Followers

Wednesday, October 7, 2009

seleraku~


ya rakan-rakan..seperti yang anda lihat di atas, itulah antara sajian yang telah berjaya kami lakukan selama kami menetap di sini.alhamdulillah kami kini tidak lagi kebulur jika mahu dibandingkan dengan kehidupan kami di Davis.ya~ setiap kali aku post kan sesuatu utk pasal masakan, pasti ada cerita di sebalik itu.

kitorg masak takde la nak kata hebat mana kan, tapi camne la kan kalo baru je belajar masak setibanya di sini dah ada orang suka masakan kita..ish3..takleh nak wat ape la kan.bukan orang melayu ye yang suke.lidah orang melayu ni high taste~sebab tu makanan die sedap-sedap. baru-baru ini, ada seorang budak (asal poland tak silap) merasa kari yang kami buat.camne die leh jadi suka pun tataw.tambah lagi tu.haha..

tapi kami pun suka gak masakan kitorg.takyah nak carut2 or cam sedih dengan makanan yang ada kat pierce dulu.macam la kami ni makan ayam katok.kalo ye best la makan kat Pierce tu.kami dengan happynye makan dengan sangat banyak.kalo boleh sarapan,makan tengahari,makan malam dan makan lewat malam.tapi kalo malas malam je la makan.sekali makan mesti abis satu pot sorang.cam raksasa.mesti sebab kami suka masakan kami kan?dan seperti yang telah dijangka ada orang meminta resepi dari kami yang baru beberapa bulan belaja masak nih~

baiklah.tak baik kedekut ilmu.mari kita berkongsi rahsia kejayaan disebalik masakan CPA.berikut adalah resipi ultimate yang menjadi panduan dalam kegelapan yang melaparkan.

ULTIMATE RECIPE

  • pengalaman memasak yang tidak sampai setahun. jika anda dah punya pengalaman yang banyak nanti anda akan terpengaruh dengan ideologi lama anda yang sukakan makanan lama. lagipun, anda akan kurang keupayaan untuk mengeksperimentasikan segala jenis masakan yang terlintas di hati sanubari anda.
  • rakan memasak yang sekepala. sekiranya anda menyimpan niat untuk berbuat sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan perut anda, pastikan anda mempunyai rakan supaya anda tidak akan keseorangan ketika masa-masa kritikal.sebagai contoh, apabila wap minyak yang overheated telah memenuhi ruang angkasa bilik, perlulah anda ada seseorang utk mengcover keadaan.mungkin anda mahu menutup smoke detector ke, mengipas wap minyak keluar ke..mana la tahu...
  • idea engineering yang tidak pernah lekang dan pudar dari kepala. pergh..ini mantap doh, kena engineering jugak.budak medic dia tahu belah tulang je.tak tahu makan sup tulang.engineering mengajar kita supaya sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk setiap situasi yang dihadapi baik dari segi agama, matematik, physic dan chemistry.kita kan ada design courses, implement la kat dapur. jangan tension kerana internal loading pada y-axis otak kita akan mengalami hypertense yang mencapai yield strength menggilakan. perlulah kita mencari jalan yang frictionless supaya body kita sentiasa free dari apa-apa diagram yang menunjukkan resultant force dari minyak masak memercik.
  • inovasi dan kreativiti. nak-nak budak MARA la yang masak kan. takde ciri-ciri ni anda takleh dapat full allowance summer. anda juga tidak akan dapat merasa nikmat kenaikan elaun seperti pelajar JPA di kolej sendiri. jika anda mempunyai sedikit panduan dari sebarang artikel atau artifak mengenai masakan, janganlah anda follow 100%. barangsiapa yang mundane je ada kat mainstream pasti tak maju. be different and you will be recognized.walaupun mula-mula hanya nak masak megi goreng, pada akhir masakan, ia akan bertukar menjadi sesuatu yang lain. setelah megi itu direbus, perlulah anda keluarkan semula dan masukkan ke dalam kuali.masukkan benda2 yang anda rasa nak masuk.jangan pikir pjg.nti tak jadi masuk. benda2 ini termasuklah udang kering,serbuk cili,serbuk kari, kicap, sos dan sebagainya.caye la..gerenti sedap.
  • kesabaran yang amat terhad. jikalau anda bersabar menanti produk yang dah terlalu usual kat orang ramai, pasti anda tidak akan dapat memikat lidah dan perut pemangsa.(ayat nak yakin je).dengan tiadanya kesabaran, anda akan memasukkan rempah ratus tanpa mengira unit, anda akan memekat atau mencairkan kuah tanpa perlu tunggu masa yang disyorkan, anda tidak perlu menanti jawapan untuk kesan meletakkan makanan laut ke dalam sajian anda, anda juga akan cepat makan dan cepat habis dan cepat basuh pinggan.

caya la beb..pas ikut resepi ultimate ni gerenti lah hidup korang bahagia. tapi pada sesiapa yang mahu mencubanya di rumah keluarga, anda sekeras-kerasnya dinasihatkan untuk meminta kebenaran tuan rumah biarpun anda telah melepasi had umur dewasa.sekian, aku nak tido. esok ada kuiz physic 3..

Muhammad Redzuan Khairun
CPA 406 07030 NJ

ini...


sementara menunggu waktu subuh yang bakal masuk sebentar lagi, kepingin aku utk mencoret sesuatu setelah berkurun tidak aku menulis. pada asalnya mahu aku buat sesuatu yang berilmiah (dan boring) tapi tak jadi. roommates gue sedang working on their work. so i have nothing to do after i tried everything. i ate, i starred at monitor and at last...i'm writing something. this time, this post has something to do with the following picture.SEJARAH GAMBAR

gambar yang cukup bersejarah ini menempatkan dirinya dalam catatan sejarah yahoo messenger 10 BETA aku apabila ia telah di request oleh seorang bakal doktor. ingat soh lukis ape. alih2 tahi jugak la die soh lukis..takpe la.aku turuti segala kehendaknya dalam keadaan ghairah melukis. jadi aku yang sepatutnya pada masa itu study Mechanics of Solid terstudy Fluids of Taik la pulak kan.

SENI 1

sejak dari aku kecik lagi aku seorang yang amat suka melukis. itu adalah ciri pertama yang orang akan ingat ada padaku semasa aku kecik. semasa aku berumur 8 tahun, aku telah berjaya melukis self potrait dengan bantuan cermin muka.sifat aku bercakap semasa melukis dan diam semasa berada di khalayak ramai telah menimbulkan persoalan kepada ramai orang.tapi hal itu tak jadi masalah apabila aku berjaya menempatkan diriku sebagai naib johan peringkat negeri dan seterusnya number bape tah kebangsaan.(fuh~puji diri sendiri). pendidikan seni juga yang telah menjadikan aku satu2 nya calon yg mendapat **# semasa $&%.

SENI 2

seni ni satu benda yang abstract. abstract bukan hodoh ye.byk orang cakap camni.tahpape je.sekurang-kurangnya ia memerlukan bakat, kesabaran, imaginasi dan pengetahuan sebelum menghasilkan satu-satu karya.takde satu benda dari benda di atas memang tak jadi la.akan tetapi sejauh mana la bakat seni di Malaysia boleh dijadikan sandaran utama kehidupan seseorang. berapa ramai yang sangat berbakat melukis sehingga mengangkat nama mereka. ada la jugak cam Lat, Rashid Chelsea, dan sape2 lagi tah.sikit je.akan tetapi, sekiranya anda seorang yang professional dan anda mempunyai seciput bakat seni maka anda akan menjadi seseorang yang boleh kata istimewa la pada at least seorang interviewer anda.seninya seni ini, ia mampu membuat orang terpegun.lebih-lebih lagi masa anda sedang working on it.walaupun kadang-kadang terasa annoyed oleh mereka ini, tetapi ok jugak la.

SENI 3

seni part tiga ini akan membincangkan tentang seni lukisan kat gambar tadi tuh.aku akan sedaya upaya utk meneliti setiap inci lukisan yang penuh makna ini. asalnya mahu melukis tahi biasa. akan tetapi, atas sebab requirement aku kena tukar sket. tahi yang dilukis mestilah tahi yang keras hasil dari sembelit yang lama.maka pemilihan warna adalah penting kerana semasa anda melukis di YM, bilangan warna adalah terhad.maka hasil timpalan beberapa jenis teknik, maka imej tahi keras utama berjaya dihasilkan. bagi menambah kesakitan, ia perlu keluar dalam kuantiti yang banyak tetapi agak kecil. maka terhasil lah tahi keras tambahan yang ditempatkan dekat dengan tahi utama. lebih menyeksakan apabila tahi itu keluar dalam saiz dan kekerasan sama cam kerikil.maka tahi kerikil itu pun muncul. lebih kecil lebih menyeksakan - selari dengan pepatah kecil-kecil cili padi.

mari kita pergi ke watak seterusnya dalam lukisan ini.rumput kering.sebenarnya ini adalah cubaan utk menonjolkan kekeringan persekitaran.setting gambar ini adalah semasa di gurun.betapa menyeksakan la sembelit di tengah gurun.kering dan tiada air.haa..jgn main, walaupun tanpa cuaca panas cam gurun, ada juga pembersihan dilakukan tanpa air.hehe..takmo citer lebih la pasal ni.

nikmatnya bila selesai menyahtinjakan penyeksaan itu.ia umpama seksaan yang berakhir.itulah salji gambarkan.bayangkan di tengah-tengah kekeringan dan kekerasan itu, pastinya anda memikirkan mengenai sesuatu yang mampu melembut dan membasahkan ia..dan benda itulah AIR.

SENI 4

makan la byk fiber - ia bukan rumput kering.minum la banyak air - korang ingat susah ke nak minum air?bukan nye salji pun. maka dengan pemandangan close up terhadap tahi utama yang sepatutnya menjadi tempat snowman, tajuk gambar ini adalah TAHI KERAS AKIBAT SEMBELIT DI TENGAH GURUN YANG KERING DAN PANAS.

p/s : mesti ada orang kata aku tak senonoh kan.biarla.cam korang tak berak je.

Friday, October 2, 2009

review filem upin dan ipin

rakan2 nak tahu tak? benda ni da lama da saya nak post tapi sayangnya saya tak punya waktu dan kesempatan utk menulis. bukan lah aku ni orang yg gile punye study sepanjang masa.tapi arakian diriku sentiasa sibuk dan menyibuk tak tentu hala.maka takde la time nak menulis.tapi memang itu yg patut nye pelajar jadi kan? sibuk...anyway, mari kte review filem minggu entah bile tah..

aku seorang yang suka menonton movie. jadi dah beribu movie aku tengok dan taste aku dah menaik.

mari kita cakap pasal filem ini.

animasi

serious bai..die nye animation memang tak nama Malaysia beb.tapi aku respek, walaupun kartun-kartun mesia arus perdana mempunyai design,jalan cerita, dan grafik yang tak senonoh nak ditonton, lahir pula Upin dan Ipin yang pergh gile gempak..aku kurang pasti teknologi apa yang mereka pakai, akan tetapi, the characters are alived!!

jalan cerita

kalau nak tgk die punye series, aku sgt meminati cara direktor dan penulis mereka menceritakan kehidupan seharian melalui dua watak. jgn terkejut, pada aku, cara ini merupakan salah satu cara dakwah yang berkesan terhadap kanak2. malah, ia juga boleh jadi medium pengajaran sesuatu yang essential kepada kanak2. unlike animasi tempatan yang mempunyai dialog kaku dan "kedewasaan", Upin dan Ipin menceritakan sesuatu dengan sangat natural dan sangat dekat kepada jiwa kanak2. akhirnya muncul juga sebuah animasi yang mempunyai jalan cerita yang "jujur" dan "ikhlas". tahniah Les Copaque.

mari kita lihat Upin dan Ipin the Movie : Geng. wow..marvelous. aku tak pernah memikirkan akan ada animasi Malaysia yang mempunyai jalan cerita yang walaupun simple, akan tetapi tidak dapat aku predict apa yang berlaku selepas ini. jujur katakan, bagi je aku tengok mana2 animasi American, tengok suku jalan pun dah boleh tahu camne cerita mereka akan berakhir. tahniah utk UIG (Upin & Ipin : Geng) yang membuatkan aku terus terpaku dan tertanya-tanya "wah lepas ni ape??". xpernah lagi aku jadi begitu teruja untuk terus menonton animasi ini sampai ke akhir cerita (termasuk kredit). mereka berjaya menonjolkan aspek Unity among races tanpa perlu menjadi berpura-pura united. tak faham? biasanye, kalo orang nak tonjolkan unity ni, org letak je tiga2 kaum pastu gambar kan ada kerjasama la, hepi bersama la..aih..cliche la bro..tapi tak utk UIG. Unity berjaya ditunjukkan dalam bentuk yang sangat natural!

akan tetapi...

dalam UIG, bagus mereka menasihati kanak2 mengenai asas agama, pergaulan, batasan dan segala2 nya. akan tetapi mereka tercicir dalam proses menonjolkan aspek agama. ye mereka ada tnjuk tok dalang pergi surau, Upin dan Ipin cakap solat jangan lupa. tapi, ada satu scene ni, tok dalang pergi masjid, cucu die disuruh pergi merayap kat kampung pakai suar pendek...bagaimana itu..ada la lagi beberapa examples.tapi orait la jugak generally. tak kan la animasi ni ko nak tunjuk detail2 kan ape bnda die wat bla3. mungkin badrul ada solat kejap kot kat hujung kampung pakai kain...cameraman tak amik gambar die masa tu..

so..aku mengesyorkan, tonton la UI~ ada member aku siap beli DVD lagi konon2 nak eksen ngn aku dapat tgk UIG kat mesia masa aku kat us...tapi sorry la ye..haha..aku tgk UIG dlu dari ko DAN AKU TONTON KAT USA!!! hahaha..

sekian


Muhammad Redzuan Khairun
cpa 406 07030