Followers

Saturday, February 4, 2012

Nickname

Bismillah..

Assalamualaikum rakan-rakan yang sangat dikasihi sekalian. Suka untuk beta katakan pada hari ini bahawa beta mahu mengisytiharkan suatu rahsia yang telah sekian lama menghantui diri beta. Hari tu telah pun aku bebel-bebel pasal kemalasan dan segalanya dan telah aku jangkakan bahawa ia mengundang rasa bersalah pada diri aku. Tapi perlu wo nak cakap benda camtu. Hari ini, saya ingin berceritakan tentang kisah diri saya. Kalau anda nak skip silakan sebab tak best mana pun. Ni nak cerita pasal diri sendiri je. Panjang pulak tu. Anda boleh pergi ke blog Sentuhan Rijal untuk dapatkan ilmu yang lagi bermanfaat.

Seperti yang telah tertera di title, ia adalah mengenai nickname yang aku dapat sepanjang hidup ini. Dan ia masih lagi tidak berhenti. Kamu semua (korang) pun ada nickname jugak kan? So mari kita share-share sikit.

Dilahirkan sebagai Muhammad Redzuan Khairun, aku punya banyak sedara mara. Takde kaitan pun sedara mara dengan nama aku. Tapi sebab ni introduction, so aku letak je la camtu. Nanti tengok je die punya kaitan. Kalau takde nampak gak kaitan, itu adalah kerana pemilik blog Dari Kacamata Seorang Guitarist kacau aku menulis.

Masa aku mula berkomunikasi dengan makhluk bumi yang bergelar manusia, nama gelaran aku diberi Iwan....Aku agak tension ngan nama ni. Masa dulu, aku ada seorang nenek yang kami sedara mara panggil beliau Wan. So aku lihat seperti ada kaitan antara dua panggilan itu. Adakah aku seorang nenek? Mengapa ada "E" kat depan Wan? Walaupun aku tak suka sangat, tapi aku redha dan senyap je.

Dan masa untuk masuk sekolah telah tiba! Disana aku memperkenalkan diri aku sebagai Redzuan. Serta merta aku lihat ramai lagi manusia yang namanya seakan-akan itu seperti Riduan, Ridhwan, Ridzuan dan Rezwan. Sekali lagi aku tension apabila orang salah sebut nama aku. Sehingga ke hari ini, aku akan emphasize kan RED tu. Yela, mana la tak tension. Kalau dalam satu kelas ada nama dekat-dekat sama pastu ada pulak mangkuk yang buat main. "Ey Riduan," Maka jawap mamat tu "Ye? Kau nak ape?" Pastu die kata "Eh, kita bukan panggil kau. Kita panggil Riduan tu". Kata mangkuk tu sambil menunjing jari pada aku dan terkekek-kekek gelak. Muka mamat Riduan tu masa pandang aku sepertinya sedang berkata "Biarlah orang-orang macam ni bahagia.." Kesian kan kat orang-orang tu? Panas gak aku bila diorang ni buat benda sama pada aku. Tapi waktu tu aku baik, takde marah-marah. Aku seorang yang sangat jinak.

Bila masuk darjah tiga, aku telah join pengakap. Cool giler pengakap ni. Nak citer pasal Pengakap ni nanti la kat post lain. Aku tak hebat mana pun cam ada orang jadi King Scout ape semua tapi banyak ibrah dalam citer pengakap tu sendiri. Nanti panjang pulak. Tapi kat sini citer pasal pengakap ni ada sebabnya. Maka pada darjah tiga selepas beberapa lama kami yang bonded dalam banyak perkhemahan pengakap, satu hari dikhabarkan bahawa sekolah akan menerima pelawat-pelawat dari luar. Jadi kami, pengakap, ditugaskan untuk menyambut mereka. Kelakar kan? Camping tepi laut, dalam hutan, sejuk hujan, last-last sambut tetamu je. So cara kami menyambut tetamu ini adalah dengan meletakkan dua orang yang special untuk menerangkan pasal beberapa benda yang ada di foyer sekolah masa tu. Ada machine apa tah. Umum mengetahui bahawa aku banyak membaca maka pengetahuan aku dari orang pun lebih sikit; maka, aku telah dipilih untuk jadi salah satu penyambut tetamu tu. Dipendekkan cerita, aku dipakaikan dengan lab coat. Maka budak-budak pengakap ini sejak dari hari itu mula memanggil aku PROFESSOR..Cikgu pengakap tu start dulu. Maka nama itu melekatlah sepanjang karier pengakap sekolah rendah aku. Mana-mana aku pegi pun orang panggil nama tu. Entah nak rasa seronok ke segan ke sebab bila cakap ngan mak aku, dia gelak pulak. Maka itulah origin nama professor tu.. (Panjangnya paragraph ni)

Sungguh panjang post ini. Barulah aku tahu apa Zulfikar Hazri rasa bila tengok preview dah panjang macam hape.

Maka zaman sekolah rendah aku yang bermasalah pun dah habis. Maka aku pergi ke alam sekolah menengah. Alam ini diberi nama The Second Chance selepas masa sekolah rendah aku yang amat bermasalah. Masa sekolah menengah, kami makan di dewan makan. Ada la sorang abang ni, orang panggil die Haitop. Die makan depan aku, so die punya syok makan nasik sampai nasi dia habis dulu tapi lauk die ada lagi. So dia nak amik kat kaunter depan nu dia segan. Maka aku yang kecik makan depan dia ada banyak lagi nasik yang tak sentuh lagi. Dia pun mintak kat aku sikit nasik sambil tutup muka dia dengan tangan kiri dia. Kalau dia pakai tangan kanan nanti penuh la muka dia dengan nasi kan? So aku pun bagi la nasik aku sikit kat dia. Lepas-lepas tu abang ni jadi baik pulak dengan aku, begitu juga rakan-rakannya yang lain. Nampak cam best la kan? Tapi yang tak best nya aku dapat satu nickname baru iaitu NASIK. Aku pun cam apehal la aku yang nasik nya. Dia yang amik nasik aku, aku pulak yang nasik. Patutnya dia la yang Nasik. Disebabkan rule asrama yang takleh nak rebel-rebel silap-silap kau kena kirai (belasah ramai-ramai), maka aku diamkan dan lama-lama aku jadi lali pulak la ngan nama tu. Takde hal la.

Dan! Di masa yang sama juga, aku ada dapat nickname dari satu golongan yang tidak disangka-sangka akan bagi nickname pada aku. Mereka adalah cikgu-cikgu kesayangan aku. Aku pun takmo la elaborate panjang-panjang kenapa aku dapat nama ni tapi kalau aku sebut nama tu, korang sendiri pun paham. Tau nama tu apa? ia adalah JAMBU...ok habis cerita. bye. Ok belum lagi. Cikgu-cikgu ni panggil aku camtu tak kira masa dan tempat. Dalam sekolah, dalam kelas, tengah mengajar geografi, pergi wakil sekolah, dan macam-macam lagi tempat, semuanya Jambu. Sampai hari ini pun, kalau aku call cikgu ni, aku masih lagi dipanggil dengan nama itu.

Melangkah ke form 4 adalah masa yang sangat bersemangat! Mari mulakan hidup baru dengan kecemerlangan PMR! Mula-mula sekolah je terus dapat nickname baru yang aku tak tahu mana hujung pangkalnya. Ia adalah IWE. Walaupun aku masa dapat nama ni aku blur, tapi pada aku nama ini adalah nama paling cool yang orang pernah panggil aku. Amacam? Cool kan Iwe? Nama cam Kelantan tapi aku bukanlah orang Kelantan mahupun lahir di Kelantan. So korang rasa camne aku leh dapat nama tu? Tapi takpe, sebab nama tu cool, aku suka.

Sampailah habis sekolah aku pakai nama tu. Sebab tu kat URL blog ni pun masih ada nama tu. Iwe.

Tapi, ia pun sama cam kisah Nasik tadi. Sebab, di kalangan cikgu, nama aku lain. Walaupun ada cikgu-cikgu yang panggil aku Redzuan, tapi cikgu-cikgu yang kamcing ni panggil aku lain. Tapi nama tu pun lebih kurang tadi jugaklah. Kawan-kawan nak tau apa?? Ia adalah Can. Cara sebut adalah CHAN as in Shin Chan. Tapi aku bukan dapat dari nama budak tu. Tapi ia adalah dari perkataan Cantik..Aduhai, perlu ke aku bagitahu semua benda ni? Alah, dah nak habis dah pun masa muda. Bila lagi nak buat benda gila kan? Tapi kadang-kadang ada jugak cikgu yang panggil aku Jambu. Hatta kena marah pun panggil Jambu lagi. Nak tergelak aku. "Hey, Jambu! Kenapa awak bla3..."

Nama ni InsyaAllah popular di kalangan cikgu-cikgu sahaja. Walaupun ia agak merebak sikit di kalangan para pelajar. Tapi nama Iwe tu tetap Gagah dan tersemat di hati setiap makhluk sekolah tu yang mengenali aku!

Dan hidup aku diteruskan ke alam PLKN. Kat sana, aku adalah seorang makhluk asing. Disebabkan mereka ini berkumpul mengikut negeri asal, jadi mereka semua ada bahasa masing-masing. Aku tak masuk group mana-mana walaupun aku berasal dari salah satu negeri mereka itu. Hal yang demikian adalah kerana aku tak bercakap bahasa mereka. Tapi tu untuk hari-hari yang pertama je. Dalam minggu pertama jugak, aku dapat nickname baru yang aku tak sangka-sangka sekali. Aku nak cakap pun segan. Tapi tu la yang diorang bagi kat aku. Tau tak apa dia? Segan-segan pun aku bagitahu jugaklah. Ia adalah USTAZ. Wooooo...back off man. Baik betul aku. Haha. So walaupun hidup kat sana cam drama swasta, tapi aku cuba la survive. Apehal tah. Since aku tak jumpa dah sesape lepas PLKN maka nama itu berkubur begitu sahaja.

Hidup di PLKN begitu singkat. Maka selepas itu aku berangkat ke INTEC selepas menerima tawaran. Kalau korang nak tahu, aku ada suatu cerita di antara period SPM-INTEC ni. Tapi nantilah aku cerita.

Masa di INTEC, kira-kira minggu yang pertama jugak, (yela, sebab masa ni la orang perkenalkan diri), aku dapat nickname baru. Haih. Masa tu aku memperkenalkan diri aku "My name is Muhammad Redzuan Khairun and you can call me IWE". Lantas lecturer tu kata "Euw, I don't want to call you that name". Aku agak tergamam, dan berkata dalam hati " Dia ni dengar apa sebenarnya?". Lepas tu classmates aku dengan tiba-tibanya mencadangkan "REDZ". Guess what? Ia melekat. Ah....Nak kata tak suka, dah bertahun-tahun dah aku pakai nama tu. Ramai dah orang go dengan nama tu. Alahai poyonya nama..Takpa, hidup mesti terus!

Dan nama Redz tu diteruskan sampailah aku ke States. Perlu diingatkan nama itu diberi oleh orang melayu yang makan belacan ye. Maka sampai di States aku ingat nama tu agak Americanized la kan? That is what they have been telling me. Sekali aku introduce kan diri aku, berbelit pulak lidah omputih ni nak sebut Redz. Korang tau apa nama aku kat sini? Nama yang American panggil hari-hari? Ia adalah MUHAMMAD. Cantik kan? Ye memang cantik. So it is a reminder for all Muhammads out there: we have to live up the name.

Ironi kan? Orang Melayu panggil Redz~ American you~ Tapi American panggil MUHAMMAD. Lawa nama tu alhamdulillah.

Sehingga ke hari ini, itulah yang orang panggil aku. Kecuali ada beberapa orang yang rapat, diorang panggil Redz. Bukanlah aku tak suka nama tu, tapi saje je cakap. hehe.

Bestnya duk oversea ni, kita dapat menaikkan nama ayah kita. Hehe. Nak je aku cerita kat ayah aku yang orang kat sini panggil aku KHAIRUN. Agak-agak dia bangga ke dia marah sebab aku curi nama dia? Fikir-fikirkan ye.

Kita ni nama diberi dah cantik, maka hidupkan lah nama tu. Nama seperti Shafiq, Ehsan, Amir, Arif dan banyak lagi. Tahu tak kamu semua apa makna nama kamu? Adakah kamu menghidupkan makna nama kamu itu? Ini adalah peringatan untuk diri aku juga.

Dan ketika kita bagi nama kepada orang, itu adalah doa kan? So kalau panggil die Longkang, atau Mumu atau Dikbil... Emm...

Aku nak elaborate panjang lagi tapi pemilik blog Qalam Aqli kata "Panjangnya..."