Followers

Monday, June 29, 2009

dialog yang boleh tahan...

hari itu, abu (bukan nama sebenar) sedang mengurut ibunya. dalam rumah kampung tersebut, semasa hari sudah pun gelap, terdapat seorang lagi makciknya turut sama berada di dalam rumah itu. saudara mara yang lain telah tidur.maka abu menyatakan hajatnya mahu melangsungkan pernikahan.akan tetapi, pernikahan abu ini sedikit luar biasa dari tradisi familinya yang berasal dari kampung.

kerana abu ini belajar di oversea, maka dia mengatakan dia mahu melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di tempat belajar sana. katanya, mudah berkahwin disana. belanja tak banyak. boleh pergi honeymoon terus. tak perlu nak susah2 buat benda bukan2 seperti yang berlaku di tempat kelahirannya.

maksud abu, beliau tak perlu nak merisik, buat kenduri kendara itu ini mengarut-ngarut. mengikut adat kaum malayalamlayu.adat kaumnya itu menetapkan supaya pasangan bakal berkahwin perlulah mengharungi beberapa halangan dan cabaran yang merumitkan yang saja dibuat-buat oleh orang yang kononnya berkuasa. dalam kepala abu, beliau berkata - palotak ko nak aku buat sume benda cam bodoh tu.

melenting la pula makciknya itu.katanya, kalau camtu tak dapat la makcik nak tengok abu berkahwin.abu semakin pelik kerana pada dasarnya, dia yang nak berkahwin, tgk kat gambar dah la. kalo dia nak kena kawen kat tanah air nya itu, banyak belanja dan perkara yang perlu dia uruskan sedang dia bukanlah orang senang. tiba2 mencelah pula ibunya "ah.budak ni tawu pikir senang die aje."

terdiam abu buat seketika..

beginilah situasi yang berlaku dalam sesetengah drama swasta. adegan yang cuba ditonjolkan dalam filem baadshah yang terpaksa dipotong kerana mahu menjaga sensitiviti perkauman. mengapa masyarakat perlu menyusahkan diri mereka yang tak berapa nak senang tu ye?soalan ini sudah lama bermain di fikiran aku.orang yang berada di atas garisan kehidupan sederhana hanya beberapa orang je.pekerja-pekerja kat sini sume dibayar gaji yang rendah.mengapa tidak urusan pernikahan itu dimudahkan?islam itu kan mudah..nape la orang yang dari lahirnya islam tak memudahkan urusan?

entah.mereka lagi suka buat sesuatu yang menyusahkan diri dari menyenangkan diri. kalau ikut abu tu, biar la dia nak kawen kat oversea. jimat kos dan pelbagai lagi alasannya yang boleh tahan masuk akal.bagi orang lain yang dalam negara ini, buatlah ikut yang mampu. sekarang ni aku dengar, nak kawen pun kena buat loan..eee..xmalu ke ye?konon wat kawen mahal2..rupa2 nya hutang..haha..

sekali sekala terfikir jugak aku..LEBIH BAIK FIKIRKAN KESENANGAN DIRI SENDIRI DARIPADA KESUSAHAN DIRI SENDIRI TIADA SIAPA NAK FIKIRKAN..

betul tak? kite nak kawen biar la kita wat ape yang akan memudahkan urusan..daripada orang luar duk demand bukan2 sampai menyusahkan kita buat ape?bukan dia yang support kita kawen pn.lebih tepat lagi, bukan dia yang kawen ngn kte pun..

personally, memang la aku takmo bazir dalam berkawen walaupun aku tak tawu lagi bila nak kawen. tapi sebab ramai orang sekeliling aku nak kawen maka aku tulis la pasal kawen. berbalik pada cerita, tak payah la kita nak cikai kan sangat kita punya perkahwinan. honeymoon tu wajib bagi gua beb. tapi kalo da kenduri cincin majlis ritual2 ape bodoh sume tu da sampai 50k..ape cerita~ ape lagi rakan2..aku mengalu alu kan perdebatan dalam hal ini..

No comments:

Post a Comment