.
apa itu? bawang hitam putih? bawang putih hitam? hitam bawang putih?
bukan engkau saja malah ramai lagi rakan-rakan engkau yang pelik.

tidak ku jangka wahai bawang engkau telah menyebabkan aku menulis sebegini panjang dalam satu cubaan. sesungguhnya bawang, penciptaanmu berlapis-lapisan mempunyai hikmah yang tersembunyi. terciptanya engkau membuat orang menangis sebelum menikmati kelazatan mengajar aku erti hidup. kepelikan nama saudara engkau di tanah Amerika ini mengajar aku bahawa luasnya dunia untuk kita menimba ilmu. oh bawang, tiada apa yang diciptakan sia-sia.

وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَہُمَا لَـٰعِبِينَ

dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main (Ad-Dukhan: 38)

8 comments:

  1. pakailah sunglass..dpt mengurangkan tangisan + dapat memotong bwang dgn penuh bergaya..

    ReplyDelete
  2. hahaha~ tak boleh..sgt la tak style..ak da try da dlu pakai mask ape bnda tah potong cili kering..wat rimas aku je

    ReplyDelete
  3. brilliant post. ada lawak dan hikmah di situ..love it..like the way u think!

    ReplyDelete
  4. welcome..tp jgn perasan lebih2 pulak :p

    ReplyDelete