Followers

Friday, June 5, 2009

cindetakrella..

pada suatu masa dahulu, tinggal sebuah keluarga dalam sebuah desa. desa tersebut mempunyai ciri-ciri perkampungan tidak terancang. selain itu, sampah-sampah bertaburan di merata-rata tempat.kampung tersebut mempunyai jawatankuasa kemajuan dan perancangan kampung, akan tetapi kampung itu tetap "kampung", jauh dari sebarang tanda kemajuan -fizikal, intelektual, spiritual dan emosional. tak perlu dikatakan jika di ceruk dan hulu sana ada saja sarang penagih dan gejala sosial tak tentu hala. masa tu takde motor, budak-budak muda memilih untuk berlumba lembu dari memilih membajak sawah.semak-samun tak usah cerita - keindahan alam semulajadi katanya-suasana kampung.

jauh dari simpang tempat orang-orang tua membazir masa melepak di kedai kopi, keluarga ini menjalani kehidupan seharian seperti manusia biasa (agaknya). dalam itu, tinggal seorang makcik bernama Lady Termain yang kerja masa siangnya mengumpat bersama teman seperjuangannya di bawah pokok jambu. bersama makcik tersebut, ada dua orang anak kandungnya bernama Anataksihat dan Drizgila. dua orang anak ini pun lebih kurang macam pemuda2 kampung yang gemar menunggang lembu tak hirau perasaan orang lain. akan tetapi, mereka mencemburui kecantikan Cindetakrella, adik tiri mereka yang sebaya.

suatu hari, bapa ketiga2 anak ini telah meninggal semasa bekerja di sebuah syarikat milik kerajaan. keluarga mereka menunggu pampasan kerajaan dan siasatan pihak berkuasa yang selalunya mengambil masa beratus abad.kalau pergi pejabat daerah pun kerani pun berlagak macam CEO. walau kuasa cuma sejengkal, lagak macam memegang tampuk kuasa satu kompeni. sejak dari hari itu, keburukan perangai tiga beranak itu lebih menyerlah. mereka melayan Cindetakrella tak kurang macam layan orang gaji tak berbayar.jimat kos katanya.dibilik bawah tanah rumah merekalah Cindetakrella tinggal bersama-sama tikus peliharaan (secara tak sengaja) keluarga itu. Cindetakrella bersahabat baik dengan Kus, seekor tikus makmal yang dilepaskan dari perangkap tikus buatan sendiri semasa belajar kemahiran hidup dahulu. selain Kus, ada seekor pemimpin revolusi kaum tikus yang menjadi sahabat Cindetakrella bernama Tik. mungkin anda menganggap Cindetakrella ni gila. tapi kaum kerabatnya mungkin mengatakan tidak kerana berdasarkan praktis kehidupan seharian mereka, kaum mereka ini cukup payah nak jumpa pakar psikiatri-katanya nanti akan dicop gila. begitulah adat resam kaum mereka.

dalam istana tempat raja beradu, beberapa pembesar sedang membincangkan untuk merasuah parti pembangkang sebanyak 50 juta syiling emas setiap sorang walaupun masih ada rakyat yang melarat. di belasungkawa, terdapat beberapa pembesar berkata cam takleh blah punya pasal kepentingan rakyat semasa menghadiri sidang wartawan yang selalu tulis cerita mengarut dan membesarkan kerajaan.salah-lidah rasmi kerajaan. di satu sudut, ada juga pembesar yang sedang mabuk minum arak bercakap merapu-rapu semasa merasmikan sebuah rumah ibadah di negeri tersebut. tak perlu cakap lagi pasal pembesar negeri ini kerana benda-benda inilah yang melayakkan mereka menjadi pembesar.berbalik pada raja; raja sungguh marah kepada puteranya kerana masih membujang padahal raja ni nak cucu. putera pun satu, terlalu sempit pemikirannya untuk mencari bakal isteri.maka baginda mengambil jalan mudah iaitu dengan membazir sedikit duit rakyat untuk "kepentingan rakyat" dengan mengadakan pesta tari menari. katanya, kat situ baginda akan cari peneman setia hidupnya. tak senonoh sungguh cari bini lagu tu.

kad jemputan seperti cam dah tiga puluh kali fotostat itu telah sampai ke rumah keluarga Lady Termain dengan khidmat Posmen yang pemalas serta selalu tak bertanggungjawap. banyak kali surat hilang dan lambat sampai. kadang-kadang ada satu rumah ni die tunggu sedekad dulu baru dia bagi banyak2 surat.bila kena marah die melenting kata da melakukan tugas. lantak die la. die kan orang KERAjaan..Cindetakrella meminta izin kepada ibu tirinya dengan penuh kesopanan seperti adat kaum mereka. akan tetapi, ia dibalas dengan herdikan dan cacian macam lupa iman. selain itu, menggunakan akal manipulatif Lady Termain yang tak berapa nak panjang itu, dia bersama dua orang anaknya mengarahkan Cindetakrella menyiapkan segala kerja rumah baru boleh pergi. Cindetakrella yang agak lurus itu pun dengan gembira terus berlari ke dapur untuk menyiapkan segala jenis kerja rumah yang ada sambil disambut hilaian bak kuntilanak oleh anak beranak bingai tersebut.

sementara itu, dengan ajaibnya Tik dan Kus menyiapkan gaun untuk Cindetakrella. gaun itu dahulu adalah milik ibu kandung Cindetakrella. masanya hampir tiba. Cindetakrella memakai gaun itu dan dengan berseri-serinya menyatakan hasratnya sekali lagi untuk menyertai majlis tari menari itu kerana beliau tak pernah pergi benda2 camni. dengan dengki dan iri hati serta tanpa arahan dari Lady Termain, Anataksihat dan Drizgila terus mencarik gaun milik Cindetakrella.*part ini terpaksa dipotong kerana tidak sesuai untuk kanak-kanak*. Cindetakrella terus lari ke bawah dengan baju tak cukup kain tersebut. tapi gaya camtu pun macam pemakaian baju kebanyakan gadis kampung yang tak berapa nak cukup akal. keluarga tiri Cindetakrella pergi ke majlis tersebut tanpa Cindetakrella.

apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk sesiapa walaupun ia suatu keburukan. muncul pula bidadari yang menyerupai ibu Cindetakrella yang memujuk Cindetakrella. beliau mahu menawarkan hiasan dan pakaian yang cantik kepada Cindetakrella. walaupun Cindetakrella begitu gembira dan sangat-sangat memahukan pakej hebat itu, beliau malu-malu menolaknya. "eh2..takpe la.susah-susah aje".kata bidadari itu, "eh2..takpe2 mana ada susah" sambil berkata dalam tawa yang terpaksa. hal ini walaupun sukar difahami, selalu terjadi dalam masyarakat ini. tak paham gue..setelah selang beberapa masa, Cindetakrella pun menerima pakej hebat tersebut. Tik dan Kus serta beberapa tikus lain menjadi kuda yang lari gagah berani. kucing menjadi footman, serta seekor badak air menjadi coachman.sebuah labu telah ditukar menjadi carrier. kata bidadari tersebut, Cindetakrella kena balik sebelum 12 tengah malam waktu tempatan. jika tidak, segala perhiasan ini akan hilang bersama spell bidadari itu.

dalam pada masa yang sama, di istana, putera bujang itu telah me-reject segala macam perempuan yang datang tergila-gila kan putera jambu tersebut. baginda kata "tak kan la nak kawen ngan pompuan2 macamni ayahanda~". raja negeri tersebut membalas " dah idea ko hebat sangat nak cari bini camni..salu kerja tak pikir dlu.bengong tahap lembu." teringat iklan mercedes benz "beauty without brain is nothing". semasa nampak Cindetakrella, putera raja terus terpaku dan terpikat. ada pengaruh hindustan disini apabila mereka menari-nari dengan iringan music selepas beberapa siri penukaran baju.tibe2 la plak kan, Cindetakrella merasakan ada yang tak kena dengan bajunya. sedikit demi sedikit dah memudar walaupun jam tersebut masih belum tepat 12. putera yang pelik dengan kelakuan Cindetakrella berkata, "oh..jam tu tak betul.lambat sikit..ala..tak kan tak biasa kot..lepak-lepak sudah..". laksana pemecut negara, Cindetakrella berlari ke arah kereta kudanya yang terletak di kawasan tempat letak kereta yang sesak takde pengawal dan laluan trafik yang betul.tipikal punye tempat letak kereta. pemandu bergaduh sesama sendiri merebut kotak kosong padahal tempat lain boleh parking..pelik-pelik je rakyat negeri ni..

lupa nak bagitau..Cindetakrella telah tertinggal sebelah kasutnya (custom made) di istana masa lari2 nak balik tu.maka adalah pembesar-pembesar yang tak busuk hati telah menyelamatkan kasut itu dari makcik cleaner yang tahu nak buang je segala benda asing kat istana tu. kasut itu diserahkan kepada tuan putera kerana mereka tahu putera mahukannya. terima kasih kepada pembesar-pembesar tersebut.hadirnya mereka mengimbangi sedikit kejahatan oleh pembesar lain yang tahu memikirkan perut sendiri aje. kalo takde la beberapa kerat pembesar camni, dah lama lebur da negeri tu..

keesokan harinya, atas perintah kerajaan, tuan putera sekali lagi mahu membazirkan waktu rakyat dari melibatkan diri dengan membantu remaja rosak. baginda telah mengumumkan melalui siaran arus perdana yang bertindak sebagai alat propaganda kerajaan itu bahawa baginda nak cari puteri idamannya. siaran arus perdana yang selalu membawa berita kebaikan yang dibuat-buat oleh pihak kerajaan telah menyiarkan perkhabaran baginda itu dengan jayanya.katanya, barangsiapa yang muat kakinya dalam kasut kaca itu akan diperisterikan dengan putera~ maka sukalah sekelian rakyat wanita yang bujang. remaja2 lelaki yang songsang juga menyatakan harapan.pelik2 je..

mendengar perkhabaran putera raja mahu bertandang ke rumah, Lady Termain, Anataksihat dan Drizgila yang selalunya muncul selekeh telah pun mengena kan bedak setebal lebuhraya dan sebaldi perfume..percakapan dan gaya lenggok telah pun menjadi sopan laksana perempuan kaum tersebut yang terakhir. melihat kekecohan keluarga tirinya menyiapkan diri mereka yang seperti jambatan tak siap itu, Cindetakrella dapat membaca bahawa putera raja bakal ke rumah itu. tau2 je..biasa la..kalo x mana nak wat cerita.akan tetapi tanpa pakaian yang sesuai, Cindetakrella dengan rela tak rela keluar juga dari tempat persembunyiannya. tapi nak dijadikan cerita, keluarga tiri mendapat tahu bahawa Cindetakrella lah wanita yang menari bersama putera sengal itu. maka dengan hati yang busuk serta hasad dengki, mereka berhajat mahu mengurung Cindetakrella.

waaah!suspens nye.tapi takmo la panjang2 kan part ni.akhirnya seperti blockbuster tempatan, Cindetakrella berjaya keluar dari kurungan. dan2 la plak an..putera raja yang jambu tu baru menerjah masuk setelah dua2 ekor kakak tirinya yang kaki bagak besarnya itu tak muat kasut. menampakkan Cindetakrella yang berjaya keluar dari kurungan, Lady Termain terus kata bahawa itu adalah orang gajinya dari negeri seberang.akan tetapi, Anataksihat tibe2 menjadi sihat akal. beliau berkata "sudahlah mak.takdirnya memang begitu.mak tak boring ke salu sangat naya kan budak sekor nih?". yela..kan..time tu depan raja tak kan nak melenting pulak..maka si Lady Termain ni pn mengaku la salah nya. aku rasa sebab depan raja jugak, Cindetakrella merelakan diri memaafkan perbuatan jahat keluarga tirinye.kalo aku la kan..mampus da kena hukum pancung.tapi nak jaga imej la katakan~ paham2 aje la..

masa untuk Cindetakrella menyarungkan kasut telah tibe.putera yang sengal dari tadi keliru dengan apa yang jadi dari tadi hanya mendiam kan diri dalam kekaguman apabila beliau terpandang wajah wanita yang dicari selama ini.kasut itu muat!! (ceh...kalo xmuat xjadi citer la..).dengan romantiknya putera raja melamar menjadi bini.adat istiadat seterusnya dibuat di istana. Cindetakrella dibawa pulang ke istana tanpa memandang keluarga tirinya itu. "rasa kan kau..dulu buat aku camne.."kata beliau dalam hati.

mereka akhirnya hidup lepas tu mati...

3 comments: