Followers

Friday, November 27, 2009

microwave

hari ini membicarakan tentang masa usia kita

masa usia kita, jangan disiakan kerana kita tak kan pernah tahu bila kita akan kembali pada-Nya

baiklah.mengapa mesti microwave menjadi tajuk? ia kerana microwave merupakan suatu benda yang mengingatkan aku tentang mati dan manusia. selalu je pakai microwave kat sini nak defrost ayam. so masa nak defrost tu, kita letak la bape2 minit yang kita nak pun. and then, sampai masa ia akan berbunyi "teeeett" menandakan ia sudah sampai masanya~

entahlah.macam meletakkan nyawa pada microwave tu. "Ok, aku bagi ko 5 minit defrost ayam tu, sama ada siap atau tak, aku akan amik ayam tu". mungkin Tuhan ada cakap camni "ok, aku bagi ko sekian2 masa tunaikan tanggungjawap ko, sampai masa siap atau tak, aku amik nyawa."

lepas tu, jadi pulak kita sebagai pemerhati microwave yang menunggu ayam tu siap. 10..9..8..7..6.....1 "teeetttt". wow..andaikata lah kita leh ukur nyawa kita macam tu. aku tak pernah nak sedar pun yang masa usia kita semakin berkurangan. sentiasa saje rasa muda bile tengok umur bertambah, fizikal berubah, mental menjadi matang.tapi kurang sedar pula yang dah semakin hampir dengan nyawa ditarik. saat demi saat, masa kita semakin berkurangan.tapi adakah sedar akan hakikat ini?

kita sebenarnya countdown. bukan counting up. ada orang die punye timer cepat. ada orang die punya timer disetkan lambat.tak tentu.microwave pun berbeza-beza jenama. sekalipun sama jenama berbeza model. sekalipun sama model, tak tentu ia punya ciri 100% sama dengan yang lain.cumanya, microwave adalah microwave.semua dipandang sebagai microwave.begitu juga manusia.

entah berapa lama lagi la masa kita ada..fikir2 kan la..

No comments:

Post a Comment