Followers

Monday, November 30, 2009

ok

aku bukannya tak ok la. aku tak suka semua perhatian tu macam aku budak kecik je.apa la sebok sangat nak itu la ini la. aku nak masa sorang2 sekejap je.

kerana apa?kerana itu adalah fitrah seorang lelaki. fitrah seorang lelaki apabila menghadapi masalah, lebih mudah dan bagus jika masalah itu diselesaikan sendiri tanpa ada bantuan.(ataupun bantuan yg FAKE).apabila menghadapi masalah, lebih baik jika untuk tidak pedulikan apa2. untuk seketika waktu, isolate kan diri.kalo tak buat camni nanti lagi merana.tapi itu lelaki.

kalo perempuan, ia lebih baik jika dikongsi bersama. segala benda kalo dikongsi akan menjadikan keadaannya lebih baik.so kaum ini lebih suka untuk mengatakan mengenai masalah yang bakal timbul, pernah timbul, dan tengah timbul tak tenggelam2.jadi, jika anda seorang wanita, sudah pasti anda akan berasa selamat dan lebih baik jika ada orang yang sanggup mengambil berat tentang anda dengan mendengar masalah anda.

tapi masalah timbul apabila wanita ini ingin menjadi baik dengan membuka ruang perkongsian kepada lelaki. oh tidak itu satu benda yang sangat disastrous. lelaki akan merasakan dirinya lemah jika bantuan seperti ini dihulurkan padanya.mereka merasa lemah jika perhatian melampau seperti ini diberikan kepadanya. merasa diri lemah, tak berguna dan dipandang rendah.jadi~ jangan la hulurkan bantuan ringankan beban bila tak diminta sebab bantuan tu yang akan jadi beban tak tertanggung.

wahai wanita, jika bantuan anda ditolak, jangan la rasa anda itu tidak dihargai. anda sebenarnya baru sahaja menjadi penyelamat keadaan.so relax.cool.takyah nak kecoh2

nasihat, pertolongan, perbincangan, bantuan, kata2 semangat.semua tu tak berguna kalau tidak mahu diterima oleh orang yang "bermasalah".kononnya bermasalah.tapi takde ape pun.kalau perempuan ada cycle menstrual die, laki pun ada jugak cycle die sendiri.

ego kah itu? lantak apa la orang nak kata. itu adalah umumnya.sengaja membuat perkongsian secara terbuka begini.

jika seorang itu menjauhkan diri, jangan risau, dia akan kembali dengan keadaan yang lebih segar. cuma perlukan masa, ruang dan privacy untuk seketika waktu. toooott~ siaran tertunda

2 comments:

  1. mek pang name yg huduhNovember 30, 2009 at 10:47 PM

    sejibik mcm dlm buku2 motibasi salu bace.ko 'kopi pasta' kah di sini.uhuk2.

    tapi skrg nih mcm ramai laki yg suke meluahkan n ade je prempuan yg pendam smpi jd belacan..uhhuu..

    ReplyDelete
  2. haha..tu nama nye reversal psychology.
    ade jugak org yg saje ngade2 nk wat camtu..n tgk la..merana tak merana org yg sengaja wat camtu

    ReplyDelete