Followers

Wednesday, July 13, 2011

Mari Menulis dengan Random (sebab apa kena menulis)

Assalamualaikum dan hello rakan-rakan,

mari kita menulis dalam bahasa melayu kerana aku adalah orang melayu. kenapa la introduction bengap macam ni..dalam post kali ini, cikgu akan membicarakan tentang kepentingan menulis blog kepada diri sendiri. kalau korang rasa tak penting lantak korang la.

sekali lagi, hanya pengajaran dan nilai-nilai murni adalah sepatutnya kita amik dari pembacaan. kalau tak suka, kita ada pilihan untuk berlalu pergi. hmm..abang bunga dah aku.

1. aku rasa, kita, (boleh la ea pakai kita? sebab ada orang akan setuju ngan aku) kena menulis blog. sebabnya kalau tak kita akan rasa bengap dan angkuh. seperti yang aku cakap dalam post yang lepas, kalau kita tak guna otak kita, dia akan membebal.sebab dia otak kan, so dia pun pikir la "wat mende la aku nak jadi gila-gila punya kalau tuan aku cuma pakai aku 4 tahun sekali." dia menambah " so better la aku membengap je, takde la potensi dan kapasiti yang berlebihan itu terbazir". begitulah katanya dalam bahasa otak.

2. aku rasa, kita boleh jadi angkuh. ada dua sebab ni nape kita boleh jadi angkuh. pertamanya, mungkin sebelum ni kita pernah menulis, dan kita pun rasa kita punya knowledge punyalah bagus sampai dah tak perlu nak menulis. walaupun hakikatnya anda sudah terbodoh tidak dapat menulis apa-apa lagi. sebab kedua, orang-orang akan yang baca blog anda akan quote dari anda walaupun tu post lama. lepas tu anda (haha..anda, bukan kita atau aku) akan merasa kembang punggung. sebab ketiga, walaupun aku cakap tadi ada dua sebab, kita akan jadi tak berminat untuk membaca lebih untuk penulisan kita. kita atau anda merasakan yang ilmu yang kita ada sudah cukup dan tak perlu ditambah lagi. bukan kah bengap angkuh namanya itu?

baru aku perasan bengap angkuh tu lebih kurang je maknanya ngan bodoh sombong..hehe..sape nak pakai bengap angkuh lepas ni kena quote dari aku. kalau tak aku kira plagiarize.

3. segala usaha kita untuk menambah ilmu akan berkurangan. dulu kita rajin terlibat dalam perbualan yang sihat, debat yang kritikal, serta pembacaan yang *insert proper adjective here*. yela, nak buat ape tambah ilmu lagi kalau dah tak menulis? ala, tapi Abang Redz~ boleh je tambah ilmu tapi tak menulis. ye, anda tak salah. tapi ni formula aku. hati kita ni ibarat cam container. so kita dah sibuk duk masuk punya masuk ilmu tapi tak keluar kan secara bermanfaat. lama-lama hati tu penuh dan benda lain tak boleh dah nak masuk. bukan ke sharing is caring? menulis untuk educate itukan juga mulia.hehe..ayat seorang cikgu.

4. sebab seterusnya adalah kerana ia sebagai tanggungjawap kita la. korang (bukan aku ye) duk sibuk cakap nak negara maju la rakyat educated la nak kapal selam terbang la. tapi aku pikir, ape la usaha yang korang dah buat ke arah itu selain dari baring atas sofa di ruang tamu sambil main gitar dengan irama yang menyakitkan telinga? Allah dah bagi kita kurniaan untuk tahu (aku tak cakap pandai ye) menulis. dan Allah bagi lagi orang yang suka dengan penulisan kita sebagai sokongan. so jadi tanggungjawap kita la nak manfaatkan kelebihan itu. sesama educate itu kan mulia~ aku lupa la arab dia cakap ape..baru nak eksen..ta'lim wa muta'allim ke?

5. aku kena tulis ni sebab kalau tak lepas subuh aku nak buat ape?? orang sume tido. segala bagai aktiviti aku dah buat. sampai la ke tengok movie subuh-subuh hari..bengap betul la aku rasa. kalau aku pura-pura tido pun nanti mata aku duk terbeliak je sambil baring bawah comforter. untung-untung aku dapat tido lepas sejam dua duk baring camtu. lepas tu nak kena pergi kelas. penat do aku rasa lepas bangun dari tido lepas subuh..dah la aku sekarang tabiat makan banyak pagi-pagi hari. kalau aku duk makan pastu tido, memang aku dapat pingat PJK la..Perut Jalan Kedepan.

6. ini adalah satu ruang untuk aku reflect pada diri aku sendiri sebelum mengingatkan orang dalam situasi sama. dan pada masa yang sama, mengingatkan aku untuk tidak buat perkara yang buruk. yela, kalau aku dah tulis macam tazkirah maghrib di surau al-Amin, pastilah aku juga nanti malu nak buat perkara yang aku tegur atau tulis kan? pastu dari aku duk melangut je konon-konon muhasabah diri, lepas tu aku duk berangan mende bukan-bukan, ada baiknya la aku pegi tulis self-reflection tu. kalau takde orang baca pun, aku sendiri yang baca. at the same time, aku boleh la menggerakkan otak ini. bukan kah berfikir itu aktiviti yang mulia.

7. ia membuat aku lebih yakin kepada diri aku untuk menjadi diri sendiri. aku tak payah pun nak tulis cam scholar gebang-gebang tapi haram isi pun takde. kepura-puraan itu dengan automatic nya akan dapat dihidu. mungkin aku tak menulis blog yang hebat, tapi buat pembaca, kalau rasa tak best, anda punya pilihan untuk skip posts ataupun terus tutup blog ini dan pergi ke blog atau pembacaan lain. tidak begitu?

8. ia meningkatkan skill menulis. mende ni pun nak kena elaborate ke?

9. aku suka tulis la sebenarnya..aku rasa la..

10. ramai orang suruh tulis sampai aku jadi rimas kalau aku tak tulis. haha..takde, main-main je. bagus la anda menjadi sangat annoying sampai aku kena buat perkara yang baik ini. dah la yang suruh tulis ni bukan follower pun. eh tapi kan, ape kerja follower (atau members) blog ni ea? komen tidak, ape tidak..entah baca ke tak tak tau. saje je buat seseorang yang lain, bukan aku, menjadi angkuh dan perasan konon-konon dia ada banyak pembaca.

11. dah la..penat la tulis..room-mate aku nak tido pagi-pagi ni aku duk keletap keletup menaip..

p/s: kalau ada nilai dan pengajaran yang baik, silalah amik. tapi kalau ada salah, silalah bagitahu dengan cara yang baik dan berhikmah. sesungguhnya aku cuba sehabis baik untuk jadi hamba Allah yang baik. mungkin ini juga satu peringatan kepada aku dan kita semua kot-kot la kan kita terlupa..adios kawan-kawan.

p/s/s: aku takmo jadi cikgu atau lecturer. nanti aku akan bertukar jadi pembunuh


2 comments:

  1. sngt rajin pulak kan update blog lately ni..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. hehe..keep up the momentum je..sokongan anda amat saya hargai

    ReplyDelete

There was an error in this gadget