Followers

Wednesday, July 13, 2011

apakah maksudnya menjadi pandai?


Assalamualaikum dan hello kawan-kawan,

masa membeli makan tengahari di kedai makcik Zainab depan balai polis selepas result kuar SPM hari itu, Zamani terdengar Mak Cik Leha membisik "Hesh~ anak Encik Zul tu pandai tu. hari tu SPM dapat 11A!!". begitulah kira-kira bisikan (yang sangat kuat sampai Zamani leh dengar) oleh Mak Cik Leha kepada makcik Zainab. maka mula lah gossip mereka yang kali ini memang betul Zamani takleh dengar.

pergi la pulak Salleh ke kedai untuk beli minyak tanah untuk uwan kesayangannya di kedai Pak Manap. "huisshhh..Salleh, dah jadi mat saleh dah kau pergi sampai Amerika tu ha. pandai betul engkau ye?".

tak pun masa Padel cakap kat Mirul masa balik sekolah "Camne ko leh jadi pandai ha? bagitau sikit buku dari langit ke berapa ko baca sampai leh jadi camni."

..adui..tak reti betul aku nak tulis betul-betul ni..cukup la contoh kat atas tu dah banyak. aku cadang nak tulis entry ni pendek je.

aku tulis ni bukan la sebab aku rasa aku pandai ke ape ke. tapi saje nak berkongsi sesuatu yang bermakna. sesuatu yang aku fikirkan semasa mandi pagi hari masa aku dah lambat pergi kelas. orang ramai seringkali salah anggap mengenai "pandai". tak juga aku kata mereka tu salah seratus peratus. tapi..ah, lantak la.baca dulu nanti korang paham la ape aku cakap.

pada persepsi ramai orang yang aku lihat, pandai bagi mereka adalah:

1. ukuran end result seseorang. contohnya result SPM, CGPA, atau ape-ape yang sama waktu dengannya.

2.suatu kurniaan yang sangat mustahil untuk didapati oleh ramai orang. pada mereka, hanya secubit orang je pandai dari selautan manusia. mereka juga malangnya berpegang pada falsampah ini: "kalau semua orang pandai nak jadi doktor, engineer; sape pulak nak jadi tukang sampah?" letih betul kalau aku dapat hujah ni..

3.kemampuan seseorang untuk menghafal segala macam benda yang ada dalam buku teks.

4.ataupun apa-apa lagi la yang korang rasa patut aku letak kat sini.

tapi kawan-kawan, bukan itulah kepandaian yang sebenar. atau lebih tepat lagi, aku katakan begini. bukan itu "kepandaian" yang kita harus kejarkan.

biar aku pergi straight to the point je lah. dari duk berjela-jela tulis orang jadi boring nak baca.kepandaian sebenar adalah kebijaksanaan anda membahagi masa dengan effective.

orang kita ramai yang gifted sebenarnya. maksud saya, mereka punya daya usaha yang tinggi, kurniaan Allah menjadikan mereka genius, jadikan mereka otak cair, senang nak tangkap konsep cikgu ajar. serious. kalau tak, camne la diorang ni boleh modify kereta buatan orang, dan upgrade jadi mende yang lagi best. tu yang peringkat basic punya. kalau korang pergi kat University kat luar negara, bebudak kita excel gak..melainkan budak-budak yang tak pandai..haa? camne budak-budak tak pandai boleh fly pulak abang redz? sabar...

kan aku cakap tadi, pandai kat sini bukan macam pandai yang korang sangka tapi pandai sini ada pandai membahagi masa.

orang yang pandai membahagi masa insyaAllah diberkati masanya oleh Allah. kerana dia menghargai kurniaan Allah yang tidak boleh dilihat tetapi sangat berharga.

orang yang pandai ada masa untuk bangun subuh, bersiap, mandi, solat, makan, pergi gym, main gitar, pergi kelas, buat homework, study, main game, tangkap gambar, dan ahh..ape-ape la. semua benda dia akan boleh buat.

dia akan membuat kerja-kerja yang penting dan memerlukan productivity yang tinggi di pagi hari kerana productivity kita adalah maksimum pada permulaan hari dan semakin berkurangan apabila berlarutan ke waktu malam. dalam kata lain, banyak yang kita boleh capai atau selesaikan di pagi hari berbanding malam hari untuk satu tempoh waktu yang sama.

orang yang tak berapa pandai, akan lebih kurang macam bersepah hidupnya. tidur lepas subuh sampai petang, lepas tu pening, melangut je tak buat ape-ape sampai maghrib, pastu lapar, makan dan tak mampu nak belajar ape-ape masa waktu malam. kalo ada pun dia study, ada sikit sangat. maybe dalam satu atau dua helai muka surat. lepas tu dah pukul 2 badan dah sakit-sakit rasa macam nak tido. tapi bila baring mata terbeliak je takleh nak tido. puaslah golek sana sini, last-last dengar azan subuh. bagus jugak la dia pergi solat. ada ke orang tak solat? wajib tu..jangan buat main..lepas tu mula la balik cycle dia tu..macam kenal la pulak kan? hehe..pandang cermin.

pendek kata, jagalah masa. marilah sama-sama kita berdoa agar masa kita diberkahi. mari juga kita amati surah 'Asr kat bawah ni. kata seorang tokoh ilmuan Islam dahulu kala kira-kira bermaksud, jika Al-Quran tidak diturunkan melainkan satu surah ini, ia sudah cukup untuk menjadi panduan seluruh umat manusia.

No comments:

Post a Comment