Followers

Wednesday, October 7, 2009

seleraku~


ya rakan-rakan..seperti yang anda lihat di atas, itulah antara sajian yang telah berjaya kami lakukan selama kami menetap di sini.alhamdulillah kami kini tidak lagi kebulur jika mahu dibandingkan dengan kehidupan kami di Davis.ya~ setiap kali aku post kan sesuatu utk pasal masakan, pasti ada cerita di sebalik itu.

kitorg masak takde la nak kata hebat mana kan, tapi camne la kan kalo baru je belajar masak setibanya di sini dah ada orang suka masakan kita..ish3..takleh nak wat ape la kan.bukan orang melayu ye yang suke.lidah orang melayu ni high taste~sebab tu makanan die sedap-sedap. baru-baru ini, ada seorang budak (asal poland tak silap) merasa kari yang kami buat.camne die leh jadi suka pun tataw.tambah lagi tu.haha..

tapi kami pun suka gak masakan kitorg.takyah nak carut2 or cam sedih dengan makanan yang ada kat pierce dulu.macam la kami ni makan ayam katok.kalo ye best la makan kat Pierce tu.kami dengan happynye makan dengan sangat banyak.kalo boleh sarapan,makan tengahari,makan malam dan makan lewat malam.tapi kalo malas malam je la makan.sekali makan mesti abis satu pot sorang.cam raksasa.mesti sebab kami suka masakan kami kan?dan seperti yang telah dijangka ada orang meminta resepi dari kami yang baru beberapa bulan belaja masak nih~

baiklah.tak baik kedekut ilmu.mari kita berkongsi rahsia kejayaan disebalik masakan CPA.berikut adalah resipi ultimate yang menjadi panduan dalam kegelapan yang melaparkan.

ULTIMATE RECIPE

  • pengalaman memasak yang tidak sampai setahun. jika anda dah punya pengalaman yang banyak nanti anda akan terpengaruh dengan ideologi lama anda yang sukakan makanan lama. lagipun, anda akan kurang keupayaan untuk mengeksperimentasikan segala jenis masakan yang terlintas di hati sanubari anda.
  • rakan memasak yang sekepala. sekiranya anda menyimpan niat untuk berbuat sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan perut anda, pastikan anda mempunyai rakan supaya anda tidak akan keseorangan ketika masa-masa kritikal.sebagai contoh, apabila wap minyak yang overheated telah memenuhi ruang angkasa bilik, perlulah anda ada seseorang utk mengcover keadaan.mungkin anda mahu menutup smoke detector ke, mengipas wap minyak keluar ke..mana la tahu...
  • idea engineering yang tidak pernah lekang dan pudar dari kepala. pergh..ini mantap doh, kena engineering jugak.budak medic dia tahu belah tulang je.tak tahu makan sup tulang.engineering mengajar kita supaya sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk setiap situasi yang dihadapi baik dari segi agama, matematik, physic dan chemistry.kita kan ada design courses, implement la kat dapur. jangan tension kerana internal loading pada y-axis otak kita akan mengalami hypertense yang mencapai yield strength menggilakan. perlulah kita mencari jalan yang frictionless supaya body kita sentiasa free dari apa-apa diagram yang menunjukkan resultant force dari minyak masak memercik.
  • inovasi dan kreativiti. nak-nak budak MARA la yang masak kan. takde ciri-ciri ni anda takleh dapat full allowance summer. anda juga tidak akan dapat merasa nikmat kenaikan elaun seperti pelajar JPA di kolej sendiri. jika anda mempunyai sedikit panduan dari sebarang artikel atau artifak mengenai masakan, janganlah anda follow 100%. barangsiapa yang mundane je ada kat mainstream pasti tak maju. be different and you will be recognized.walaupun mula-mula hanya nak masak megi goreng, pada akhir masakan, ia akan bertukar menjadi sesuatu yang lain. setelah megi itu direbus, perlulah anda keluarkan semula dan masukkan ke dalam kuali.masukkan benda2 yang anda rasa nak masuk.jangan pikir pjg.nti tak jadi masuk. benda2 ini termasuklah udang kering,serbuk cili,serbuk kari, kicap, sos dan sebagainya.caye la..gerenti sedap.
  • kesabaran yang amat terhad. jikalau anda bersabar menanti produk yang dah terlalu usual kat orang ramai, pasti anda tidak akan dapat memikat lidah dan perut pemangsa.(ayat nak yakin je).dengan tiadanya kesabaran, anda akan memasukkan rempah ratus tanpa mengira unit, anda akan memekat atau mencairkan kuah tanpa perlu tunggu masa yang disyorkan, anda tidak perlu menanti jawapan untuk kesan meletakkan makanan laut ke dalam sajian anda, anda juga akan cepat makan dan cepat habis dan cepat basuh pinggan.

caya la beb..pas ikut resepi ultimate ni gerenti lah hidup korang bahagia. tapi pada sesiapa yang mahu mencubanya di rumah keluarga, anda sekeras-kerasnya dinasihatkan untuk meminta kebenaran tuan rumah biarpun anda telah melepasi had umur dewasa.sekian, aku nak tido. esok ada kuiz physic 3..

Muhammad Redzuan Khairun
CPA 406 07030 NJ

2 comments:

  1. ko dlm masak pun ble nak memperkaitkn medic ngn engine.obsess abes nih..ngeh

    btw,da try resepi ko neh xpekat pon kari...ngaa

    ReplyDelete
  2. medic ngan engine??menarik2~ hehe!

    ReplyDelete