Followers

Wednesday, June 3, 2009

kebalikan...(III)


ni aku rasa lebih detail menyatakan tentang kebalikan aku ke tanah air..2 hari sebelum aku pulang ke Malaysia, aku telah jatuh sakit. cehh..ayat nak gempak.entah mengapa.mungkin jadual aku yg tak tentu hala telah meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatanku. post bertajuk 5 mungkin serba sedikit menceritakan jadual itu.so post ini lebih kepada kesihatan dan kesakitanku..

semasa aku di airport, aku agak risau kerana aku sudah batuk2. yelakan.orang sibuk cakap pasal swine flu ape sume.alih2 aku plak yang terbatuk2 kat airport tu.aku dah la nak balik bagai nak rak ni.maka sedaya upayanye aku mengcoverkan diri sendiri utk tak nampak obvious aku batuk2.kadang2 terasa sakit dada bila batuk.tapi tu kadang2 je la.kes terpencil.

masa atas flight, suhu badan aku naik.bersin2.dan batuk menjadi-jadi.ah..pelik2 la sekarang pulak nak sakit2 ni.malas la kan aku nak kena benda pelik2 masa turun nanti.kadang2 bila berbicara sama teman, suara aku hilang.terutamanya selepas aku bangun tidur.tapi rakan yang seorang ni kata benda ini perkara biasa kepada aku-takde suara masa bangun tidur.

turunnya aku di KLIA, aku agak risau dengan keadaan aku.tapi masa melalui camera therma tu, yang tak tau berfungsi atau tidak, aku dilepaskan dengan begitu saja.orang yang mengambil form aku tu pun lepaskan aku.so aku pun lepas je la.masa di international arrival yang diharapkan gempak tu, aku mencari bayang family aku. rupanya mereka masih lagi di rumah.nasib baik la x jauh mana dari KLIA tu. so aku menunggu je la di satu tempat yang sunyi dan tak ramai orang.tapi aku masih batuk2.tapi tak dapat nak tahan2 lagi dah.aku lepaskan aje la.tapi aku dapat rasakan suhu badan meningkat dan batuk menjadi-jadi.

family syaz dah sampai.menunggu family aku nak datang.aih..terima kasih la keluarga Mohd Isa.akhirnya family aku muncul jugak.walaupun rindu, aku masih lagi dalam keadaan risau yang tak berapa sangat.dengan keadaan aku yg selekeh laksana kanak2 homeless, aku tersengih je nampak mak aku dan adik yang sudah besar tak beragak.semasa berpisah dengan keluarga Syaz, kami bersalaman.diorang kata aku panas.aku pun rasa panas sebenarnya.masa keluar dari gate tu dah cam cacing da.jangan kata aku mengada-ngada ye.benda biasa la.uh!

dalam perjalanan aku ke rumah, mak aku sibuk mengatakan aku semakin kurus.selain pasal rambut aku yang bersepah atas pale ni.tapi batuk aku cam orang tua..kerana keadaan aku yang merisaukan, ngn selera makan aku cam da patah riuk, maka aku dibawa terus ke hospital. tetapi singgah sebentar di masjid.kang tak pasal terlepas je kang.maka aku pun pergi la mendaftarkan diri di depan tu.

"encik, saya baru balik dari US, dan saya dapat kad ini yang cakap pasal H1N1. saya sekarang demam, selsema, sakit tekak dan batuk." kata aku dengan cool gilak punya. terus orang tu bangun n pakai kan mask. sorang lagi pulak ngn muka pelik pandang aku tutup mulut ngn buku log. haha..pelik2 je korg.

aku dimasukkan ke dalam isolation area. sangat panas nak mati. xde kipas xde ape. aku berpeluh2 abis la.bape kali gak aku cam nak tido(x pasti pitam atau tido).so aku pun merayau2 dalam tempat tu sambil tangkap2 gambar sket.aku mintak ayah aku pas kan satu dua buku tapi cubaan itu gagal apabila ditolak mentah2 oleh pengawal keselamatan.so bertambah bosan la aku duduk berjam2 dalam tu.da la penat ni weyh~

selang beberapa masa ada orang tinjau dan berkata. "eh, ada orang la." bijak nya~

aku pun melayan la doctor ni.mula2 dia tanya nak ckp bhsa ape.aku katakan i can speak malay. pastu die bantai speaking sampai abis.soalannya berkisar pasal apa aku buat di malaysia, bape lama aku kat sini, apa aku cari kat malaysia, kat mana aku dlu.walaupun cam pelik nak jawap, tapi ak jawapkan aje la..last2 baru die tnya "melayu ke?".

die blah lepas tanya2. datang pulak 2 orang lelaki yang berpakaian seperti alien.tanya aku.pemeriksaan da wat da?check ape benda plak ni..aku jawap la belom.pastu diorg wat la apa yang patut.sambil2 tu berborak2 la ngn mereka ni.cool jugak aku rasa.wat videocall dan juga gambar mereka.haha.
ini lah gambar mereka.sedih..ngn cuaca panas camni.haha..

selepas itu, dipendekkan cerita, aku dibenarkan pulang.doctor tu kata aku kena duduk umah seminggu..iyelah doc~ cam la aku nak ikut. pastu lepas amik ubat and die cakap sket ngn family aku, maka kami sekeluarga memblah kan diri.tapi aku rasa penat semacam..jalan jauh kot..tapi tak biasa aku penat macam ni.

malam itu, sedang aku melepakkan diri di rumah yang agak panas ni, tibe2 telefon2 yg ada kat rumah ini dihujani panggilan. hp ayah aku dah ada 7 missed call setiap satu. so aku pun angkat la bile da terasa annoying. dari sana ada orang yang aku agak kenal tak kenal bersuara dan bertanya mengapa aku lari dari hospital?dari gaya percakapan die, cam sangat bimbang.sudah..apsal plak ni.dah la aku tak berapa paham sangat die cakap ape.aku serah kan saja pada ibuku.telefon lagi satu berbunyi.aku angkat."saya inspektor *tak ingat* dari balai polis *tak ingat*".apesal nih..nak dipendekkan cerita, sedang aku berada di negeri A, beberapa unit polis yang gayanya macam nak menangkap pengasas komunis telah mengepung rumah aku di negeri B.entah ape cerita yang mereka dapat.tapi asasnya adalah untuk bawa aku kembali ke hospital besar negeri A yang terletak lebih dari 500km dari rumah negeri B.

nak cari aku punya pasal, nape kena cari sampai negeri B?cerita nye begini. pengarah hospital negeri A cari aku kerana apa aku tak pasti.akan tetapi, aku dah takde kat hospital dan aku tak berjaya ditemui.alamat aku di negeri A juga takde dalam simpanan rekod mereka.maka tahu pulak diorang gelabah2 cari aku pakai polis sana sini.maka dengan muka penuh boring aku pun daftar kan diri di hospital tersebut mengikut arahan pihak polis.marah beb.pakaian dan laptop serta beberapa buku aku bawak takut nanti kena kuarantin.sampai2 je kat sana aku terus diletakkan dalam isolation area tu lagi.tak faham la saye...selang beberapa masa rupanya baru la aku tawu diorang cuma mahukan alamat aku sebab nak wat pemantauan khusus..tahi betul.call mintak dah la.aku pun bagi dan dalam perjalanan balik aku tertidur sebab penat yang melampau.

esoknya ada pegawai kesihatan datang.aih..cam biasa.aku terangkan la segala2 nya.lepas tu datang lagi tanya benda sama lagi.begitula seterusnya sampai la ke hari berapa.aku juga dapat surat rasmi perintah berkurung dalam rumah.sakit hati sungguh.katanya kalo ada orang nampak aku ada kat luar, aku leh didakwa dan penjara 5 tahun dan ape2 lagi tah..hadoi~ maka seminggu ni aku berada di rumah tanpa beritahu siapa2 yang aku ada kat umah.tak boleh keluar tak boleh nak buat ape2..ergh~

1 comment: