Followers

Monday, June 29, 2009

rasuah dan kemalangan

wow..rupa-rupanya rasuah ini memang besar dajalnya. boleh membunuh woo..saban masa kita sering kali dikejutkan dengan berita rakyat Malaysia yang mati terbunuh dalam kemalangan jalan raya. lebih menyedihkan lagi, hal ini berlaku dengan lebih banyak semasa musim perayaan.sedih..sungguh sedih.

pihak kerajaan "pening" memikirkan mengenai masalah yang satu ini.apa puncanya ramai yang menjadi arwah di jalan raya. tak tergambar seksanya mati dalam kemalangan ni.tengok sahaja gambar mangsa kemalangan.loya aku seminggu.

kerajaan menyalahkan orang ramai yang memandu laju. memotong tak tentu hala.bawak kereta tak mematuhi halaju nasional. itu kata kerajaan..tapi betul ke?

tak pernah ke mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya membunuh rakyat mereka sendiri?

sedar tak mereka wang rasuah yang mereka pusing masuk ke dalam perut mereka sendiri itu yang membunuh banyak nyawa?

orang kata jauh sekali kaitannya.tapi aku kata tidak.sekali pun jauh, biar sebatu biar sejengkal, kalau ada kaitan masih tetap dikatakan ada kaitan.

pengalaman aku berada di negeri orang menyaksikan sistem jalan rayanya yang bagus dan lancar. kereta mereka gah meluncur jalan raya pada speed yang takleh blah punya laju.tapi negara mereka bukanlah negara paling banyak berlaku kemalangan jalan raya. tak macam Malaysia..ranking number berapa dalam dunia?jangan terkejut kalau dikatakan ia berada di tangga teratas.

mengapa? rasuah..

mula-mula rasuah orang untuk kepentingan sendiri. berjuta-juta.kadang-kadang tak tercapai akal nak memikirkan begitu banyak jumlahnya. lepas dah rasuah, takde la duit nak majukan sistem jalan raya. kalau ada peruntukan pun, entah sampai entah kan tidak. lepas tu mula la menunding jari entah pada siapa-siapa.

come on la..tgk sendiri jalan raya malaysia.ada ke patut mainroad masih lagi single lane?? ada ke patut mainroad masih lagi selekoh sana sini? patut ke jalan2 raya ini tak dilengkapi kemudahan jalan raya yang sepatutnya?

tak boleh nak salah kan pemandu. mereka kata pemandu tak sabar asyik nak potong je kerja nya. pemandu tu sendiri tak bodoh la..buat ape dia nak potong kalau kenderaan kat depan tu tak perlahan. ni tengok2 kat mainroad yang single lane tu, ada je lori-lori besar.tak boleh nak salahkan mereka.itu kerja mereka bagi menyara hidup. abis tu salah siapa?salah orang yang sepatutnya buat jalan raya berkembar lah~ percayalah, malaysia punya banyak duit.satu sumber mengatakan semasa 1997, sekiranya semua rakyat negara kita tak bekerja, malaysia boleh memberi gaji seperti biasa selama 8 tahun. ini kata-kata semasa 1997.masa krisis.sekarang 2009..

tak boleh salah kan pemandu. mereka kata pemandu ini memandu laju. selaju mana pemandu kita di malaysia ni bawak? letak la 120km/h. laju kah itu? kat us orang bawak 100mph tu masih lepak lagi la...100mph = 160km/h. kereta sekarang semakin berkuasa.hey, this is 2009. sistem jalan raya kita mampu tanggung untuk prestasi kereta tahun 1920 lah. waktu tu kereta boleh kira dengan jari lagi.memang la takde kereta nak potong sama sendiri.bawak pun berapa mph je. so tak kisah la jalan raya single lane dan banyak selekoh. kereta sekarang secikai-cikai mana pun 150km/h mesti boleh sampai punya.tapi bukan la nak promote suruh bawak laju2.tapi masa memang sesuatu yang kita harus kejar. siapa saje nak sampai ke destinasi semasa hari sudah gelap?nak nak yang kena memandu ratusan kilometer tu.mesti la nak cepat sampai. ada ke patut kerajaan pergi letak halaju kebangsaan 90km/h??? lepas tu tawu pulak die nak "bazir" kan sedikit duit nak isi minyak heli pegi cari orang bawak laju. bongok....

sistem jalan raya kita sudah lapuk..sudah tak relevan lagi dengan keadaan masyarakat yang semakin matang dan keadaan jentera yang pelbagai..rasuah tahu.isi perut sendiri tahu.bimbang rakyat mampus merata-rata pun tahu. tapi nak baiki semua buat-buat tak tahu. tahu menyalahkan pemandu semata-mata. kamu yang duk rasuah tak tentu hala tu? orang-orang macam ni kalau nak pergi mana2 jalan dah siap turap..escort takleh blah punya..tahu pulak nak bawak laju..bodoh bin bengap masing2..

aku nak pergi jauh lepas ni..memandu di jalan raya yang terbina atas dasar rasuah.aku harap aku telah tuliskan sesuatu yang berguna sebelum aku berangkat ke suatu tempat yang jauh..

1 comment:

  1. masa aku menulis post ni, aku dapat rasakan akan berlaku kemalangan.aku ingatkan ia adalah aku.tapi sangkaan aku meleset bila ia adalah ibuku yang pergi selamanya.

    ReplyDelete