Followers

Friday, April 10, 2009

siapa aku dalam berkawan part 1

INTRODUCTION

bnda ni ak telah lama sedar..ak perhatikan pola hubungan ak sesama rakan2 atau sesiapa sahaja lebih kurang sama..kadang2, masa nye begitu cepat..maksud ak, fasa2 itu dengan cepat nye berlalu dan elevate ke fasa2 yang lebih tgi..mungkin skrg xbape faham.baik lah.ak elaborate bawah ni.perlu diingatkan post ini bukan utk membangga@menghina diri atau utk khas kepada satu org atau satu jantina.akan tetapi, ia adalah berbentuk general dan boleh dilihat sebagai analisa.

FASA PERTAMA

fasa pertama adalah fasa baru kenal..tp part ni pn kadang2 terbahagi kepada dua..ape yg terbahagi tu?bnda itu adalah bagaimana mereka memandang ak.sama ada sebagai smart guy, atau sebagai funny joker.biasa la mula2 baru kenal.cam nasi lemak baru masak,haruman die mesti cam pergh punye an?so dua bnda ni mmg seronok la.tgk org la camne.ak layan org tu ikut cara mereka nak.bukan bermaksud ak mahu berpura2.tp ak ada dua ciri tersebut jujurnya.mungkin xbnyk tapi sikit.jadi ikut org la.xkn ak nk layan org yg xsuke kan bnda2 ilmiah ngn skema kan?setiap manusia itu berbeza..

FASA KEDUA

fasa ni da mula da cam suam2 antara dua org.mungkin keadaan ni baik bagi sesetengah org.kire hubungan antara ak dan dia tidak lagi se-funky -funny-freaky-fancy atau apa saje perkataan nak letak utk describe keadaan selepas beberapa tempoh hubungan.kadang2, bagi sesetengah org, kami mula da nampak track bagaimana mahu berdepan dengan masing2.ada yang perlu berhati2 ada yang boleh main lepas saje atau berbagai2 lagi.kalau masa kenal dlu, org yg b
aru kenal tu akan ketawa guling2 mcm org gile atau akan kagum ngn kapasiti ilmu jika nk dibanding dgn appearance ak yg cam bukan2 ni.tapi bile da masuk phase ni, org akan berada di track nye.keadaan akan mnjadi sedikit diluted.gelak masih ada tp xguling2.kekaguman masih ada, tp xsama seperti dlu.kerana ape?tidak tahu.mungkin sudah tahu membaca pergerakan

FASA KETIGA

yeah..masuk juge fasa ini. pada ak, fasa ini paling memeritkan.kerana ape?walaupun ia tidak secara direct menyentuh aku, akan tetapi, ia seakan menyiat2 kulit ak.sakit woo..tp xla sakit mn sebenarnya.cume terasa begitu tidak enak seperti dahulu.mengapa? JEMU la jawapan nye.tp mgapa jemu?ini bukan nye main couple pn..laki2 pn camni..
apekah tanda2 jemu itu?
  • dah tiada idea nak cakap ape
  • borak pun benda yang sia2
  • mendengar secara keterpaksaan
  • nak bercakap pun rasa malas
  • nak pandang muka pun rasa cam "ADOIIIII!!!!!"
  • kadang2 rasa seperti "eh boleh x pergi?" atau "diam boleh?"
  • kehadiran dia hanya menjadi sakit xterperi
tapi mengapa jemu..?entah..tidak ketemu jawapan.mungkin kerana niat kita berhubung dengannya dah salah.salah bagaimana?salah dengan meletakkan sesuatu yang bukan kekal sebagai niat berkawan dengannya.maka, bile benda tu xde (matlamat perhubungan) atau da samar2 maka ape gune nye lagi bersama kamu?apa lagi guna nya kamu di sisi?apa faedah aku berbicara sama kamu?mungkin kita ada jawapan lain.terpulang...JEMU BOSAN BORING DULL TEDIOUS STUPID SIMPLE MUNDANE PEDESTRIAN CLICHE tah ape2 lagi la perkataan yang sewaktu dgn nya yg mndescribe kan hubungan ketika dan waktu ini.

FASA KEEMPAT

ah..fasa ini teruk lagi dari yang sebelumnya.tapi xmengapa.ak bagaikan suka dengan fasa ini. entah pelik juge kenapa suka.tapi, kalo amik statistik orang2 yang telah ak berjumpa, 1001 dari 999 org akan mengatakan ak pelik..pelik macam mana?ak masih xketemu jawapan yang common.tapi tu biar di post lain.tp point nya ak suka kan fasa ini.adakah fasa ini sesuatu yang tidak menyakitkan?eh mana ada.hakikatnya, fasa ini adalah fasa di mana ak boleh katakan sebagai fasa yang dinamakan sebagai CONFLICT.

bunyi cam ganas la kan.tapi xde la nak ganas mana.dah tua bangka camni xlarat da nak gaduh cam kecik2 dulu.ingat lagi aku masa di darjah tiga.berkelahi dengan rakan sorg ni.nama die borhan..nape la ak ingt lagi nama die pun ak xtahu..mungkin sebab nama  die borhan cam karekter kartun keluangman.mungkin juga kerana bapak die punye kereta yang cam pelik.kerete bapak die kaler putih tibe2 time kat boot depan leh x die cat itam.sampai skrg ak ingat la..point nya tu la antara pergaduhan luar gelanggang yang teruk.baju putih ak jadi coklat ijau itam sume.basikal budak2 da jatuh2,sian korg..maaf ye.tah macam2 lagi.kitorg bergaduh cam hindustan.dari satu tempat ke tempat lain.time tu ak terasa best nye dpt tumbuk muka org sampai kena tumbuk balik pun ak redha je..sebenarnya bnyk lagi pergaduhan yg ada.yg lagi teruk pun ada.tp malas la cite..cam bodo je..sampai baling2 sterika hayun2 kerusi maki hamun toksah citer..

itu ngn laki.ngn pompuan kadang simple je..conflict2 sgt ak blah camtu je la..lantak kau la..xde faedah pada ak lagi.nak gaduh pun xsedap..tapi time darjah tiga gak la ak kena bantai ngn budak pompuan..nama die izzati..ak ingat lagi muke die..tp bukan la sbb ak gaduh ngn die.sebab mula nya kawan2 ak sibuk menyakat die.ak yg mula2 pendiam tibe2 rasa cam nak join ak pun join la..ak baling putung rokok kat die.xpasal2 die hempuk ak ngn beg die..tp malang sekali dalam beg die ada rehal Quran yg made of kayu~ terbaik..





pastu berdarah la hidung aku cam hape..sekali lagi baju ak yang putih tu jadi kaler merah..sampai kasut2 pun sama..baru balik skola agama..tapi pastu ak wat xlayan la die..bukan la str8 pas kena hempuk.pas kena hempuk tu adoi ak xnampak dunia da..

hakikatnya, conflict ini muncul dari perasaan tidak puas hati yang melampau.dah besar camni masih ada conflict lagi.tp conflict tu jadi bile satu pihak ni vulnerable sgt.tp x la sampai tumbuk2 cam dak2 kecik dlu.just camtu2 je la.kadang2 ak step away terus..malas ak nak layan org emo tah ape2 ni.

tapi mengapa aku suke? hehehe..jeng2..kerana ia akan pergi kepada fasa yang seterusnya~

FASA KELIMA

ya..ini la fasa yang dinanti-nantikan.mengapa ea?tadi da gado2 la ape la pastu apsal suka part ni?kerana fasa ni la..fasa yang paling sentimental punye la..tangkap syahdu la beb~ serious ngn laki ke pompuan ke..lebih kurang je..tp xbermaksud ak bisex ye.laki dan perempuan tetap berbeda.semasa part ni.mula2 hati masih berbara lagi.tetapi bara rindu itu lagi kuat dan panas dari bara dendam yang habanya sehangat taik terlebih asid hidroklorik.(panas rektum..cis)

rindu...perkataan yang aku rasa indah.indah lagi dari perkataan sayang.sebut pun cam best.teringat lak sorg kakak yang aku jumpa kat tempat kerja ayah dlu nama die Rindu..hehe..rasa2 nya org yang bagi nama die tu pn berfikiran cam ak la..perkataan  tu cantik.enak disebut, suka dirasa, bahagia dialami biar dalam derita. ape point rindu ngn lepas gaduh?idea nya begini.bila anda telah pun cam retak, rindu utk kembali menyambung hubungan.rindu utk berkata2 dgn die.rindu utk merepek2 ngn die.rindu utk berkongsi ilmu dgnnya.rindu mcm2 lagi la.general.lelaki dan perempuan, tua dan muda.

masa ini, baru la tercari2 di mana dia.baru la terasa camne ea nak berhadapan dgn die.camne juge nk berhadapan ngn org lain ngn kehadiran die.juge time ni baru la terasa kehilangan sesuatu.baru la juge terasa camne la ea nak susun ayat nak berkata2 ngn die.malu tetap ada.ego tetap bertakhta.tapi selama mn..indah ke nak tahan bnda tu..xlarat..derita di hati ni lagi hebat..

maka setelah ketemu jawapan dan langkah yang sepatutnya,praktikal didahulukan dgn perasaan dan hati yang berada di klimaks dan fence antara dua wilayah highly charged.apa maksud ini?anda sendiri tafsirkan.bertambah indah bila kemaafan itu diterima.tawa senyum pertama dilihat selepas masam berpanjangan.tawa senyum pertama dilihat selepas makian, sakitan dan ape2 lagi bentuk kesedihan.sgt indah..sgt indah..tp kalo die xmampu nk memaafkan, senyum saje lah..boleh jadi itu yang terindah..tp tu kes terpencil la..

FASA KEENAM

sekembalinya disini.segalanya hampir seperti fasa pertama.akan tetapi, ia telah ditambah dgn beberapa elemen penting.iaitu respect, analisa, sintesis maklumat, kesediaan psikologi, dan ape2 lagi rempah dan rencah yang diperlukan.mungkin seseorang melihat ia sebagai permulaan kembali circle of friendship ni.tapi terpulang.ia mungkin jadi begitu.mungkin tidak.tidak semua benda itu linear.mungkin ia akan selamanya di fasa kelima, mungkin ia akan kembali berputar balik sampai juta2 kali.mungkin juga skip beberapa fasa.mungkin.segala nya mungkin dan tidak pasti serta tidak satisfy mana2 law robotic and mathematic and not to forget logic.


BEGITU....THEN?

ringkasannya, semasa fasa pertama, kte tend to tell atau membina impression die terhadap kite.apa sahaja.fasa kedua, mula menunjukkan ciri2 yang tidak best..kerana apa?tidak menjadi diri sendiri.sebenarnya ia berkait rapat ngn fasa ketiga.semasa di fasa ketiga, konsep niat itu begitu penting.kita dpt lihat tanpa niat yang betul, kte mungkin akan berlaku zalim.terhadap diri sendiri dan org lain.semasa ini, cepat2 lah sedar.ada sebab nya Tuhan tunjuk semua ini pada kte.Dia mahu ingatkan kte yang lalai ni bahawa kte da jauh dari nya..mungkin.moge fasa ini dpt la di skip..xsuke benar aku..masuk ke fasa keempat, ape yang penting di sini adalah kesabaran, kekuatan, dan ketabahan.serta jgn dilupa penuhkan la ilmu di dada.mungkin kerana terjadi nya conflict sebab kurang nya ilmu kte.ilmu ape?xkan la ilmu kimia plak kan.tp leh jadi.mungkin dekat skli ilmu agama dan psikologi.pandang la sesuatu secara menyeluruh,anda pasti berjaya (Fazrul Ismail, JM 2009).betul.jgn duk sempit pndang dari satu sudut je.nampak sgt lemah iman dan hilang common sense (Hasrizal, saifulislam.com 2009).fasa kelima, keindahan.kalo anda rasa xindah maka xcukup lagi la tu ilmu nak wat die nampak indah.tp ia mmg patut menjadi indah.kembali bersalaman,bertukar senyuman seperti baru bertemu.mungkin seperti dah lama xbertemu bila diiring air mata.keindahan dalam kebisuan.fasa keenam menunjukkan bagaimana anda telah mendirikan lapisan2 yang baru dan bersifat positif.menunjukkan bagaimana anda telah pun belajar dari kesilapan yang lampau.sbb hidup adalah satu proses belajar.ia juga menunjukkan bagaimana anda membuat correction dari ujian yang lepas.juga kerana hidup adalah satu bentuk ujian. pada mereka yang merasa dirinya hamba, dekatkan lah diri pada Tuhan. biarlah kamu merasa dirimu sejijik mana pun.jangan dijadikan alasan dirimu yang kotor itu akan mencemar kesucian mendekatkan diri pada Tuhan. ini kerana, mendekatkan diri pada-Nya itulah yang terbaik sebab dengan begitu, anda membukti kan bahawa anda itu adalah hamba-Nya.

sekian.

Muhammad Redzuan 07030 NJ
3.57pm Davis Hall 428
04.10.09

all rights reserved. hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment