Followers

Tuesday, June 2, 2009

kebalikan...(I)


hari itu..May 28, 2009..flight ak dari EWR (Newark Liberty International Airport). sedih jugak meninggal kan senior2 yang balik.tapi pada hari itu, kami (freshmen) yang balik gaya cam senior da grad.MH091.walaupun cam gelabah2 cari terminal mula2.tapi akhirnye jumpe juga di saat akhir.terminal B.

so bermula la perjalanan aku pulang ke tanah air.tak sabar2 dah nak makan itu ini.tapi sayangnye..keadaan kesihatan aku agak membimbangkan.demam, selsema, sakit tekak, dan batuk. complete set la utk swine flu.dah la nak balik.pastu naik airport sama cam orang yang kes positif ari tu.entah la.tawakal je la.sambil menunggu masa nak naik tu, kami berborak2 la dgn timbalan menteri sorang ni.cam biasa.die ok je gayanya.alhamdulillah tak sombong and tak nampak sangat la sifat2 orang "kerajaan" die tu.maka lepas da masuk ke tmpt nak tunggu tu, kami sempat solat jemaah. biarpun orang tgk cam show ape je, tapi lantak la kan.masuk gate..kul 10pm waktu tempatan..

biarpun perjalanan sungguh lama tapi mata aku sukar sekali nak lelap. dua orang rakan ku lagi da nyenyak da.tidur je kerja..ape nak jadi tah.kami duduk sebaris ngn dua orang tempatan yang dari hoboken! dan diorg mahu ke Malaysia.berborak2 la ngn diorang cam da lama kenal.tapi akhirnya diorg ni pun kerjanya tido je..asyik2 aku je la yang berjaga sorg2..dpt tido! tapi 2jam je..lepas tu tido la jugak kadang2 masa mereka berdua dah bangun.lepas aku bangun diorg pulak tido..so daripada aku sibuk2 tulis pasal tido xtdo ni baik skip je kan. mengira waktu solat~ yeay..aku ada bawak sketch pad masa atas flight tu.da siap melakarkan perjalanan sebuah program penting, aku mengira waktu solat pulak..berdasarkan kira2 (cehh) waktu solat dekat..maklum la pergi melawan arah pulak.hari tu sepanjang masa siang.kali ni dua kali subuh atas tu.

ruang kecil yang disediakan utk solat dalam boeing 777 MH091

kat atas flight yang lama sampai hilang satu hari tu memang best dengan kehadiran abang kacang. beliau merupakan seorang pramugara yang baik dan nice punye. tapi sebab kami berada kat udara, dia da lupa daratan.aku mintak kacang pun die lupa nak bagi.last2 aku mintak kali ke dua die bagi sepaket terus kepada aku dan rakan-rakan.laksana kacang lupakan kulit, lupa daratan; sikap beliau seperti abang lupakan kacang, lupa daratan. layanan mesra oleh mereka sangat best. terasa seperti ada di malaysia walaupun tak sampai lagi.akak yang sorang ni dah tahu sangat da kitorg rindu nasi lemak.die xperlu tanya dah. "i da tahu da korang mesti nak yang ni punye.kan?"nice..

singgah sebentar di stockholm mengucapkan selamat tinggal kepada abang kacang dan akak tu.naik balik dengan krew baru.kami mencari steward/stewardess yang berpotensi menjadi abang kacang.berjumpa juga.tapi kami pula lupakan kacang.lupa nak mintak kacang..so takde da la soalan seperti abang kacang utarakan."ko nak kacang malaysia ke amerika?"

akhirnya sampai juga aku di KLIA pada May 30, 0800. keluar dari international arrival da gempak da..tapi sayangnye xde orang yg menunggu..rasa cam homeless pun ada.mula2 excited la da sampai malaysia..xpe la..lepak la sampai mereka datang. beberapa jam lepas tu family kami datang menjemput..tinggal aku ngn syaz je yang terkial-kial tunggu family x sampai2. jumpa family...sangat best.tak terucap.dan bermula la episod baru aku di tanah air..

4 comments:

  1. huaaa....rasa cam ak lak yg da balik neh..
    aaaa....xsabanye nak jumpe klia gak..aaaaaaa...

    ReplyDelete
  2. MH091...siri yg berhantu tu weh..ngee...

    ReplyDelete
  3. betul tu dow...xleh blah punye..ada kes je mmg dari flight ni..

    ReplyDelete