Followers

Wednesday, August 3, 2011

hehe..sorry (at one shot)

salam,

hehe...sudah tak update blog selama beberapa lama. serious sibuk la. hari tu kan macam artis kan pergi sambut birthday banyak2 kali..haha

tak, sebenarnya aku busy gila dengan assignment yang berlambak walaupun dalam Summer session. tapi takpe, it makes me to stay sharp.



nak tulis ape-ape sangat pun tak best jugak. dah masuk dah ramadhan, alhamdulillah di panjang kan umur untuk diketemukan dengan bulan mulia yang penuh berkah ini. bukan senang woo nak rebut peluang ni. cuba pergi tanya orang-orang yang dah mati (secara thought experiment, sebab diorang takleh jawap dah), adakah mereka tahu bahawa ramadhan yang lepas adalah ramadhan terakhir mereka? sudah tentu la mereka kata tak.

untuk bulan ramadhan kali ini, suka aku mengingatkan diri aku berkali-kali sebelum mengingatkan rakan2 yang lain bahawa ini adalah bulan bonus. mana nak dapat beb bonus banyak2 macam ni. laksana beli satu dapat 10. takpun dapat berganda2.

cuba la korang pikir kan, kalo korang nak angkat sebuah Nikon D300x. sekali pakcik kat B&H atau Adorama tu bagi korang sebijik lagi. korang tanya nape? pastu die kata, ala, saje je pakcik bagi lebih bulan ni. nah amik la sekali lens 24-70mm f2.8 ni sekali. percuma je dengan setiap pembelian anda di sini.

GILAAAAAAA..tu dream aku kot..haha..sorry la pada sape2 yang tak paham aku nye contoh tu. tapi aku suka camera, rasa nak kawen je ngan kamera tu. maksud aku, aku suka la camera, so analogy tu dekat la pada aku. so pada korang yang tak merasa dekat ngan photography boleh la tukar subject analogy itu pada mesin photostat ke, lembu di ladang ke, motherboard ke, burger Ramlee ke, dan apa-apa la kegemaran korang yang leh kasi bukak sket mata.

tapi the point being, pastilah orang-orang seperti aku yang boleh menggigil tengok kamera ini akan sanggup meminjam duit dari Angah atau Acik atau Ateh (sebab Along dah pergi Bukit Beruntung) dan BELI macam-macam jenis equipment photography. beli satu percuma satu kot. takpun koman2 pun dapat lens sebijik. sape nak bagi?

aku rasa analogy ini sudah terlampau panjang. tapi aku nak cakap, tu baru offer camera yang aku rasa tak kan masuk akal punya.sape nak bagi 2 Nikon D300x for the price of one? tapi ni lagi lain punya beb.ramadhan lagi mantap dari tu.

tak main la BOGO (Buy One Get One). aku rasa BOGO tu tipu la, memang la ko beli satu dapat satu. tapi, apa yang aku nak cakap, masa ramadhan, dia nye reward lagi la lipat2 kali ganda. dan dia nye cam end destination tu~ uhh..heaven. kalau benda keduniaan (ceehh) pun korang sanggup bermati-matian nak miliki walhal offer nye tak sehebat mana; cuba pikir pulak offer yang main ganda-ganda macam ni. tak mau ke?

Allah dah bagi kelapangan yang cukup luas dah. setan semua dirantai beramai2. suasana kita pun jadi optimum untuk latihan dan didikan diri. tak mo lagi ke kita please Pencipta sekalian alam? bukan kena bayar pun..siap dapat reward banyak-banyak lagi dalam bulan ni kan?

apsal? rasa segan nak start sebab sebelum ni amal-amal rongak ke? takpe derr, it's never too late. setiap manusia melakukan dosa siang dan malam; yang terbaik antara kamu adalah yang bertaubat. kita boleh start sikit2. maybe dengan terawih.

terawih ni kalau rasa leceh nak buat jemaah, nak buat sorang2 pun takde masalah. personally, aku suka buat sorang2 jugak. kalau raya yang setahun sekali kita sambut bagai nak rak sebab dia datang setahun sekali je, macam tu jugak la terawih. mana ada nak jumpa terawih di bulan muharram ke, syaaban ke, february ke..mesti bulan ramadhan gak. pahala sunat jadi macam pahala wajib wo dalam ramadhan ni. bayang kan la kalau kita solat 8 rakaat extra, macam solat at least 2 kali solat fardhu pada 11 bulan yang lain (bulan islam ada 12 gak ea? hehe)kalau 12? 20? haa..lu olang educated kasi pikir la sendiri, kalau korang tak educated takde la korang baca blog-blog orang.(tapi aku tak kata orang yang tak baca blog tu uneducated..hehe)

ok la, aku rasa sampai situ je kot. aku sebenarnya nak tulis pasal benda lain. sebelum aku tido malam tadi aku dah ada idea dah, tapi semua idea tu collapse masa aku bangun jadi aku lupa semuanya. nyesal aku tak tulis. tapi takpe lah, mana yang baik kita jadi kan teladan, mana yang buruk tu bagitau la. aku takmo jadi penyebar dosa dan ajaran sesat. tapi tegur lah secara berhemah dan berhikmah. hmmm...ala, nanti la tulis lagi.

5 comments:

  1. wow. busy ye iwe. syaitan mmg la dirantai, tp syaitan bertopengkan manusia masih bebas. bila ade sorg laki n sorg perempuan dah komen, yg ketiga aku haha

    ReplyDelete
  2. haha..yeay~ terima kasih menjadi orang yang ketiga..haha..aku nk tulis pun tak dapat2 lagi dari ari tu..

    ReplyDelete