Followers

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

hari ibu..
jarang2 aku sambut hari ni..tapi tahun ni, hari ibu sgt2 bermakna buatku.biarlah post ni dlm bhsa melayu kerana bhsa melayu adalah bahasa emosi; sepertinya bahasa inggeris sebagai bahasa material dan bahasa arab sebagai bahasa yang menyeluruh..

hari ibu ni bermakna bukannya sebab aku sambut grand2 atau ape..xdop pitih la nok wat gotu gini..haha..tapi sebabnya ...begitu implicit..xtergambar dengan kata2..pada hari ibu, aku menantikan suatu benda yang sangat2 penting dalam hidup aku (dan hidup org lain). apakah?hanya aku yang tahu. bangun pagi - pagi aku menggigil keresahan.menunggu..tapi akhirnya, alhamdulillah.ape yang aku mahukan dapat juga..

tapi tu biar la paragraph atas tu.xde org paham.masuk yang ni plak, adik aku yg kecik tu da pandai la menghargai insan yang melahirkan die.walaupun kadang2 perangainya agak seperti sin chan, struktur badan dan kepala seperti sin chan juga, dia masih punya hati yang mulia..pun mcm sin chan juga.bezanya sin chan 5tahun die 7tahun.hari itu ayah aku bekalkan die duit belanja.die belanja kan sedikit di kantin sebab perut die lagi penting dari segalanya.akan tetapi, baki perbelanjaan tu yang mnjadi cerita.balik ke kelas, die ckp ngn cikgu. "cikgu, nak pegi kedai kejap.nak beli hadiah utk hari ibu." cikgu dengan senang hati membenarkan die pergi membeli hadiah~ tup2..mak aku dapat la hadiah dari anak die yang bongsu~ 

budak kecik mcm tu pun tahu menghargai ibunya.pelik sekali, semakin besar kita, semakin dungu pulak rasa nya.aku kecik2 dlu pun bagi hadiah kat parents gak..walaupun ia hnya coklat yg dibungkus kertas hadiah.tapi parents amat2 gembira.tapi bila kte semakin besar, lain mcm pulak hadiah kita pada mereka.jelingan tajam, buat2 xpeduli, tengking..ada sampai terajang2 pun ada..sedih nye la ngn org2 mcm ni..entah bila nak sedar aku pun x tahu..tapi aku juga pernah begitu.biasa la duduk asrama 5 tahun.jauh sket ngn keluarga..belang aku mula tunjuk masa form two..mmg derhaka nak mampus la..sian mak ayah aku..xsanggup nak cerita kat sini..

tapi bila da makin besar ni, nasib baik la x bodoh lagi macam dulu..ada kesedaran.cube bagi kesandaran.aku sgt2 rindu dgn family aku terutamanya ibu aku~ aku siap text mereka, call lagi..ucapkan selamat hari ibu..hehe..tp x habis jugak rindu tu..maka entah dari mana datang nya idea yang satu ni, aku ucapkan selamat hari ibu kepada hampir semua wanita yang aku kenal..termasuk rakan2..hehe..sorry le..

yeaayy..maka siap la satu post yang agak merepek2 ni..sementara menunggu maghrib..post yang lebih serius bakal menyusul kemudian..insyaALLAH..kalo sume serius xbest la kan..

Muhammad Redzuan Khairun, NJ 07030
7.24pm Davis Hall 428
05.10.09

all rights reserved.hakcipta terpelihara

1 comment:

  1. lalala~~ tgk laa bf siapa si kecik m0ntel itu!! hahahaha~~~ die mewarisi perangai gf die~ sbb tu die berhati mulia~~ ^_^

    ReplyDelete