Followers

Tuesday, June 2, 2009

kebalikan...(II)

jumpa family pun sudah. masuk barang pun sudah.satu masalah nak tackle.kesihatanku.demam, batuk, selsema dan sakit tekak.kat airport lepas.mungkin sebab kawalan sangat longgar, aku leh lari2 camtu.tapi bile da terlepas camtu, aku rasa risau semacam.camne kalo aku pembawa benda tu n aku terlepas? berpusing kepala aku memikirkan benda ni.akhirnya orang tua aku mengambil keputusan untuk hantar aku terus ke hospital memandangkan aku nampak cam nak mampus da..

sampai di hospital.aku melaporkan diri aku dari USA dan ada sakit itu dan ini sambil menunjukkan kad yang dapat dari KLIA. kad yang menyatakan aku kena dapatkan rawatan jika ada symptoms.terus aje orang tu tutup mulut dia.tahu pulak takut.rasa nak gelak pun ada tapi aku tahan je la.aku diarahkan masuk ke dalam isolated area lepas dipakaikan mask yang merimaskan.

kat dalam tu aku sungguh bosan.dah la panas, sorang2 pulak tu.ak call ayah aku utk tolong pas kan satu dua buku.tapi pihak hospital tak bagi kebenaran utk berbuat demikian.lagi la aku bosan.

dipendekkan cerita, aku pun mengadap la doctor ni.alhamdulillah aku nye temperature tibe2 turun. bukan lagi 38 degree celcius. kalo tak seminggu la kena tahan. rawatan hanya sambil lewa dan bersahaja.

aku dilepaskan utk pulang ke rumah begitu saja dengan pesanan agar aku tidak keluar rumah dalam tempoh seminggu.maka kami sekeluarga memblah kan diri selepas ambil ubat di kaunter.

malam itu. aku di rumah di negeri A. tibe2 aku dapat call dari orang tempatan dari kawasan rumah di negeri B. dalam dialek yang aku tak berapa nak faham, die bertanya dalam nada sungguh bimbang mengapa aku lari dari hospital?aku menjadi bingung sorang2.da la tak faham sangat ape die ckp.pastu tuduh aku lari dari hospital.aku serahkan hp pada ibu ku~ rupa-rupanya ada unit polis yang sedang mengepung rumahku disana.malu seyh..cam penjenayah ape plak aku ni.tapi lawak la.da gempak2 kepung rumah tapi salah..haha..gelabah.aku diarahkan kembali ke hospital atas arahan pengarah hospital.camtu la gaya bunyinya inspektor apa nama tah tu ckp. dengan bengangnye aku pun berangkat la ke hospital lepas panggil ayah aku dari kenduri arwah.

sepanjang perjalanan aku banyak mendiamkan diri.rasa bengang la kot.sampai2 kat hospital terus kena masuk tempat tadi balik.tapi ak da siap2 bawak laptop dan buku2.takut kena kuarantin.naya beb.selepas selang beberapa masa, rupa2 nya diorang kata diorg nak alamat aku di negeri A ni je.sebab tadi diorg x amik..bodoh.bazir minyak je.

kecoh cakap pasal nak overcome swine flu takleh blah punye.ngn pakai baju alien sume2.tapi action tgk cam sampah je..ape cerita.main tanya2 camtu je.nasib baik la aku tak kena betul2 swine flu tu.tapi camne la kan, let say, aku ada penyakit yang lebih teruk dari swine flu tu? diorang bukan nye cek pun.tapi biarlah mereka dan keluarga mereka.aku duduk je la kat umah ni. dua kali sehari, tanpa masa yang tetap, akan ada pegawai kesihatan datang rumah buat "kerja". lagi-lagi aku kena soal benda sama je.nak je aku wat template pastu bagi je kat diorg ni.

tapi apa-apa pun, aku menunggu utk diberikan lesen kebebasan keluar. masa tu baru la boleh bagitau sedara mara yang aku dah pulang~ kalo tak nanti satu hal pulak kena buat report itu ini kat pegawai kesihatan.skema..harapan juga, aku nye batuk dan selsema ni cepat sembuh.tapi aku benci makan ubat batuk.sungguh meloyakan.baik telan 1000pil dari makan 2sudu bena expactorant yang eeeeeeeeeeeee yuckk...

6 comments: