Followers

Monday, May 18, 2009

komunis dan demokrasi?

sebelum ak menulis ape2..ini adalah ape yg ingin ak kata kan..ak memandang ini dari sudut ekonomi..ekonomi bkn la bermaksud semata-mata berjual beli..bnyk lagi aspek yg perlu dipandang apabila kite mengatakan sesuatu perkataan.seperti dlm modul symentic thinking, pandang sesuatu secara kaafah.kaafah disini simply means menyeluruh.baiklah.iini hanya coretan yang mengembangkan akalku.ak sorg je pn baca bnda alah ni.

dalam ekonomi, kte ada dua sistem.(oversimplified saying). iaitu .command economy, danlaissez faire economy.

COMMAND ECONOMY

an economy in which central government either directly or indirectly sets output targets, prices, and incomes (Oyster Case Fair Principle of Macroeconomics,8th edition p-39). apa yang boleh kita fahami dengan takrifan command economy di atas. secara kasarnya, boleh kita katakan bahawa ia adalah seperti ekonomi komunis. perlu diingatkan disini bahawa ekonomi tidak hanya bermaksud jual beli.  

ekonomi komunis, seperti mana yang dapat kita perhatikan melalui kaca mata sejarah dunia, meletakkan apa - apa keputusan berdasarkan penilaian mereka. keputusan ini termasuklah pendapatan dan penempatan rakyat, penempatan sumber, harga sesuatu produk, dan juga apa yang perlu dihasilkan. German boleh menjadi contoh yang terbaik untuk menunjukkan situasi ini. belasan tahun dahulu, German merupakan sebuah negara komunis.jika ada yang masih ingat,  German terbahagi kepada dua - timur dan barat. semasa German menjadi negara komunis, kerajaannya menetapkan segala - galanya yang dikatakan terbaik untuk rakyat dan pemerintah.

jika anda dapat memutar waktu dan mengembara ke German semasa dibawah takuk pemerintahan komunis, anda dapat lihat di kedai - kedai makan dan bar tempat pekerja pekerja berehat. mereka akan bermalas - malasan walaupun tidak habis lagi waktu kerja. mengapa? tanya pada mereka. mengapa belum pun pukul lima tapi da rehat cam da tiada kerja? seorang pekerja kilang kasut yang perutnya buncit berkata, " ergh..buat ape nak kerja lagi? da siap da kerja untuk bulan ni...".

aik? pelik benar.sudah habis kerja untuk BULAN ini? padahal baru pertengahan bulan.mungkin kita sekurang-kurangya menjangkakan mereka akan menjawap sudah habis kerja untuk HARI ni. begini ceritanya. jika dilihat hanya sekadar takrifan, mesti anda akan berkata "oh baguslah semuanya kerajaan tentukan." 

maaf, tidak pernah lagi berlaku sebagus yang kita sangkakan. semasa German dibawah pemerintahan komunis, mereka mengamalkan ekonomi komunis - command economy. ekonomi yang kerajaan yang menentukan segalanya. kerajaan akan memutuskan kepada kilang kasut tersebut. "ok..buat 10,000 kasut untuk bulan ni." memang la mereka bagi kasut kat rakyat. tapi kasut yang diorg bagi tu sume nye sama size sama warna sama pattern..macam la semua org tu sama. mereka tidak memenuhi kehendak rakyat. mereka tidak beri apa yang rakyat perlukan. mereka sekadar memenuhi kata - kata mereka yang menjanjikan kasut untuk rakyat."yela..da bagi kasut tu da la..korang mintak kasut kan?" kata jurucakap kerajaan yang pakaiannya ditempah dari jurujahit khas org kerajaan.

rakyatnya pula sakit hati la tidak dapat apa yang mereka mahukan. tahu pula sakit hati. tapi mereka jugalah yang bekerja untuk kerajaan. jika kita lihat kembali, orang - orang yang bekerja dengan kerajaan ini sungguh malas dan sangat menyakitkan mata bila dilihat. dengan perangai cam tidak pernah sekolah, cakap je tahu tapi butir habuk pun takde. mereka yang bekerja dengan kerajaan (komunis) seperti ini akan bekerja tanpa ada self interest. tahu cukup bulan dapat gaji. kerja ke x kerja ke ape kisah. janji datang buat benda sikit. ko kerja banyak ke sikit ke nanti dapat gaji banyak tu jugak. so apa guna kerja rajin - rajin. aih..komunis..komunis...

LAISSEZ FAIRE 

literally from French which means allow them to do. An  economy in which individual people and firms push their own self-interests without any central direction or regulation (Oyster Case Fair Principle of Macroeconomics,8th edition p-39). ekonomi ini sering kali dekat dengan satu term yang dipanggil free market.free market seringkali dikaitkan dengan negara yang menjunjung kuat ideologi demokrasi. negara - negara seperti France, dan USA.

dalam ekonomi sebegini, kita dapat lihat semua orang bekerja keras untuk mendapat apa mereka mahu. untuk mendapatkan apa mereka mahu, mereka perlulah memberi dahulu apa-apa yang berharga untuk ditukarkan dengan kemahuan mereka. maka, segala jenis keputusan dibuat dengan dari jutaan keputusan dan keperluan orang ramai. mari kita sekali lagi mengambil German sebagai contoh terdekat. German sekarang adalah German yang mendukung ideologi demokrasi. German sekarang bukanlah negara komunis seperti belasan tahun dahulu ( East German 1949 - 1990).

baik, sekarang ni, tanpa perlu kita pakai time machine, mari kita mengembara ke German! yeay! kita pergi ke kedai makan dan bar tempat mereka berehat dahulu. jam menunjukkan 12.45 tengahari. keadaan masih sama. maksudnya, orang - orangnya masih lagi makan dengan tenang dan berborak dengan rakan sekerja serta bergelak tawa. akan tetapi mereka kini berpakaian segak. suasana ceria. tiada lagi suasana komunis - suasana seperti bangunan dan baju semuanya sama. orang yang tidak berapa nak tinggi seperti aku juga ada sizenya. orang yang berkaki tidak seberapa nak besar macam aku juga ada kasutnya sendiri. tidak la muka - muka orang seperti ini menahan sakit kaki melecet dengan perasaan tidak yakin pada diri sendiri kerana memakai baju besar.

tegurlah salah seorang dari mereka yang ada di pub berdekatan. kebetulan dia juga merupakan pekerja kilang kasut berdekatan. baru sahaja hendak bertanya khabar, dia meminta diri. "eh..kenapa awal sangat nak pergi?" die segara menjawap.." maaf la, kerja banyak lagi la. cuti krismas nanti banyak nak pakai duit lagipun. maaf la ye". tersenyum la sorg2 di pub itu..haha..suasana da berubah. negara yang mengamalkan free market itu atau laissez faire economy itu telah berjaya mengubah rakyatnya. cara rakyatnya berfikir, cara berpakaian, macam2 cara lagi la da berubah pada rakyatnya.

anda pastinya akan berkata..apsal la plak semuanya rakyat tentukan..nanti rosak la ikut je kata2 rakyat. utk menjawap soalan itu, kita tidak perlu menjadi begitu bodoh dengan menerima sesuatu dengan absolutenya. kerajaan masih berperanan. tidak pernah lagi akan berlaku ekonomi yang hanya memakai satu sistem. ia pasti akan bercampur. cuma ia berat ke arah mana.

rakyatnya kini sudah pandai mencari peluang. sudah pandai mencari wang juga. pengkilang tidak lagi menghasilkan hanya apa yang pelanggan mahukan. malah, mereka menghasilkan apa yang pelanggan perlukan. tidak lagi mereka memakai baju yang semuanya sama jenis sama size. semua orang itu berbeza. taste dan size paling ketara. orang ramai akan gembira. kalo mahal tidak perlu beli, nanti harga pun akan turun. tiada siapa mengawal harga. maksudnya, tiada kuasa mutlak yang mengawal harga. kuasa terletak pada orang ramai. apa terbaik untuk mereka, itu yang mereka perjuang kan. mereka juga akan menjadi bertambah rajin dan ini "memaksa" mereka menjadi lebih bijak dalam bekerja. siapa malas dan bodoh akan ketinggalan, siapa rajin dan bijak mengambil peluang akan berjaya. gaji asas mungkin masih sama. tapi ada imbuhan lebih yang diukur dari kesungguhan bekerja. ya..itu dia free market.

JADI..?

apa gunanya saya mengatakan pasal dua jenis ekonomi ni? nak menunjukkan aku ni belajar ekonomi semata- mata ke? oh tidak...ini la die.hati ku masih lagi di Malaysia. mari kita tengok camne ekonomi di Malaysia berjalan. anda suka atau tidak? syukurnya aku pada Tuhan kerana aku hidup dalam suasana yang membolehkan aku memahami secara intuitively. kat Malaysia senang citer orang kata kerja swasta atau kerja kerajaan. kerja sendiri atau kerja makan gaji.haha..tu cite lain kot yang second tu. bagaimana?

begini, aku hidup dikelilingi dengan orang kerajaan dan swasta. perbezaan mereka sungguh ketara. bagaimana mereka berfikir, bagaimana mereka bertindak. hampir semuanya berbeza. aku lebih suka bergaul dengan orang swasta. kadang - kadang cakap dengan orang yang kerajaan jadi sakit hati je. maaf kerana mengkritik kamu sedemikian rupa. aku tahu tidak semua yag kerja kerajaan begitu. tapi segelintirnya dan mana orang kerajaan yang aku jumpa rata - ratanya begitu.ala..orang swasta pun xde la aku cakap bagus mana.kadang2 tu harap je kerja swasta..sombong nak mati..tapi habuk pun takde..bongok juge~

CERITA I

 ada la sorg mamat ni bekerja dengan kerajaan. kerja kat office la. pastu sembang - sembang la. sembang punye sembang pastu masuk la benda serius sket. kami bertukar - tukar pendapat. kebetulan pendapat aku berlainan dengan dia. amboi bukan main melenting lagi dia. walaupun aku berkata benda yang fakta, dan reasoning die mengenai hal itu sungguh tidak logik, tapi berkeras sungguh dia. haha..aku gelak sorg2 la dalam hati..OK~ betul juga kot apa pakcik cakap tu. pastu bukan main suka lagi dia. dengan nada berlagak dia berkata " tu la..aku tahu la semua benda ni.kita da kerja macam ni macam tu. kamu muda lagi belajar pun entah mana apa tahu.."aku hanya mampu tersengih..iye la pakcik..pakcik kan orang kerajaan..

CERITA II

aku tukar angin la plak..haha..aku bukan nama sebenar..kot..haha..pergi la bersembang - sembang dengan orang swasta. sungguh mengagumkan cara mereka bersembang.walaupun tidak banyak fakta mereka nak kemukakan, akan tetapi berisi juga apa mereka katakan. cara mereka berbicara sungguh terbuka. mereka bisa bertukar - tukar pendapat. soalan bernas. soalan juga dijawap sehabis baik. selalunya perbincangan diakhiri dengan senyuman puas dan tangan mereka yang besar menepuk2 bahu aku. mereka menghargai apa yang aku perkatakan walaupun kadang terkena sekali dua pada batang hidung mereka.professional.

HEEE~~ =)

anda perasan sekarang bagaimana orang kerajaan berbeza dengan orang swasta. mari kita buat satu extreme judgement. aku mahu mengatakan bahawa orang kerajaan adalah orang komunis. ops~ bukan la mereka ni orang komunis yang tidak percaya pada Tuhan. mereka masih lagi muslim, kristian, hindu, buddha dan sebagainya. akan tetapi ideologi mereka adalah sebagai komunis. lihat sahaja cara mereka bekerja. sambil lewa. never once they have pushed their self interests to get what best for everyone.

mereka mengagung2 kan bnda yang sedikit. entah ape2 lagi tah perangai yang tah pape mereka ni. kadang - kadang tak paham pulak aku. mengapa la mereka ni tidak plug out sahaja otak mereka dari apa yang mengongkong mereka.apa la gunanya cuepacs kalo kerjanya mintak gaji dan buat jamuan tahunan semata - mata. cakap pun berterabur..akal pun tidak sampai ke mana..susah la ada anak nanti..sebab nanti, pendidikan anak peringkat awal ni banyak kat skola. anak pula masa peringkat muda ni absorb sahaja dari ibu bapa mereka. susah2...sampai bila la nak maju. ada seorang teman ni pergi ke Northeast Forum. disana dia jumpa seorang cina yang berkata kalau Malaysia nak maju, majukan melayu dulu. aku fikir dah lama dah. camne nak majukan melayu ni? jumpa juga ak satu jawapan. ubah sistem ekonomi dan cara kerja orang kerajaan.

tidak perlu susah2 fikirkan bagaimana mahu mengubahnya. contoh da banyak didepan mata. anda boleh terus ambil sistem ekonomi Islam. lihat gaya caranya, begitu banyak negara sekarang sedang cuba mengimplementasikan sistem islamik ekonomi dalam negara mereka. sememangnya islam itu sempurna.perlu apa lagi mencari yang lain. tapi maaf tidak dapat aku ulas dengan lebih lanjut mengenai ekonomi islam kerana pengetahuan yang aku ada sangat terhad. 

mari kita lihat satu idea. mengapa tidak kita menswastakan sistem kerajaan? habis nanti kerajaan xde hak langsung ke dalam ekonomi?bukan begitu. swasta kan sistem disini bermaksud kita ubah sistem pengurusan dan pembayaran gaji dan yang sewaktu dengannya menjadi seperti sistem swasta ataupun lebih baik lagi. jika dilihat secara kasar, mereka mungkin akan jadi pekerja dan rakyat yang lebih baik dari sebelum itu. sedangkan operator sebuah syarikat swasta pun dapat berfikiran agak jauh jika mahu dibandingkan dengan jawatan yang dipegang, apa lagi orang - orang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan bila di swasta kan. mungkin agak sakit semasa peringkat awal perubahan. ye la, siapa sahaja sukakan perubahan? tapi ini la harga yang perlu dibayar oleh semua untuk mendapatkan apa yang kita impikan selama ini. malaysia maju. percayalah. tidak sampai 20 tahun pun perlu kita tunggu untuk menjadi maju jika berusaha keras. memetik dari surah Al- Rad:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ 
( al-Rad 13:11)
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

tengok ayat Quran tu.kalo bukan kita la yang mengubah nasib kaum kita, agama kita, sape lagi nak ubah? Allah pun tidak mahu mengubah walaupun dia punya kuasa untuk berbuat demikian. dalam benak saya ni, saya memikirkan bagaimana mahu menswastakan. ok.mari kita lihat secara kasar dlu bagaimana idea saya.dalam sistem ini mereka mungkin ada gaji yang basic akan tetapi kecil sedikit dari gaji yang biasa mereka terima bulan - bulan. akan tetapi, ada ruang untuk meletakkan imbuhan dari prestasi mereka. semakin rajin seseorang itu, semakin banyak akan diterima. kerajinan diukur dari pencapaian target harian dan bulanan serta tahunan. mereka akan dibayar mengikut peringkat pekerjaan mereka. maka dengan ini, mereka tidak akan menjadi malas malah mereka akan menjadi semakin rajin dalam mencapai target.tarbiyah juga penting supaya mereka tidak bekerja ikut nafsu dan menjadi tamak seorang. hal seperti posisi tidak bayar dengan sepatutnya tidak akan berlaku.dalam membuat sesuatu langkah kita perlu mempertimbangkan 4 elemen utama dalam hidup kita iaitu : fizikal,intelektualemosional dan spiritual. ini hanya huraian secara kasar mengenai idea tersebut.perbincangan lebih lanjut boleh dilakukan dengan hadirnya pakar dari bidang ini. saya bukanlah orangnya.saya hanya orang yang sayangkan negara dan bangsa yang sudi melontarkan idea yang tidak seberapa. boleh jadi idea lekeh seperti ini menjadi asas kepada langkah yang lebih mantap.siapa tahu? 

NAK HABIS DAH...

disini banyak sekali mahu dikatakan.tapi ambil mana yang penting saje la..bukan la post ni ak nak cakap kan sape2..tapi ini cume la lontaran buah fikiran kata orang.

perlu untuk kita meluaskan lagi skop pandangan kita. timba sebanyak mana ilmu yang kita ada. tapi lepas tu pandai2 la tapis sendiri. ingatlah surah al fatihah. beramal dengan ilmu, supaya kita menjadi golongan yang dikurnai nikmat.

janganlah kita sombong sangat dengan orang. kongsi pendapat.set kan niat waktu mula2 nak cakap ngn org.kalo mula2 da target nak down kan dia, tidak kemana juga perbualan dan arah tuju fikiran kamu..

respect orang. mesti nanti orang akan respect kamu.

kita da banyak da ilmu kita belajar. dari bahasa melayu ke english, fizik, kimia, bio, ekonomi, dan sebagainya. praktik kan la ilmu itu dalam hidup. bukan la bulat2 kita wat kajian tindak balas kimia semasa proses penyediaan nasi lemak masa wat sarapan. tapi kita boleh je terapkan nilai - nilai yang kita belajar dalam bidang lain kepada pelbagai benda. ambil contoh nasi lemak. secara direct implementation, suhu yang sesuai akan menjadikan nasi itu just nice masak. secara indirect, tanpa mangkin atau catalyst sesuai akan melambatkan reaction, maka kita pujuk la anak anak ni dengan aiskrim yang menjadi catalyst supaya tidak merajuk.lebih kurang macam tu la. post ini adalah contoh implementasi ilmu ekonomi dalam memajukan bangsa.

kembangkan minda kamu. jangan sempitkan.nanti kamu sendiri rugi. tapi pandai2 la kembang kan ye. ingatlah landasan kamu. bagi aku, agamaku sebagai landasan. =)

aku juga masih lagi banyak kelemahan.ilmu aku juga masih lagi perlu didalamkan. sekiranya dalam post ini ada menyinggung sesiapa aku minta maaf..(walaupun xde sape nak baca.haha)

Muhammad Redzuan Khairun. 07030 NJ
Davis 428 05.19.09
1.02am

all rights reserved. hakcipta terpelihara.

No comments:

Post a Comment