Followers

Wednesday, August 4, 2010

Power of the Power

dua malam yang lepas...aku mengalami kejadian yang sangat aneh..mungkin kerana kuasa mindaku yang tidak dapat dikawal telah melampaui batas2 ubi, siri kejadian pelik telah mengantuiku.

ianya bermula semasa aku berada di kawasan yang berlumpur.lumpur berwarna kelabu. akan tetapi hatiku berasa sangat nyaman. aku berjalan-jalan dalam lumpur tersebut. secara tiba-tiba, aku terjumpa dua orang anak kecil.lelaki. mereka bertanya, adakah aku bercakap dalam bahasa Spanish? pada mulanya aku agak terkejut akan tetapi aku berasa sangat teruja selepas memperkenalkan diriku. kami berbual-bual untuk seketika waktu dan aku terpaksa meninggalkan mereka bermain lumpur kerana aku terpaksa pergi ke suatu tempat.

aku tiba di sebuah kawasan tepi perairan di Hoboken. langit sudah gelap dan awan kelabu mula kelihatan di celah2 pencakar langit. baik, aku sudah tidak punya banyak masa lagi. lantas aku terus terbang membelah awan. aku melepasi pulau ini, pulau itu yang di atasnya penuh dengan bangunan bercahaya. aku perlu pergi ke suatu destinasi yang secara tiba2 ditetapkan dalam pemikiran logik ku. aku terbang laju dan laju lagi lantas aku mula nampak tempat yang aku mahukan.

ia adalah kawasan sekolah pondok tempat orang mengaji agama. kawasan itu berkabus dan dipenuhi pondok yang sebenar-benar pondok. ada dalam dua tiga pondok dalam satu pulau kecil.

secara tiba2 aku ada mindset bahawa aku bukan seorang manusia biasa jadi aku bercadang untuk menyorokkan identiti aku. aku terhempas ke tanah sehingga bertaburan tanah sekeliling kerana aku tak mahu ada orang nampak aku. aku terus berlari ke arah bilik wudhu'. bagaimana aku tahu ia bilik wudhu'? gambaran itu juga datang tiba2.yang pelik dengan bilik tersebut kerana ia hanya dilengkapi shower.tapi shower nye berlumut dan ada tanah.tapi aku tidak kisah kerana aku membasuh kotoran pada diriku walau ada sedikit jijik.secara tiba2 ramai pelajar sekolah pondok memenuhi bilik wudhu' tersebut untuk mengambil wudhu'.mereka tidak perasan akan kehadiran aku. jadi aku pun turut mengambil wudhu' seperti mereka. kami masuk ke dalam satu chamber. disitu aku terjumpa seorang pelajar Stevens yang mengaji di sekolah pondok tersebut. beliau mengatakan pengetua sekolah itu seorang yang garang sambil menunjukkan ke arah seseorang. ada seorang lelaki yang sedang tertawa akan tetapi apabila perkataan garang itu keluar dari mulut rakanku ini, tiba2 wajahnya berubah garang. cis..

kami kini berada di luar, di dalam sebuah parit yang berada di luar penglihatan orang. rupa2nya beliau tahu aku siapa. jadi kami berbincang bagaimana untuk identitiku tidak diketahui orang. kami agak bimbang, tapi entah mengapa tidak tahu.beliau bertanya, bagaimana aku mahu menjawap jika pengetua tanya aku datang dengan apa.takkan aku nak jawap aku terbang.tiba2 aku ternampak seekor unta.entah siapa punya pun aku tak tahu.bagaimana unta hidup di pulau pun aku tak pasti.aku terus menyatakan bahawa aku akan katakan yang aku datang dengan unta tersebut.entah tiada apa yang menyuruhku, aku berlari ke arah unta itu dengan mencelah di celah2 pondok.

aku kini menghadap pengetua. beliau gelak2 tapi aku cuak. tiba2 apa yang berada di hadapanku adalah sedulang hidangan makanan. Oh! aku sangat lapar~ lantas aku pun tuang air dan makan. beliau memandangku dengan sangat pelik. beliau merenungku tajam. apa ada dalam kepalaku? oh! hari itu adalah first ramadhan! aku sangat lapar dan ada makanan yang sedang dikunyah dalam mulut. aku sangat lapar dan aku juga sangat takut. bayangkan berada di hadapan pengetua sekolah pondok dan anda tidak puasa.makan pulak tu depan dia.dia tak suruh pun.aku sangat takut dan aku hampir terbang.aku pejamkan mata kuat2!

dan aku pun terbangun.itulah mimpi orang tak cukup tidur.aku bangun untuk solat subuh dan tidur sebentar.

balik sahaja dari sekolah, aku solat zohor dan kononnya ingin mengambil power nap. tapi nap itu memang power menyebabkan aku tertidur dari pukul 2 sampai pukul 7. terbit pula rasa menyesal. jadi untuk menyebabkan aku tidur malam, aku kena exercise. jadi aku meletihkan diri untuk mendapatkan tidur yang berkualiti di malam hari. tapi lain yang jadi, aku memang letih dan mengantuk tetapi aku tidak dapat tidur langsung. aku dengar semua perbualan rakan serumah sampai la ke subuh. mungkin aku tertidur sebentar tapi aku jamin ia tidak lebih dari 15 minit. macam power nap. lepas subuh pun aku tak boleh tidur lagi. hadoi. pukul 10 aku baru je melelapkan mata tiba2 orang insurance call la pulak!!! oi! bukan senang nak tido! jadi bagi mengelakkan kejadian sama berulang, aku fully awake untuk bercakap dengan beliau. exactly orang yang sama. nasib baik berita gembira..jadi aku memang tak boleh tidur lepas tu. sabar je lah..kini aku masih tak tidur dan aku agak cuak nak mengambil power nap yang sangat power tu. maka aku tuliskan kisah ini agar ia menjadi iktibar.ada ke?

2 comments: